Wednesday, September 28, 2011

Raya nak habis baru nk post pic lelaki terhangat.




Lu orang nak tampor muka gua ke muka adik gua?


Ne Mohd Iqbal Fi-Sabillah. ne dah besar tukang jadi 'runner' beli rokok gua.

Monday, August 22, 2011

Lagi seminggu mahu Beraya.

Salam penghujung ramadhan lagi seminggu. :)

Keadaan makin meriah, uptown makin sesak, Pudu raya dah penuh dengan ulat-ulat dan tokey kedai langsir jalan klang dah mula pasang lagi raya kuat-kuat sebagai tarikan pelanggan yang lalu lalang depan kedai.

Cuti raya gua cuma 3 hari cuti public jea. Bos gua kata, tak ada siapa nk cover bila mesin tengah beroperasi. Otai-otai lama dah 'apply' cuti seminggu semua nak balik kampung jauh-jauh.
Gua memang tak kisah, kampung memang tak ada. Balik-balik rumah dah kampung pun sebab nenek gua 'stay' sekali dengan gua.

Bab persiapan gua raya tahun ne, gua belom beli apa-apa lagi. Cuma semalam jea gua beli kerepek raya buat tetamu yang datang nanti.

Jalan Klang dah makin ramai warga Jakarta dan Surabaya. Sampaikan gua tak dapat 'budjet' gadis tempatan atau gadis Jakarta. Baru senyum sikit kawan gua tegur "Itu minah Indon beb, bibik Cik Temah".

Kadang-kadang pun terpikir agak-agak orang sekeliling ushar gua warga Jarkata jugak ke?


Tuesday, August 2, 2011

Puasa ke dua.

Selamat berpuasa untuk hari ke dua.

Gua ini terlalu bosan orangnya, akan berkerja bila rasa duit itu tak cukup bila gua akan berhenti kerja. Akan ponteng kerja bila bagun pagi isnin atau waktu kerja pagi, bila rasa hidup diri sendiri patut rasa ada nikmat pada hari biasa bukan hari minggu sahaja.

Gua ini teralu bosan orangnya, akan berusaha mencari ayat yang terbaik untuk 'status' di facebook semata-mata nak bagi orang tahu, yang gua ini seorang yang 'cool', seorang yang sempurna, seorang yang 'up to date' dan 'macho' dalam dunia perkejaan. Walhal gua ni lebih suka 'imagine' dari mencuba.

Gua ini terlalu bosan orangnya, akan bercerita 'misi' gua bila ada orang akan bertanya hanya pasal jenis kereta idaman sahaja. dan cerita gua akan melalut sampai jenis perkakas perabot rumah idam gua nanti.

Gua ini terlalu bosan orangnya..

Tuesday, June 14, 2011

Pagi selasa.

Selasa pagi, kira gua bagun awal dua jam sebelum pergi keja. Selalunya lagi setengah jam waktu kerja bermula gua baru kesat-kesat mata sambil dalam hati banyak mencarut pasal niat pergi kerja.

Jangan tiru gaya gua ini, berdosa rezeki tak berkat. Tapi gua mencarut sebab badan gua betol-betol letih.

Disebabkan bagun awal,waktu mandi gua lebih panjang dari biasa. Dapatlah gua selesaikan saki baki daki yang tertinggal 2- 3 hari lepas. Berserta niat mandi wajib. ( itu gua tipu)

Cara penyediaan gua pergi kerja taklah sesusah macam orang kerja office. Gua sarung seluar kerja semalam yang gua campak kat bakul serta 'uniform' kilang. Tak ada maknanya nak gosok-gosok dan memerlukan keserasian warna seluar dan baju macam abang-abang kerja bank.

Pandu moto pagi-pagi memang meriah, lu rasa macam segerombolan manusia sedang berusaha untuk hidup untuk makan,untuk bayar bil-bil yang kian tinggi nialnya dan untuk masa hadapan.

"Bila gua pandu ke sudut sektor-sektor kilang pagi ne, tiba-tiba hati rasa macam tak 'best' dari biasa. Selalunya memang tak 'best' tapi kali ne dia punya tak 'best' memang tak 'best' langsung!"

