Monday, January 26, 2009

Kalau dia "penarik beca", aku pula"penungang basikal"

Kali terakhir ko bawa basikal bila?
Kali terakhir ko pum tayar basikal bila?
Ko pernah bawak basikal ke?


Reality.. basikal transoprt utama dalam keluarga aku pada sekitar tahun 90-an.

Ko x ada kereta kew? ko x ada motor kew?
Ko ingat berharta kew keturunan aku neh!

Orang lain mewah dengan motor dan kereta, pada tahun 90-an keluarga aku kaya dengan basikal 3-4 bijik. Pergi pasar, pergi beli gula, pergi sekolah, pergi klinik dan pergi ke pekan. mengayuh jerk.. sebab tu keluarga aku sihat2 belaka..melakukan aktiviti sukan setiap hari.

Sejarah pamareswara aku mengayuh basikal? bermula dengan 2 tayar bantuan dibelakang ( 2tayar + 2tayar kecil = basikal budak2 ) akhirnya pada umur 4-5 tahun berjaya memandu dua tayar sahaja.. kali terakhir aku guna basikal pada tingkatan 3 jerk..

Huuu.... masuk sekolah menegah naik basikal kew? x cool langsung..

Reality mmg aku mengayuh basikal ke sekolah..masa tu ada gak rasa malu, member2 lain bawak moto bapak pergi sekolah, aku pula muka tebal mengayuh basikal.. jika nak mengorat gadis2 sekolah semasa mengayuh basikal, taktiknya cuma memandu tanpa mmgang 'handle' basikal. mesti nampak cool walaupun awal2 lagi gadis tu dah 'rejact' aku.

Ko org rasa cool x?

Masa from 1, mak aku mengayuh basikal dan aku duduk di belakang..kemudian nampak kwn2 sekelas siap 2-3 awek yang aku kenal.. dan mereka menegur "Hye Ude!"

Ko org rasa malu x kalau di tmpt aku? lancau siapa yang kata x.. seriusly mula2 aku rasa malu sgt2..sampai ada satu masa sggup pegi sekolah menapak dari rumah, alih2 kene tahan sebab masuk lambat.. akhirnya aku terima kenyataan yang basikal adalah kenderaan rasmi keluarga aku...


hari ini:"mak basikal ne kita jual lah kat kedai besi burok menyemak kat rumah jerk.."

Saturday, January 24, 2009

Bila si bodoh first time jd photographer weeding.

Bila anda di kutuk oleh rakan2 "boleh ke ko tangkap gambar neh" , "Poyo jerk beli kamera mahal2 tapi x tahu guna" dan macam2 lagi...

Ooohh shit! mereka kawan2 aku yang selalu nk kenekan aku..tp diorg still kawan karib aku..

Ingat lagi zaman2 jahiliah kita. berkasot Boot Dr.Martin, berkepala botak, seluar ala2 cerot kote dan akan menyebut 'Sega-Saga'. Ooohh yea.. kita di zaman kegemilangan Skin Head.. lepak depan Regal Klang dengan Vespa masing2..

Tapi sekarang ko dah kawin.. rambot ko dh panjang, muka dah jambu x agro mcm dulu..
Tahniah Adan.. "A way of life" ko x mcm dulu... hahahaha~~



Adan dan Shuhada..


Shuhada yang comel.... (._.)


Shuhada dengan akak Adan majlis dijalankan serentak.


Acara membali gula-guli (tabiat yang salah membaling rezeki)


Adan dan BInI dia larr...




"WE ARE SKIN HEAD"






p/s zaman skin head kami boleh diketegori zaman jahiliah ketika remaja.

Friday, January 23, 2009

Ini bukan simpati tapi dia emak aku..

Aku ada ibu.. dan aku gelar nya emak.. kami bukan dari glongan2 kapitalis yang memangil mama dan papa bagi yang ada ayah..

Yer.. seriusny masa kecil lagi aku mmg x dpt rasa apa itu syg dari seorg abah.. kisah family aku tak sehebat kisah keluarga yg bahagia.. yang ada masa untuk picnic bersama keluarga..ada sambutan hari lahir pada setiap ulang tahun kelahiran ahli-ahli keluarga...memang jauh berbeza.

Tidak sama sekali.. aku kadang2 iri hati bila tiba "hari bapa".. memang setiap kali iklan atau cerita menggenai hari bapa. aku rasa mcm sial... sbb? aku x dapat felling lagsung..

Last aku mesra dgn bapa aku masa darjah 3. masa tu emak dan abah memang tak sehaluan. aku hanya dikaburi oleh benda mewah yang abah bagi pada waktu itu, sebab abah datang melawat dan bawak kami keluar.Pada tahun seterusnya abah pergi meninggalkan kami..

