Saturday, May 30, 2009

kisah dua minggu lepas part 2

Bagaikan melepaskan tahi yang terpendam di dalam perut
kepuasan dan keamanan milik bersama..

ini yang mampu gua bayangkan, saat-saat tamatnya peperangan selama seminggu. Berakhir dengan gembiranya, walaupun ada sedikit sangsi tentang jawapan yang ditulis pada paper. Bagi gua kalau benda dah berlaku, jangan diugkit dan dikenang. Nanti tak boleh tido jawapannya.

Tamat peperangan gua serta rakan-rakan yang seksi tubuh badan, telah membuat perancangan meraikannya di sebuah taman tema yang hanya bermodalkan RM seringgit. Di Gabai berdekatan sungai congkak.

Persiapan awal telah dibuat, sebelum menghadiri peperiksaan gua dan rakan-rakan telah 'stanby' alatan mandi. Gua yang agak malas cuma memakai boxer terlebih dahulu, dan membawa tuala kecil bagi proses pengeringan nanti.

Peperangan@peperiksaan habis pada pukul 10.15 pagi jumaat. Perbincangan kedua bagi mengumpul semua anggota di kedai mamak TTDI. Dapat juga merasa melihat gadis-gadis berbaju kurung yang juga baru saja tamat peperiksaan.

kumpulan gerakan terbahagi kepada dua. Gua hanya menumpang si Shahril yang akan tamat bujang dalam masa 3 minggu lagi. Group kedua di wakili Pejo dan sekutu2 budu nya. walalupun muka nampak ganas, pengemis dtang mintak duit pejo tetap hulur jugak. walaupun duit tak pernah cukup.

Kumpulan gua memang anggota yang baik, kami berhenti di IKBN dusun tua untuk solat jumaat, Shahril salah seorg penggajar di IKBN dusun tua walaupn dia nampak muda lagi.

Kumpulan kedua, gua target dia orang balik rumah sewa si Azrul. mungkin membuta dulu. Baru nak gerak ke Gabai pukul 3ptg nanti.

Akhirnya pertemuan di Gabai bermula. Gua dh pernah pegi gabai 2 tahun lepas dengan budak-budak vespa jadi gua tau apa yang cilaka pasal Gabai neh..

Tuuu dia tangga.
baru sepuloh hingga dua puloh anak tangga masing-masing dah tercungap-cugap, yang tak isap rokok pun 2x5.

Pesta muda mudi pun bermula setelah menjumpai. Tempat yang sesuai.. pejo juga menunjukan aksi-aksi ghairah, setelah dia separun "naked" semasa mengidupkan api utuk membakar sosej.





Suasana di bukit sekitar Ampang.. gua pun tak tahu, sebab ini adalah xtivity selepas mandi manda. Gua terlentok sekejap tup..tup..tup...dah sampai.

Gua dan rakan-rakan lain sempat membuat agenda Awie dan Erra Fazirah dalam film Sembilu.

kisah dua minggu lepas part 1

Dua minggu lepas..

Hari gua mengistiharkan perang terhadap buku-buku module yang gua belajar selama ini.
selama seminggu pertama sebelum peperangan meletus gua telah ulang alik dari shah alam ke klang semata2 ingin mengulangkaji pelajaran bersama kawan-kawan, atau kata manis "study group".

Sebelum ni perancangan ingin belajar di sekitar sek 7 di restoran mudah dan cepat. Mc' Donals.. tetapi takut focus terhadap pembelajaran tergangu, di sebab kan banyak sangat gadis-gadis uitm yg juga study di situ, maka cadangan itu di tolak sebulat suara oleh pihak-pihak yang kaki kuat mengorat.


Gua cuma mengambil dua "paper exam" kali ini. Matematik jurusan 5 dengan Tenknologi Bahan 2. Melihat dua subject tersebut umpama menolak dua bijik kerata kebal yang kehabisan minyak ke steyen pum.

Bagi gua kali ne ia betol-betol menguji ketahan mental,rohani dan nafsu gua. Trima kasih pada rakan-rakan yang sudi mencurah ilmu yang tak seberapa sambil menghisap rokok di calss, umpama class tu mak bapak kita yang punya.



Gambar ini di ambil secara 'canndi' bukan paksaan. Gua waktu ini tengah menerangkan satu formula matematik yang agak berliku penggiraannya.

Sunday, May 17, 2009

Dasar hitam.

Peristiwa berlaku di depan gerai, gua dgn rakan kampung tengah berdoa kejayaan Mancaster menentang Arsenal. Tiba-tiba, "kedebussshhhhh!" sebuah kereta xcident, di bahu jalan. hampir berada 100 meter dari tempat gua lepak.

Salah satu ahli pasukan menjerit "Wey! xcident" masing2, belari meninggalkan Stadium Oldtraford dan melulu ketempat kejadian.

Sebuah Toyota Galant, berumur lingkungan 2 abad tersadai di bahu jalan. Dan sebuah kereta jenama ikan yg mahal "Kelisa" berada di bahu jalan bertentangan.