"Gila.. nak dibandingkan gua dengan pakwe dia, memang jauh beb. Gua kerja kilang pakwe dia kerja office muka jambu. Gua baju kotor-kotor muka berminyak ,pakwe dia kerja office muka jambu ada janggut. Tapi masa dia 'down' dulu gua yang teman dia beb! damn! ne pasal gua lah ne beria-ia sangat. Ingat dah kawan 2-3 tahun boleh dapatlah, tapi bagus jugak gua tak dapat, sebab gua kerja kilang rasa macam tak padan jea"

Ok itu yang gua tiba-tiba keluh, bila lalu satu bonggol dan lagi 100 miter nak sampai ke lokasi kilang. Lepas jea 'punch card' masuk semua benda cilake tu hilang, sebab gua tahu, keluhan adalah semanggat gua untuk menjadi lebih matang dan baik.

WTF benda-benda macam ni bila terjadi sebab banyak sangat persoalan bila lu gua dan orang sekeliling melihat orang lain bahagia dan kenapa tidak diri sendiri.

Wednesday, June 1, 2011

Memilih untuk masa hadapan.

Kerja macam gua ne bukan kerap sangat menghadap komputer. Lebih banyak menghadap mesin yang secara automatic melakukan pergerakan yang sama setiap hari, kalau ada pergerakan yang lain pun sebab gua. Gua yang bagi jahanam mesin tersebut sebab rasa menyampah .

Minggu ne gua ada pelbagai pilihan untuk masa hadapan. Kerja kilang koboi sekarang ne gua dah semakin 'follow up'. Bos gua pun dah boleh masuk air dengan kerja gua. Tapi dalam minggu neh gua ada pelbagai panggilan jawatan. Dari yang kerja gua mintak dahulu tak dapat, sekarang dah dapat. Siap tunggu gua masuk cepat-cepat. Dari jawatan yang hebat dan keadaan kerja normal yang bagi memudahkan gua ambik 'study part time'. dan jugak jawatan 'specialist' luar dari selangor.


Gua dah penat sekarang, bukan terhadap kerja. Semua kerja penat, gua cuma penat memikirkan masa hadapan yang lebih baik. Dari segi kerja, masa, kewangan dan ada rezeki keluarga.
Hidup ne bukan kita catatkan hari ini, esok lusa menjadi. Tuhan tu lebih tahu untuk 10-20 tahun yang akan datang.


Gua nak layan Ben 10 lah..

Friday, May 6, 2011

Sentuh dan pergi.

Rasa bila benda yang 'last-last' minit dapat 'grap' tapi terlepas, tu yang rasa 'down' 2-3 hari. Kalau serius makan dalam beb. Mau ambik ubat batuk sebelum tidur...

Lahanattt tu gua 2 tahun lepas...

Bila rasa lu,gua dan orang kebanyakan rasa sorang-sorang tu sifat yang 'normal', bila tiba ada 'someone' yang nak 'share and caring' rasa dunia dah macam masuk cerita "Alice in Wonderland".
Ada kucing boleh cakap, ada budak lelaki kembar yang obesiti tidak lupa arnab yang ajak minum tea petang. Meriah dan hati berbunga-bunga.

Jadi 'effect' yang paling ketara bila wujudnya dunia macam tu adalah 'Tak boleh dengar bunyi SMS'. Mesti kelam kabut nak selak 'handphone' sendiri. walhal 'handphone' bangla satu kerja yang berbunyi. Lahanatttt..

Yang dah memang gila bila rasa diri macam 'superhero' dapat dengar bunyi SMS masuk menggunakan deria hati. Walhal tak ada apa-apa pun, tu yang setiap 10 minit 'check' phone.

itu masa dalam cerita "Alice in Wonderland"

Lu pernah dengar lagu My chemical romance tajuk "Famous Last Word"? gua memang kantoi english, tapi gua suka melalak lagu tu atas motor masa pulang kerja.

Haaa... itu 'tune' bila rasa 'down' kira cerita "Alice in Wonderland" tiba-tiba tamat tukar cerita "Halimah Jogang".

Dan letakan watak Halimah tu pada diri sendiri. 'Time' tu bangla panggil sebab mesin ada masalah pun rasa nak balik umah tidor, letak tangan atas dahi.. kemudian sebut "nasib-nasib" sampai tertidor.

Atas motor pun boleh gelak sorang-sorang sebab rasa cerita "Alice wonderland" tu baru dalam 30 minit, dan rasa memang tak patut nak 'down' sangat. Baik lepak depan laptop layan youtube siaran ulangan Maharaja lawak sambil minum air manis soda.