Aku nagis? yup.. tapi kenapa? entah... mungkin "abah tak ada beli lagi barang mahal kat kami kot".. mungkin aku lihat emak nagis aku pun nagis gak..


Tapi hakikatnya aku hidup sebab emak.. sebab dia yang besarkan kami adik beradik.. naik basikal pegi pasar,hantar kami ketika demam dan semuanya kerana kami...

Jika nak dibandingkan superman,gaban, the hulk, power ranggers dan super hero yang lain2.. mak aku still power lagi.. sebab, dia boleh control 4 mahluk asing (adik-beradik aku) dengan satu tangan bila kami bergaduh.. (penampor!)..


yer emak... ude blh pandai menaip blog ne pown dari mak, sebab mak aku ahli menaip yang teror..


Dan kenapa anak mu ne masih nak belajar walaupun sudah masih bekerja.. jwpn nya sbb mak.. sbb ude nak tunjukkan, emak tak sia2 membesarkan anaknya walaupun aku ne pernah jadi seorg SkinHead pada zaman jahiliah..


dan bila tiba kamu pergi.

aku harap aku sempat tunjukkan yang aku ne seorang anak yang tidak sia2 pada kamu.




p/s dh lama aku nak bagi taw kat semua org yang mak aku ne sebenarnya power.. "jude" aku terasa nak buat artikel ne sebab aku jelos dengan bapak ko yang rockers tu.

Thursday, January 22, 2009

Hari esok dan esok dan esok lagi saya masih bercuti!

Ooohh shit!

Apa nak buat dalam 10 hariaku bercuti, tak kan nak duduk rumah jadi tukang gaji? mesti bosan tahap dewa19. semua ne gara2 bos aku yang pemurah lagi suci mukanya bagi pekerja-pekerjanya cuti lama sangat.. mcm salah satu cara nak bagi pekerjanya stanby cari keje lain dulu. hahahaha~~

Yer apa mau bikin 10 hari ni? mau online sepanjang masa? adoiyaa.. sapa mau chat sama gua.. tapi yang penting kalau aku bukak blog aku pembaca setia blog "jude n the geng" yaa... walaupun x kenal ko org, aku rasa kalau baca 2-3 kali blognya rasa dh lama kita berjiran, Ya! mak ko ngan mak aku mesti ari2 mengumpat kt pintu belakang... hahaha~~

Adoiyaa.... apa mau buat? rasa mau kacau bapok kat are jln gopeng rasanya. wkakakaka~~

Wednesday, January 21, 2009

why and what im fell?

what i see, nobody what to know and follow up my blog. do u tink im so sad and down?

Oooh Shit!..im not felling so that.

why 1 ?
Im not good writer.

why 2?
My spelling and grammar english not go0d like Justin tembikai.

why 3?
Notting special and humor in my story.

why 4?
Im not gay.

why 5?
Im not have friend blog legs (kaki blog).

why 6?
In 5 years im know use internet. only now im know use blog and know what a "blog".

why 7?
Im no have sweet story, coz after my girl say "bye2 you", im not have sweet story to write.

why 8?
My face not same Cristiano Ronaldo (Mancester United player)

why 9?
Evry my topic have this word "Oooh Shit!" the true case no have "shit" in my blog..

why 10?
No have prono picture in my blog.



do u tink my grammar so good went im write this topic..
im know u answer.... nobody what coment, because nobody what read this topic..

Tuesday, January 20, 2009

gem0ok kam0o di mana?..

Sepanjang masa ingatkan kam0o..



Pagi lepak dekat Curry house layan nescafe 'O' suam berserta kuih dan telur rebus sebijik.

Tengah hari menunggu di Seroja coner sambil santap nasik putih ikan keli kadang-kadang ayam bakar, sambal belacan dan air sirup yang meyegarkan.

Petang menanti kam0o di curry house jugak sambil menguyah mee rojak dengan tea 'O' ais.

Bila malam menunggu kam0o di ruang dapur, sambil makan lauk-lauk yang enak dari air tangan seorang mak yang ku cintai...

Setelah tido aku terjaga terkenang kam0o, turun ke dapur masak 2 bungkus maggie kari berserta telur.




Setelah sebulan lamanya aku menunggu kam0o....


Bila saat ketemunya tiba hasilnya...





"0ohhh shit!... tak naik pun berat badan aku... sama jerk.. bila nak GEMOoK neh!"


jgn salah sangka aku tak baca bismillah semasa makan yea... dan jgn sangka hasil makanan tu dari duit yang haram.

Saturday, January 17, 2009

penat

Class dh.. jd hujung minggu ne tiada makna bagi aku tuk berehat bersama kitkat

mengadap muka-muka yang nak dpt segulung "Diploma". dan para-para lecture yang agak malas megajar pada hari minggu kerana terpaksa..

anyway thanks lecture.