Pemandu toyota, seorang pakcik tue dalam keadaan terpinga2, seorang pemain simpanan Mancaster mula menayakan soalan. "Pak cik ok?"

*Info- Seseorang yang meghadapai impact secara mengejut, akan serta merta dalam keadaan terpinga-pinga. Lebih-lebih lagi orang yang sudah berumor.

Kelihatan Pakcik Toyota dalam keadaan terpinga-pinga, lalu beberapa pemain Mancaster cuba mengeluarkan pakcik ke ruang yang lebih selesa untuk bernafas.


secara tiba-tiba.


Pelakon tamil muncul.

"wey apa lancau bawak kereta!, lu tengok saya punya kereta lah bukan ini kereta, dia salah"


keadaan makin panas..


Beberapa pelakon tamil mula membanjiri kawasan kemalangan dan lorat-lorat filme tamil mula berkumandang di tengah jalan raya yang sibuk.

Sebagai pemain-pemain Mancaster, semua perkara yang akan datang tidak gentar. walaupun kebanyakan pemain-pemian mancaster berbadan kecil.

Pemain Mancaster - "Cha! sekarang bikin ini orang tua dulu, lu mau duit nanti kita call sama dia punya anak, nanti lu citer sama dia punya anak lah"

Pelakon hindustan - *&^%$#@%^<>?^$%# ( gua x ambik port dorg ckp)

Lalau Yuder tavez belari ke kereta, dan membawanya ke kawasan kemalangan.
walaupun kancil 660 mak gua bawak pergi keja, gua dan 2 orang lagi pemain, membawa Pakcik Toyota ke klinik berhampiran, dengan sepantas kilat.

Dalam kereta para pemain cuba berinteraksi dengan Pakcik Toyota, pasal kemalangan tersebut, tapi jawapan masih samar-samar lagi. lalu cuba menghubugi orang terdekat, bagi memudahkan urusan dengan pelakon-pelakon tamil, di kawasan kemalangan.


selesai urusan klinik, urusan di tempat kemalangan masih panas. Lalu beberapa pemain Mancaster cuba meredakan keadaan.


Pemain Mancaster- "cha lu maw setel sekarang, kita buat report polis ok!"

Pelakon tamil - "Jangan itu mcm, kita cerita sini-sini lah" ( nada tamil bertukar menjadi nada cerita cinta untuk kaisara)

pemain mancaster mula tersenyum sinis, disebabkan keputusan Mancaster menentang 0-0, Arsenal Mancaster menang!

Ganguan tido

" wey! ne soalan perubahan fungsi songsang atau delta ne?"




waktu- 5.30pagi.

Tuesday, May 12, 2009

Surah yasin.

Supervisor- "ko masuk pukul 5.30 pagi, setup mechine ok!"




*cuba berfikiran positif.

"Dasvidaniya - The best Goodbye Ever!"



Masuk kali neh dah kali ke -5 gua layan cerita hindustan "Dasvidaniya - The best Goodbye Ever!" sambil makan keropok ikan.

dan dah kali ke -5 jugak, mata gua ada macam habuk masuk dan ketawa sorang-sorang depan tv yang penuh bermakan.


Sinopsis.

"Lelaki berumur antara 30-35thn, yang menghidapai penyakit barah.Mempunyai jangka hayat selama 2 bulan sahaja. Secara sikologi, dia telah dihasut oleh bayang-bayang sendiri, dengan membuat 10 perkara yang diingini sebelom mati. bermula dari membeli kereta,berjumpa kwn,melancong, kisah cinta sehingga ke persaudaraan adik beradik."

Mungkin Movie ni dah lama keluar, gua jerk yang baru nak layan, lagi-lagi kalau ada promosi hebat kat Astro.


Dalam setiap kali gua layan movie ini, gua mesti bayangkan apa yang gua akan lakukan jika terjadi pada diri gua. Dan semestinya beli sejadah baru adalah motif yang pertama.


Jangan di fitnah menuduh gua ini layan hindustan, tapi kenyataan betol, kadang-kadang gua layan. Tapi penipu lor kalau lu orang cakap. "Sorry saya tak layan hindustan or tamil movie". Kita kan rakyat Malaysia..dan bukan Paraguey atau Siri Langka. Menggaku jerk la, demo jugok layan certa-cerita industan ne.. apo nak dimalu nya, betol tak ojang!

Sunday, May 10, 2009

Kompang dipalu! Pegantin baru!

Tahniah buat Raziz mat ripan, a.k.a Chubby. Yang sudah melangsungkan perkahwinan pada 10hb may 2009. Trima kasih jugak jemput aku shoot gambar pada hari Akad nikah 9hb may 2009 sehari sebelom bersanding.

1st Time jugak shoot masa orang tengah bersiap nak angakt nikah, berpeluh jugak gua nak ambik pose2 yang seksi2. Macam gua yang kena jumpa tok kadi pulak dan seperti perlawanan final liga-liga juara Mancester bertemu Barcalonan nanti.

Bontot tu dah manatap beb.