Esok lusa macam biasa gak.

Friday, April 29, 2011

Mari bergelak ketawa kembali.

Katakan lu,gua dan orang ramai mampu mengeluarkan hati. Letakan hati anda dalam peti ais..

10 minit ke 20 minit..

Rasa lain macamkan. Jadi mari kita tengok raja lawak berulang-ulang kali sambil minum air soda.

Monday, April 18, 2011

Rakan sekerja.

Mari mengadu di ruangan ini pasal tentang kerja.

Dulu gua kerja kilang plastik , tapi dah macam kerja kilang peninggalan arwah ayah gua pulak. Datang keje penuh dengan senyuman, keluar minum petang ,makan tengah hari dan beli goreng pisang mengalahkan yang kerja dengan'goverment'. Keluar ikut sesedap rasa.

Pasal kawan-kawan lagi lah meriah, rasa kalau dia orang ada adik ke kakak ke, mesti dorang nak buat gua sebagai abag ipar atau adik ipar. Kalau dorang nak jadi abang atau adik ipar gua pulak jagan harap. hahahah

Kerja tempat baru ni, dah masuk 5 bulan. Pergi balik seluar dalam mesti lembab. Yang tak rasa lembam cuma rakan sekerja lingkungan 40-an. Kerja dah hampir 11 tahun, memang lah kene 'respect'. Tapi sampai bila, gua pun nak jugak balik keja dengan seluar dalam yang kering. ne tak! basah memanjang nasib baik belum sampai ada panau. kalau ada siapa nak sapu? dia ke?

Kerja dah lah malas, gua pulak yang kene 'handel' semua perkara. Nak ungkit pasal nama jawatan pun berkira. Walhal gua ne bukan main kerja guna jari jea, guna tulang empat kerat ne bro. Ingat badan gua solid ne tak boleh buat kerja ke? Lahanat lu orang mesti tengah gelak-gelak neh!

Jadi 4 hari lepas gua dah kurang kesabaran, lantak lah dapat dosa pasal melawan warga tua pun tak pa, janji gua ada alasan kenapa melawan. Gua hampir di cabut nyawa di tempat kerja, ingat rakan sekerja nak buat muka suspent ke, muka terkejut ke nak bawak gua pegi klinik ke..


ini tak, buat muka selamba. Balik awal, suruh guard 'punchcard' bila time balik.
Habis gua sakit-sakit badan ni macam mana?

Lahabau punya warga tue!

Thursday, April 7, 2011

Baru gua tahu ne blog gua!

Kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-Kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-
Kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-Kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-Kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-Kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-Kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-Kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-Kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-Kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja-kerja


Gua rasa tak ada benda lain nak taip dalam blog ne. pasal hidup sebagai jejaka kesoorangan apatah lagi. wakakakakak~~

Friday, March 11, 2011

Tak tahu bukan gua yang taip kali ini?

Manusia yang menggejar duniawai memang kerap berlawan dengan masa. Gua pun rasa duniawi melebihi dari akhirat pada daya fikiran gua. Setiap saat dan waktu rasa tak cukup, rasa terlalu sangat masa tu bergerak. Walhal kalau seseorang manusia yang bijak tentu dah ada buat jadual, supaya masa itu dapat di tinggalkan. Dan manusia yang bijak itu sudah bersedia dari pada masa.

Itu orang yang bijak. Yang silap besar 1% pun gua bukan orang yang bijak. Gua dah berciciran berbelas-belas tiang. Kalau kata mat rempitlah " Bro lu makan asap moto gua jea lah! ". Nasib baik masa itu tak pandai berkata. cuma ada sedikit emosi, seperti "Masa mencemburui kita".

Berbalik kepada orang yang kurang bijak macam gua, jadi masa tu dah jauh tinggalkan gua, gua dah tersandung dagu atas jalan baru gua tahu, gua ne nak kejar masa pun kena pikir 2-3 kali. Antara impian,harapan dan waktu. Semua ni bergabung, memang mereka kata. 'Masih ada masa lagi' ya.. itu kata-kata semangat para sahabat handai yang masih satu laras dengan kita.