******************************************


yeah aku ada lagi setahun nak tamatkan perkara ni.. im so tired.

Apabila semua ini adalah Opera cina semata-mata.

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku


Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti



Reff:

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga


Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi






OOoohh shit! lagu ne betol2 buat aku rasa mcm sial!

Friday, January 16, 2009

Jumaat..

lepas solat subuh.. mak cakap "Ude ko tak keje kew ari ni?"..
aku "tak mak, bos bagi cuti keje over 12jam ari tu"...
mak"ok jagan lupa bayar kad kredit mak"...
aku" baik2...hati-hati pegi keja tu kr0oohhhh....."

mengikut plan aku, pagi ne nak layan bowling. 5game only rm10 (murah kan). tapi 8am-12pm. so kene bagun awal2 takut ramai orang pulak nanti...

jadi baget nak bagun pukul 9.30am.



***********************************************

errrkkk........... ( aktiviti mengeliat sedang djalankan)


0oohh shit!.. 12pm. nk pegi bowling kejadahnya ne..


akibat tak set alarm pada phone, aku telajak tido.......


dan hanya pegi solat jumaat dan makan.. lepas tu tido kembali...


Ooohh..lupa lagi nak bayar kad kredit mak aku... mampus aku..

memang berbaloi~~

Mama selalu cakap biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Sama juga jangan balas balik kalau orang tu buat jahat kat kita.



"Bahek ma!"

Kalau kamu tengah down akibat perbuatan orang, biarkan. Jangan pedulikkan apa dia buat kat kamu. Dia tak perlukan kamu. Kamu buat apa nak terhegeh-hegeh perlukan dia?

Kat sini kena ada ego sedikit. SIKIT JE. jangan banyak!

Kalau ada sedikit ego, perasaan kamu dah sedikit stabil; contoh kamu sedih, tapi dengan ada sedikit ego, kamu mampu mengawal perasaan dengan keegoan yang ada dalam diri kamu.

That is fine. Totally. Supaya kamu taklah jadi seorang yang emosi dan merungut tentang betapa celakanya hidup kamu tu. Semua orang ada masalah, bukan kamu seorang shj.

Aku memang benci orang yang suka merungut dan complain. MAKE DO WITH WHAT U HAVE AND JUST THANK GOD DAMMIT!

Bagi aku, orang yang kuat merungut adalah orang yang tak reti nak bersyukur. Mintak maaf, I am being so frank here.


Dan jangan salahkan orang lain sebagai punca timbul masalah kamu. Sebab tu aku cakap ego tak boleh banyak.

Kalau banyak, semua orang lah punca masalah kamu. Semua orang salah. Kamu shj yang betul!
*dari sini dah boleh nampak siapa salah siapa tak. kan?*

Kalau memang bukan salah kamu, kalau kamu masih boleh lagi selamatkan nama kamu dalam situasi itu, silakan.

Tapi kalau dah terlambat dan orang mula cakap belakang / bergossip / mengumpat, biarkan sayang. Yang penting, kamu tahu diri kamu siapa dan perkara sebenar yang telah berlaku.

Kawan tinggalkan kamu? Biarkan. Satu hari nnti, dia akan datang balik dekat kamu untuk minta pertolongan.

Kekasih tinggalkan kamu? Biarkan. Satu hari dia akan alami rasa perit perasaan kena buang macam sampah.
Kamu tak dapat nak hidup dalam kaya raya? Jangan merungut. Rezeki kamu di tempat lain.


Asalkan kamu puas hati dengan hidup kamu, itu dah mencukupi. tak kira miskin atau moderate atau kaya atau raya atau roti kaya atau hantu raya...
Life is fair. It is never been unfair.Kamu je yang tak nampak betul-betul.God works in weird ways dear.


artikel ini di copy dari http://screwyoujudas.blogspot.com/

thanks! jude u rock ( boys don't cry )

Thursday, January 15, 2009

kerja itu mengembirakan...

Dah dua hari ni datang kerja jerk nak gelak..ngan kawan-kawan.
itu yang best ting aku rasa yang aku happy sepanjang hari di waktu kerja..

dua hari ni jadi pelarian.. tempat kerja sibuk ada audit..yang tak ada kerja sibuk cari port nk tido, ada yang cari port sibuk-sibuk buat kerja takut dibagi tugasan mcm mat-mat nepal cth lap cermin, cat tiang dan buat 5S ( 5s ne kalau budak2 kilang mcm aku taw lah, kalau yg baca ne kaki lepak office comfom, haram kejadah tak tahu benda tu).

kalau line clear 2-3 kali keluar rehat layan teh tarik dgn rojak.. yeah dh mcm kilang bapak sendiri. lepas tu layan borak benda yang bukan-bukan kutuk kawan depan-depan memang aktiviti favrote aku.