Sharipudin sebagai penolong pasukan (pengapit)

Gambar senget benget aku shoot. hahaha~~

Gua layan shoot Black and White jerk.

Pehh.. kenapa tiga jerk kali ko inai? Ko tiga line kew? gua tak beb.



Canon Power shoot

Chubby

Gua masih belom terpikir lagi nak kawin beb.


*sesundal- kesemua gambar ini kelihatan bintik-bintik, kebanyakannya kesilapan gua, menyalah guna gear, ISO lari dan setting focus macam sial.

Friday, May 8, 2009

Malaysia

Sambil menjamah nasik di depan kaca tv berukuran 32'inci. Gua layan cerita yang tidak tahu, hujung pangkalnya.

Sepasang kekasih yang tengah berdating di atas bangku taman,yang dibina oleh majlis perbandaraan (lokasi tempat tidak diketahui). Keadaan waktu dilihat antara 2-3 petang, kerana suasana agak panas-panas suam.


Pakwe : Masih ingat lagi yeah, tempat bertemu kita disini?
Makwe : Yeah, saya masih ingat lagi. maaf kerana lambat datang. Dah lama menunggu?

Pakwe : Ehh.. Baru sahaja.. Kenapa suruh saya datang ke sini?
Makwe : Ada seperkara yang saya ingin nyatakan, kenapa saya meminta putus pada awalnya.

(Lalu si makwe mengeluarkan Phone mcm gua. dan menunjukan SMS)

SMS: JANGAN KACAU ANAK AKU LAGI,(mak si pakwe) KALAU TIDAK SEMUA HARTA BAPAK DIA TIDAK KU SERAH PADANYA.


* gua berhenti kunyah makan nasik..

Makwe : Meseg ini ibu awak yang bagi, sebab itu lah saya minta putus pada awak.
Pakwe : Saya tidak tahu hal ini, sumpah! tapi saya tidak mahu kehilangan awak.

(Agenda memujuk rayu)

Pakwe : Plzz.. jagan tinggalkan saya, awak suber inspirasi saya. dulu saya malas belajar, sbb awak saya jadi rajin.


*gua sambung mengunyah, baru tahu budak2 sekolah lagi nehh..


Pakwe: Memang benar saya nak belajar kat UK.. Tapi saya nak belajar bersama awak.
Makwe: Saya mana mampu, tinggal di flat awak tinggal di Apartmen.

Pakwe : Kita tunggu keputusan SPM keluar nanti, Saya lihat percubaan awak pown terbaik.
Makwe: Ia, Tapi saya tak mampu, jual teksi mak saya pun hanya mampu beli taket, sampai sana nak makan apa?

Pakwe : Jangan risau pakcik saya ORANG BESAR KAT JABATAN PENDIDIKAN, SAYA AKAN BANTU AWAK.


* Gua terus tak ada selera makan, nasib baik nasik kat pinggan dah habis.
Makwe: Sambil tersenyum tanda green light dapat pegi UK lepas study nanti.


Pehh..Nampak sangat nak hidup senang kat Malaysia ni kena ada kabel, tak kisah lah kecik atau besar. Janji kabel..

Sedangkan dalam drama pun dah boleh tunjuk ayat-ayat pakai kabel, kalau reality macam mana?

Thanks god..

Dah masuk bulan May neh, bulan fobia bagi budak-budak yang study kat mana-mana IPT. Exam beb, satu perkara yang membuat masing-masing mendekati pada buku, nota-nota, pensel,nescafe,maggie dan benda-benda yang boleh menyegarkan mata pada tengah malam.

Gua pun terikut xtiviti ini, kalau rasa cuak sangat apabila rasa apa yang study selama ini, tak masuk ke otak.hahahaha~~


Dan juga mengingatkan gua satu perkara..




Thanks god..




(photo ne di ambil masa nak satelkan pinjaman CIMB Ekspress)


*gua tahu, Dia memerlukan, Dia menginginkan yang terbaik dan gua tahu semua itu.


lu org jgan nak banyak soal.. senyap-senyap sudah lah..

Wednesday, May 6, 2009

Do you hate me?

setiap hari kita main sepak terajang..
setiap hari kita gelak ketawa..

satu malam..

gua sepak terlalu kuat..
terlalu mendalam..
terlalu sakit buat lu..


gua tahu, gua terover kali ini,
sepak gua yang kuat bukan bermaksud nak sakitkan lu,
tapi bagi lu celik kembali,
dan segar kembali kepada yang dulu.


gua memang sial dalam perkara-perkara itu,
sopan dan tidak beradap memang ada pada diri gua,
gua tahu yang gua perlukan lu untuk masa-masa tertentu,
lu perlukan gua jugak untuk waktu-waktu tertentu.


gua x nak sakitkan lu beb.,
apatah lagi nak bagi sepak terajang tu kepada hight power,
gua silap bersar pada kali ini beb,
gua tak tahu apa yg boleh digantikan dengan kesilapan kali neh.


Take ur time beb. kalau nk maafkan gua..
lu memamng patot marahkan gua pasl hal itu.