Cuba tengok budak-budak bijak sekarang, dia tak cakap macam tu, dia buat 'body language', dia berkepak dada sambil dagu nak cecah kat awan. Tapi nak buat macam mana? dia orang dah memang jenis tahu masa tu penting. Tapi kalau dagu cecah awan satu kerja tak tahu apa, spana saiz 30 gua campak kat kepala dia.

haaa... haaaa....itu lah padan muka gua tak belajar pandai-pandai dari dulu.

ok itu jea!

Sunday, February 20, 2011

Dunia masa depan.

"Kalau sekarang ko tak angkat nanti dah kawin susah bro" Sahutan salah seorang rakan yang sudah kenal dalam 10tahun.

Gua tepuk-tepuk pungung dia, rasa mantap lagi. Gua intai-intai dalam dia, masih suci lagi. Rasa tak puas hati gua selak dalam pulak. Rasa baru di tinggalkan dalam 2-3 tahun.

"Tokey ne Honda berapa sen?"

"kereta harga 45 ribu, downpayment 5 ribu boleh jalan." tokey kereta sambil pegang payung bodek customer.

Gua toleh muka padan rakan gua sambil senyum nipis. "Kasi you punya card, nanti saya 'on' lu saya call ok"



*Balik rumah gua termenung kejap, mana satu gua nak kejar degree ke kereta?

Friday, January 21, 2011

Dunia ke dua berbisik.

Rasa bila buat kerja berat-berat, kebanyakan gua selalu menggeluh dalam hati.

"Kenapalah aku tak jadi anak Tan sri atau anak General dah tentu-tentu, aku lepak kat rumah waktu sekarang ne minum air 'fresh Oren' sambil layan tv. Tak perlu membanting tulang cari duit."

Kadang kala, bila gua balik kerja dalam keadaan kotor, mula lah rasa nak lepak depan rumah kejap. Ambik angin sambil layan rokok sebatang berserta air Rebenna. Tergetus pulak dalam hati,

"Gila kerja kilang baju kotor-kotor, kalau dah kawin nanti bini gua sanggup ke nak basuh baju gua ni?".



Tak cukup lagi apa yang gua rasa tu..

Benda neh lagi kaw-kaw, bila kene kerja malam minggu. Zaman sekarang malam minggu, malam keluar dengan gadis-gadis manis lepak kat dataran, tak pun layan cerita seram panggung wayang. Ni tak, kene kerja jugak. Masa menungang motor ke kawasan kerja layan pulak lagu 'Lagenda budak setan' entah macam mana sialnya gua nak layan lagu tu atas motor.
Mula lah rasa,

"Gila umur gua baru nak masuk 25 tahun, rasa sunyi pulak"


Ada rasa macam lahanat tak situasi macam tu?

Tapi bila rasa nak ubah kehidupan lebih baik, macam nak berkerja kerasa tanpa menggira masa dan waktu, hari raya pun lu,gua dan orang kebanyakan nak balun kerja jugak. Mula lah rasa nak motivate diri sendiri dalam hal-hal agama.

"Hidup kalau tak bersyukur memang tak akan puas, kerja akhirat lebih baik dari dunia."




Hari ni gua tak pergi solat Jumaat sebab terlajak tidur. Maklumlah effect budak-budak kerja kilang yang berkerja waktu malam memang macam ni. waktu siang tidur sampai ke petang.

Wednesday, January 12, 2011

Kereta.

Hari ini gua ponteng kerja, sebab rasa patut gua buat macam tu. Semalam gua dah banyak makan habuk tanah kat kilang. Jadi gua kena berehat bagi kesihatan gua terjamin di masa hadapan.

Pagi-pagi gua dah hantar pesanan ringkas, tak ringkas sangatlah panjang jugaklah meseg gua. Gua cakap kat 'Supervisor' gua yang gua cuti sakit nak pegi klinik berdekatan. Jawapan yang gua dapat sama sperti mana gua selalu mintak cuti sakit hanya sekadar 'OK TQ'.
Bagus jugak 'sepervisor' gua ni, tak perlu gua buat banyak dosa kene tipu panjang lebar. Memahami jugak dia pada hati gua ni.

Kira masa gua taip artikel ne, gua belom mandi pagi. kira gua lajakkan tidur gua dalam masa 2-3 jam dari biasa. Manja jugak badan gua ni pagi-pagi semua ne penagan dari kilang paip tanah ni.

Dalam 2-3 minggu ni, gua asik pikir pasal nak beli sebijik kereta tempatan atau pun luar negara. Tak kisahlah baru keluar kedai atau dari penggunan terpakai. Rasanya gua perlu mendapatkan sebijik kenderaan ini, utuk menjamin gua dalam mengayat gadis-gadis manis pada tahun ini.