Pagi sampai kilang sorg staff bob tak datang, tanya kwn sekerja mana "bob" (pangilan kepada seorang yang bertubuh besar dan agak comel) "bob tak datang dia bagi meseg sakit urat", aku pun malas nak pikir bukan-bukan. sampuk seorang rakan sekerja "mana tak kejang org suruh minum tongkat ali, yang dia kunyah tongkat ali mcm makan tebu".. wakakakaka~~ pagi-pagi aku dh sakit perut dengar dorang kutuk "bob". (maaf bob kutuk ko, lagi pun ko kn kaki kutuk gak.)


Tgh hari masing-masing keluar rehat. lepas makan borak lah mcm-mcm. sambil menikmati rokok sebagai pencuci mulut. " krol (aku) ko hari selasa kena temuduga mcm mana?" pertanyaan dari edy (muka jambu hidung bak kepala paip). " owrite, ada rezeki dpt lah, tapi tang tanya rukun iman dgn islam mengagap aku" wakakaka~~ masing2 ketawa.. edy dgn selambanya memotong gelak tawa kita orang, "ok lah tu kalau di suruh azan masa temuduga baru ko tau" wakakaka~~ bertambah lagi ketawa kita org, lagi-lagi kalau bab2 tokok tambah cerita bagi nak hilang bosan kat meja makn.

Shuk kaki pancing, petang td teman kan dia pegi hardwear bos suruh beli skru, bermodalkan cop kilang sebagai bukti nk beli barang. sampai jerk kat kedai tu shuk ckp kita dh mcm kembali zaman destinasi china. kes-kes bawak cop moho pembesar.. aku gelak sakan depan kedai tu.. bila shuk ckp fakta tu. So kita orang buat mcm zaman dulu. aku jalan kat depan sambil bunyi opera cina "ceng-ceng-ceng", shuk pulak kat belakang aku angkat tinggi-tinggi cop, mcm pembesar cina dulu-dulu. Sampai taukey hardwear tu pun pelik tengok kita org.

shuk : "maw skru saiz ne..sama ini part bagi 10 set"..

aku : "shuk ko kan kaki pancing apa kata ko beli ragum ne buat cabut mata kail ko"

shuk : " gila ko besar ne, buat apa aku dh beli nk guna pun saiz kecil kalau besar ne buat cabut gigi wak" (wak, pekerja warga tua yang mempunyai kerosakan gigi di bahagian depan shaja.)

aku & shuk : Tanpa menghiraukan taukey kedai yg sibuk cari barang oder, kita orang gelak kuat-kuat. wakakakakakakaka~~~




Dah sampai rumah, aku tak boleh ketawa lagi. tak kan nk buat lawak bodoh kat ibu pulak mau kene khidmat kaki jurus ke-8. jadi malam jerk aku rasa kantoi, sunyi.... 0oohh shit!

Wednesday, January 14, 2009

Aku seorang yang kemas.. untuk sesi temuduga.

Bayangkan.. dress selalu pakai seluar jeans yang fit diatas tp booot cut dibawah.. pakai T-shirt cartoon feveret dan kasut start dari beli tak pernah terniat nak cuci.


Tapi pagi semalam aku pakai baju kemeja-T bertali leher berseluar slack hitam (mcm mat-mat nepal), berkasut ala-ala aladin (yg jenis hujung tersungkit tu..) rambut teramat kemas dari keadaan biasa.. siap pakai bedak kt muka lagi..(wakakakaka)

Ooohh.... itu aku, yang akan pergi temu duga kat SPA sebagai pembantu pemeriksa kilang.

Aktiviti bermula 6.30 pagi lepas solat subuh, aku gerak.. dengan bermodalkan mp3 kesayangan aku.. menuju ke putrajaya.. yeaahh... jauh perjalanan sejuk badan. (pagi-pagi bawak moto cuba ko bayangkan.)

dah sampai ambik nombor giliran..

tuuuuu... dia..

ramai sangat orang yang datang nak temuduga..
siap bawak mak lagi (agak2 pakai kabel kot..)

Ting! 511

nombor aku!

tok2 (ketuk pintu)

Aku :Assalamualaikum... (sambil salam tangan dekat dua orang otai yang nak interview aku)

Tuan 1 : ok sila perkenalkan diri dan tugas kerja anda sekarang.

Aku : saya Khairul Hazawan muhammad berumur 22thn bla..bla...bla.... (malas nk taip pnjang sangat)

Tuan 1 : bagus neh.. menteri kerja sumber dan manusia.

Aku : Datuk Dr S subramaniam (nama senang ingat sebab sama nama kwn aku masa sek dulu)

Tuan 1 : awak mengeletar yeah.. relax la...

Aku : :) a'ah tuan 1st time ( tarik nafas panjang2 dan buat ala-ala berbual kt kedai kopi.. )

Tuan 2 : ok lah.. rukun iman ada berapa..

Aku : glup! (terkedu kejap)

Aku : errr... ada 6 tuan..

Tuan 2: betol kew..

Aku : (ish main saiko2 ne aku lemau) err.. betol la (tawakal jerk)

Tuan 1: Ok! apa dia rukun iman tu..

Aku : bla..bla..bla... (sampai ke 6 kantoi)

Tuan 1: Pecaya pada kitab.

Aku : maaf tuan terlupa. ( muka merah padam mcm ada pakai blusher pink kt pipi)

Tuan 2 : Ok itu saja terima kasih..

Aku : terima kasih tuan sebab bagi peluang temuduga ne.. maaf kalau tersasul lagi pun ni 1st time..saya datang temuduga. ( masing-masing gelak)

keluar pintu jerk aku gelak sorang-sorang... orang lain ngah tunggu giliran temuduga pelik...
hahahahaha~~~

(sebenarnya panjang lagi malas nak taip.. sebab bnyak cerita pasal job aku sekarang neh..tapi yang aku tak boleh lupa soalan-soalan neh la..)


insahallah kalau tuhan tu bagi rezeki kat aku. dapat lah job tu.. tak payah aku nk pening-pening lagi pasal kejew.. boleh aku focus dengan study aku. ( ayat ne macam budak sekema jerk..)

Monday, January 12, 2009

Pagi 12/01/09

Yea.. hari ini pagi isnin..
Pagi yang beza dari lain...
Pagi yang akan membawa maksud kehidupan yang baru..

Pagi yang aku rasa aku dh tipu diri sendiri..
Niat nk stop smoking.
Tapi masa menaip blog ini dunhill dimulut aku.

Ooohh! shit! macam mana gadis nak melekat..
Im a smoking boy..

Mungkin gula-gula "tictac" aku tak ada masa ini.
Jadi aku boleh menghisap rokok..

Yeah mengaku rasa hampa malam tadi..
Yeah mengaku jugak, aku merokok kali ni sebab tiada siapa yang akan peduli..

Terasa loser pulak kali ini..
Tapi istilah "bagun dan lari"..
Aku guna kali ini..

Bagun disebabkan jatuh..
Lari disebabkan aku lambat..

What happen to me now, i know and i believe one day make me happy forever.

Sunday, January 11, 2009

Situasi

Aku menanti...


Tetap menanti..


Masih lagi menanti...


Dia gembira...


Aku menanti...


Aku sunyi...


Aku gembira...


Dia gembira...


Dia sedih...


Aku masih gembira...


Dia masih besedih...


Aku bersedih...


Dia tetap bersedih...


Aku Kembali menanti...


Terus menanti...


Dia gembira...


Tetap gembira...


Aku sunyi...


Aku lari...


Dan jatuh...


Pandang belakang...


Dia masih gembira...


Berehat sebentar...


Nyala sebatang rokok dan meghisapnya...


Lihat dia dari jauh...


Dan dia tetap gembira...


Menghisap rokok sampai ke pangkalnya...


Dia tetap dan masih gembira...


Bakar kembali sebatang rokok...


Lihat dia kembali...


Tetap gembira...


Aku menanti...

Thursday, January 8, 2009

Lagu ini waktu mlm tadi aku dengar..

kejew malam yang penuh kebebasan....

Tiada siapa yang megangu kerja-kerja aku...

Lepak dalam office sambil tengok line mechine berjalan dengan lancar nya...


dan... oh shit! lagu apa neh... kelakar betol


"Kawanku telah datang
Berkunjung ke rumah
Sungguh mesranya maklumlah
Lama tak jumpa",

"Daku terpegun melihat
Tingkah lakunya
Tidak selincah dulu
Lucu jenaka.."

"Tiada ku sangka
Dalam diam diam
Dia sudah jadi
Seorang isteri.."

"Lantaran aku terpandang
Jarinya merah
Tangan dan kaki ketara
Bekas di inai.."

"Gembira dalam hatiku
Penuh terharu
Dia tak lama lagi
Kan jadi ibu.."


Kisah tentang seorg kawan yang telah lama tak berjumpa.. akhirnya mendapat tahu dia sudah berkahwin.

Thats mean kawan dia mesti ada sebab-sebab kenapa tidak memberi tahu hari persandinagn beliau.

  1. Kantoi tangkap basah.
  2. Bakal suami tua atau wajah tidak seindah rupa.
  3. Majilis dibuat secara kecil-kecilan.
  4. Baju persandingan hanya sehelai tidak selalunya 2-3 pasang.
  5. Menu yang disajikan tidak sedap atau mengaku kawan sendiri hantu makan.

itu kalau 'lah' tapi kalau pengantin memang saja taknak jemput kawan dia sebab benci sangat
apa citerrr...