Tapi dalam jangkaan gua, gua nak simpan duit untuk sambung belajar, gua tengok kawan-kawan gua kerja kerajaan 'stedy' dah masuk kelas minggu lepas. Takpa gua kena sabar sebab gua kerja kilang dan masa tak mencukupi nak selak buku.

Berbalik dalam hal pembeliann kenderaan sebijik kereta. Gua perlu usaha keras dalam pembelian tersebut. Jadi gua perlu membuat potongan dalam simpanan bulanan dalam hal-hal sambung belajar. Yea kita tengok dahulu, sejauh mana usaha gua dalam bidang baru ini.

Lu rasa kalau gua angakat Volkswagen Polo yang baru-baru keluar kat TV ini berbaloi tak kalau gua buat modal nak ayat gadis keluar makan?

Sunday, January 2, 2011

Video lucah dari Justin Timberlake.

video video

Tinggalkan yang lama kutip yang baru.

Dulu gua suka listkan apa yang gua perlu capai dalam masa setahun. Dalam tahun lepas (2010), gua rasa tak banyak gua dapat, setakat dapat lulusan Diploma,kerja yang banyak duit dan Stay kembangkan kerja separuh masa sebagai wedding photo.

Pasal tahun baru ni 2011, gua target nak save duit untuk sambung belajar balik ke peringkat Degree. Itu pun kalau calculation gua menjadi, dalam usaha kerja lebih masa semata-mata nak simpan duit. Ya.. kadang-kadang hari ni gua niat, esok dan lusa jadi lain. Barulah orang melayu kalau macam tu. hahah.. macam lahanat gua ne.

Tapi tahun baru ni, gua rasa tak banyak motif gua, cuma setakat nak save duit untuk study sahaja, tak perlu pikir list yang banyak untuk di kejar. Lagi pun kerja baru gua ni bukan lah ada masa sangat nak berpelesiran macam mat-mat rampit, tak pun kaki-kaki cucuk langit.

Badan pun dah bau tanah, pergi dan balik kerja dah tak macam Farid kamil, Rupa macam Bangla tukang jaga pum minyak adalah. Tapi rezekikan, dah tu tuhan nak bagi kat gua. Jadi gua saukk jea lah.

Pasal azam tahun baru. Udah-udah lah gua pun tak paham nak berazam-azam lebih, nama adik gua azam pun hari-hari 'pow' gua punya rokok dah kira naik panas jugak gua.

Lu pa diri.

Mulanya kerja ditempat baru, gua rasa masa dalam sehari gua lebih banyak habiskan pada tokey-tokey kilang paip tanah. Kerja melebihi dari waktu tido,waktu sembang dalam Facebook, waktu nak makan depan TV,waktu nak tulis blog. Semua dah kurang. Tidur paling tidak 4-5 jam, Tapi hasil bulanan memanglah berbaloi, berbulu mata adik gua bila gua sarung barang 'rare' sekarang.

Biasalah, kerja lebih maka duit yang dapat pun lebih. Berbaloilah apa yang gua rasa. Tapi badan gua rasa tak berbaloi, dah tak ada masa nak layan lagu sebelum tido. Paling cibai pun, update status dalam Facebook lepas tu tido.

Orang kampung pun kata gua dah tak kuat tunjuk muka kat kedai-kedai yang selalu lepak. Kalau 2-3 tahun gua buat peragai macam ni, Silap-silap orang kampung pun tak kenal gua lagi.

Bab kerja dah makin stabil, dulu baru sehari kerja gua dah rasa menyesal, sebab kilang cina bukit memang nak untung, hal-hal pasal pekerja memang kurang. Tapi sekarang gua dah boleh follow sikit-sikit. Itu pun dah boleh lepak dengan otai-otai yang dah kerja 10 tahun. Yang muda-muda berapa kerat jea. Jadi hal rumah tangga gua terpaksa layan jugak, bagi penyedap sembang bila masa rehat.

Kadang-kadang jadi 'Lu pa diri' sebab, hidup bagun pagi kerja, balik tido dan makan. Tentang hala tuju makin lupa. Cibai lahh tiba-tiba check ic balik gua dah masuk umur 25 tahun, mana gadis manis ne?