************************************************





"Lan ko play back lagu tadi macam menarik jek".................. song by Rafeah buang- jarinya merah

Wednesday, January 7, 2009

Pagi 07/01/09

Pagi ne aku pg shah alam tuk mendaftar sebagai pelajar sem ke3 untuk diploma part time mekanikal.




Betolak selepas balik kejew..



On mp3..


Start skuter wakaf (adik aku punya skuter)


and go!



Linkim park - Crawing.
Linkim park - Paper cut.
Linkim park - Pushing me away.
Arctic Monkey - Still take you home.
Arctic Monkey -Mardy bum.
Arctic Monkey - Leave Before The Lights Come On.







Kelihatan ramai peghuni shah alam menunggu bus. ( oh.. niat sebenarny nk tgk gadis-gadis shah alam yang nk pegi keje)



Tiba di lokasi..


Register..



go back home and play back mp3..


********************************




aku mudah terangsang (khayal) bila layan mp3 ketika memandu.. (shitman!)





Tuesday, January 6, 2009

Hati ku gumbira..

Oooohhh yeah.. alhamdulillah
Itu jerk aku dapat sebut.. setelah hampir sebulan risau terhadap result aku..
jadi aku ada lagi 2 semester yang perlu diredah je.. untuk mendapatkan segulung kertas yang dipanggil 'Diploma' ya 'DIPLOMA'.


Perkara-perkara yang aku akan hadapi..

  1. Kurang tido pada cuti hujung minggu.
  2. Tiada istilah 'mari lepak di hujung minggu ni'.
  3. Tiada lagi cartoon-cartoon istimewa hujung minggu aku (teen titan)
  4. Perkataan 'assingment' akan bermain-main dalam kepala aku.
so pasal titel 'DIPLOMA' aku terpaksa melupakan perkara2 yg indah pada hari minggu.

*****************************************

Pointer aku 3.18 sem neh.. syukurr~~

Monday, January 5, 2009

Mesin memutar masa...

'Doremon waaaaaaa' (dengan nada yang, sedih nobita mengadu masalah dia kt doremon selepas dibuli oleh Suneo dan Gaint)

kalau aku ada mesin masa lah.. aku nak patah balik masa aku study kt politeknik..
dan antara perkara-perkara yang aku akan ubahkan nya.

  1. Akan membeli 5 biji jam loceng yang mampu kejutkan aku bagun tido.
  2. Berpakaian kemas ala2 seorang akauntan bank yang berjaya.
  3. Mesti nak bagi pointer aku baik dari dulu.
  4. Berusaha bersikap sopan santun terhadap gadis2 di Polyteknik.
  5. Aku x akan sia2 kan 1st date aku dgn dia.. (huuuuu~~ )


Tapi itu hanya bila doremon mengeluar kan ' Alat...........' (isikan tempat kosong dengan benda-benda yang anda inginkan.) cth 'alat pengimbas kecil'


****************************************************

Doremon takut tikus

Sunday, January 4, 2009

Perkara tentang aku semasa waktu belajar kat Politeknik Kulim kedah Batch 2005-2006.


Semasa di Kuliah.

  1. Baju ke kuliah aku hanya 3 helai seminggu ( seluar pun paling banyak 2 helai seminggu)
  2. Topten pelajar yang lewat ke Kuliah.
  3. Berpakaian aneh semasa ke Kuliah. (kemaja tahun 1980,seluar sendat dan kasut nike lusuh)
  4. Beg aku warna-warni ( colour of benetton)
  5. Setiap nota-nota aku akan dihiasi mahluk-mahluk yang aku lukis sbb teramat bosan.
  6. Salah seorang peminjam pen yang berjaya di dalam class ( hampir separuh pen x dipulangkan).
  7. Suspect utama jika terdapat gas beracun didalam class.
  8. Panggilan 'Joker' dari rakan-rakan class. (kenapa tak robin mesti gempak)
  9. Tiada istilah baju 'tag in' dan 'sila pamerkan kad matrix anda' sejak mula aku di gelar pelajar poly.

Luar dari Kuliah.

  1. Seorang yang berhaluan Kiri terhadap undang-undang politeknik. (pembangkang)
  2. Kaki tido di library (pendingin udaranya membuat aku terlena).
  3. Akan menyebut 'hai kak long ' jika tersempak gadis-gadis ayu yang hidung tinggi.
  4. Pelanggan tetap cendol pulut kat depan 7E simpang 4.
  5. Tiada bakat dalam bermain mata di dalam library walaupn telah di ajar oleh guru-guru yang bertawliah.
  6. Akan menyebut 'mari mencari jodoh!' ketika mengajak rakan-rakan ke koperasi. walaupun setiap kali cubaan mencari jodoh tidak berjaya, disebabkan peragai aku yang hampeh.
  7. Suka melomat tinggi-tinggi walaupun ada waktu tidak memerlukan aktiviti begitu.

Friday, January 2, 2009

ubat batuk teman ku.

Akibat karokey lagu2 yang berunsur urat tekak keluar dan peha kene kepit bg picing tak lari.. aku mengalami masalah sakit tekak sepanjang dua hari ini..


aku tak nyanyi ye lagu new boyz-meraung... masa aku tgh down yea.

************************************************

dulu-dulu ada lah..

Budak tu bisu?

Tadi aku pegi masjid yerlah solat jumaat. satu set berbaju melayu kuning dah mcm nak angkat nikah pulak.. so agak padat dan penuh org masa tu mendegar khutbah.. ada yang lentok kt tepi dinding, ada yang tanya pasl "dah lama tak nampak?" baru aku tahu kenapa salah satu hikmat sembahyang jumaat adalah mengumpul umat islam bersama menunaikan solat berjemaah.sebab boleh berjumpa dalam satu minggu.

lari topic pulak. ok teruskan pada rangkap yang lain.

aku x blh nk duduk kt dalam sebab dah padat so aku bediri kt luar. sambil telinga aku dengar khutbah dan otak aku pulak tgh pikir nk layan cendol waktu panas-panas neh. aku nmpak 2-3 budak duduk kt sabelah aku..sambil guraw2.. ingat nk tegur tapi dipikirkn 15 tahun yang lepas aku pun 2x5 jerk..

jadi ada sorg budak ni tak bercakap, berinteraksi mengunakan memek muka dan gaya tangan.

hu? budak ni bisu.. ( tekejuzz aku.. sambil bijik mata terbeliak )

umur budak tu antara 8-10 tahun. so mula lah kepala otak aku pikir maca-macam. boleh tak budak tu survive bila dah besar? Mcm mana orang nak terima dia?

kalau lah aku jadi menteri pendidikan aku droop kan matapelajaran matametik (aku amat benci subjek kira) dan tukar kepada mata pelajaran belajar bahasa isyarat.

best kan tapi dalam mimpi jerk lah..

jd aku nk tulis dalam check list aku.. aku nk belajar bahasa isyarat satu hari nnti.

Teka- teki bersama cikgu Karim.

Satu hari cikgu karim datang ke kelas 3 cempaka.

cikgu karim: Murid-murid cikgu nak bagi satu teka-teki.

murid: (terpinga-pinga )

cikgu karim: Tok imam selalu pakai kapur apa?

murid:(mengaruk kepala adalah tabiat manusia jika tidak tahu jawapan ataw soalan yang di tujukn)


*****************************

cikgu karim: KAPUR BARUS la......


Tok imam selalu guna untuk memandikan orang yang telah meningal dunia.

Jiwang kew?

Aku ada baca beberapa blog org dan ternyata blog mereka memang best gile funny dan penuh maklumat. Jika sesiapa terbaca blog aku ni mesti suspect aku jiwang karat. sbb kes bodoh aku pada tahun lepas.. (tepaksa pakai paper bag kat kepala bagi tidak dikenali wajah).. jadi aku nk gelak sekuat2 hati dulu sebelum ada beberapa pelawat ketawakan aku dan mengketegorikan aku beberapa perkara.

Antaranya:-

  1. Jiwang gila mamat neh!
  2. Nak buat kisah cinta pulakk kat dalam blog.
  3. Buat ayat simpati sebab lepas ni mesti ada girl-girl lain yang terpikat.
  4. Suuuuuuudahhhhh lah ( ayat bagi rakan2 aku ketika rasa menyampah)
  5. Poyolah! ( salah satu ejaan yang tak pernah ada dalam kamus dewan bahasa tapi semua org tahu)


Oonnkk2 (bunyi donkey not pig)

Thursday, January 1, 2009

Perkara yang pelik ketika ibu megandungkan aku.

1) Mak aku ingat aku ni anak perempuan jadi dia nak letak nama 'Rozana' sebab mak aku boleh terpengaruh dengan Amy Search dalam lagu 'Rozana'. nasib baik aku lahir jantina lelaki kalau perempuan mesti aku dah bosan sangat dengar lagu Search.

2) Mak aku mengidam nak makan itik gantung. tapi bukan jual kat kedai tomyam kew, kedai awe kelantan ker tapi kat kedai china. siap kena bungkus dengan surat kabar cina.. nasib baik arwah ayah aku tak pergi carik kalau tak mesti lahir-lahir jerk lehir aku dah macam itik tergantung..

3) Aku lahir 29hb Disember 1986. mak aku bagi tahu sepatutnya aku lahir dalam awal bulan Januari 1987. Tapi mungkin aku xcited sangat nak lihat dunia tu yang keluar awal tak sempat sambut kat hospital. Bidan mana entah sambut aku kat atas katil umah lama aku kat Kl taman Ikan Emas. Thanks makcik bidan kerana sambut saya dengan selamat dan mak saya pun selamat ketika melahirkan saya. (berapa banyak lah saya) moga tuhan mencucuri rahmat makcik. -Amin-

Aku rindu pada vespa aku!

Sudah 3 bulan lebih vespa kesayangan aku telah ditukar hak milik..sebab tak ada "sen" sangat aku terpaksa jualkan nya.


kenangan yang tak dapat dilupakan :_
  1. Aku pernah bawak mak aku naik vespa pegi kedai masa tu x ada transport lain.
  2. Konvoi bersama rakan-rakan ke Pulau Pangkor.
  3. kenderaan masa aku bekerja sebelum masuk Politeknik.
  4. Tempat aku membazir duit dan masa.
  5. Lari daripada rod block secara beramai-ramai masa on dway pegi Hatamas.
  6. Modal untuk mengorat awek-awek yang yang naik skuter.
  7. Cari makan dengan skuter-skuter yang pasang 'tong spiker'.
  8. Rider vespa yang jahat kat Politeknik Kulim kedah batch 2006.
  9. Vespa aku hilang masa umah sewa kat kedah selama 3 jam, akhirnya ditemui balik oleh rakan2. (menyumpah-yumpah aku sapa yang nak curik vespa aku hari tu)
Aku sayang vespa aku tapi kini sudah tiada. sudah jadi hak orang lain. sedih beb... waaaaaaaaa :(

Vespa kene tambat on dway pegi Pulau Pangkor

mereka menggelar vespa aiscream keladi.

kalau ada duit banyak aku nak beli vespa lain.. hehehe~~

Hadiah ku yang comel!

Yuppi~~

ini hadiah comel yang aku buat tuk diri sendiri sempena umur aku yang 22thn pada hari isnin.
sblm neh rasa nk beli jam tuk diri sendiri tp baget x ada.. aku pown dah lama x pakai jam tangan last pown masa bulan 6 tu pown jam fevt aku putus, smpai skrg tiada pengantinya. so dengan membekal kan beberapa pen maker dan sepasang kasut putih..

dan ini lah hasil nya. kasut ku yg comel - huduh..


aiiakkkk tarak jual lorrrr....

Selamat pagi 2009.

Lepas suboh aku sambung tido balik. sedar2 dah pukul 1.15pm kelam kabut aku sbb dah lambat nak pegi sembahyang jumaat. masa on dway pegi bilik air aku tegak pakcik aku yang 'warak' bab2 agama elok jerk tengah kopek udang kt dapur, tengah tolong bini dia. (dia org tumpang tidor sini sbb rumah dia orang tengah renivet)..

aku jadi begong jap. dalam bilik air aku mula kira hari, dan ternyata aku dah lupa hari ini hari khamis. hari kaum2 ibu. kikikiki~~

Lagu angan2 semasa nk tido.


Mocca - The Best Thing in The world

I've got the best thing in the world
Coz' I got you in my heart
And this screw little world
Let's hold hand together
We can share forever
Maybe someday the sky will be coloured with
our love

I wake up in the morning
Feeling emptyness in my heart
This pain is just too real
I dream about you,
with someone else
Please say that you love me
That we'll never be apart

You have to promise
That you will be faithfull
And there will be lots and lots of love
It is the thing that really matters in this world...

(i love mocca)

new life 2009!

Yeahhhh!!!


Banyak yang aku nk buat dalam tahun 2009 ni..dengan adanya baby kesayangan aku (can0n 40D) aku nk mengambil sebanyak mungkin gambar.... kemudian uplod kt dalam flick dan blog aku neh..

azam aku?
nak mencapai 3-5 impian yang telah aku catit dalam list2 impian aku.. hehehe~~



Happy New Year!

Selamat tinggal 2008!

Akhirnya segala persoalan telah pun terjawab. semua usaha dan setiap kata aku terpulang pada DIA untuk menerima atau tidak..

aku mahu buang semua memories yang aku akan sebut 'shit!' bila rasa down dan takboleh terima.. than semua akan berakhir bila aku celik pada pagi hari 2009.

bak kata kwn aku Nurmazlina Nabila. "Ko ne didi! dah teruk sangat, teruk sangat"
thanks kepada kawan-kawan yang sanggup mendegar aku merapu hari-hari. lalalala~~

kpd Yaya, Iffa (Ge company),Nora (awek gie) dan nurmazlina nabila (pakar brain wash) sebab mengembalikan semangat aku, yang telah down! sebelum.. sorry tak ada bunga-bunga nk dibagi..
hahaha~~

Jika sesiapa memerlukan perkhidmatan mereka sila berhubung dengan saya, dijamin setelah seminggu anda kembali normal.

THANKS U ALL!