Monday, November 16, 2009

Acara Sukan pada bulan November.

Menunggang motor bersama adik atau salah satu dari pertalian saudara yang rapat, sejarak 10 kilomiter dalam keadaan hujan lebat tanpa penggunaan alatan tambahan seperti baju hujan jenama 'GIVI'.






Gua dan adik gua baru menyertai acara ini petang tadi. Memang menguji minda dan ketahanan para perserta. Selain dapat merasakan kesejukan pada bahagian saluran pembiakan gua.

Tuesday, November 10, 2009

Karokey lagu Hatan - Duit-duit dimana engkau duit?

Duit..

Ada duit semua benda dan perkara yang mustahil akan menjadi, dari kesanggupan nenek berumur 80tahun menari poco-poco sehingga kesanggupan berlari dalam keadaan telanjang.

Tapi gua nak lebih berminat melalui perkara macam ni.

  • Kena marah dengan bos pasal hal-hal kerja.
  • Punch kad merah sebab lambat bagun pagi.
  • Ikat perot masa tengah-tengah bulan.
  • Akhir-akhir bulan menjadi kawan rapat mesin ATM.
  • Kira segala 'Overtime' yang telah buat untuk kiraan gaji bulan yang akan datang.
  • Ungkit segala pinjaman yang telah rakan buat semasa pertegahan bulan.
  • Simpan duit syiling dalam 'mug' walaupun seposen bagi menjamin kemiskinan pada akhir-akhir bulan.
  • Kira bonus pada akhir tahun.


Semua ini gua rasa akan berbaloi apa yang lu lalui, walau pun hasilnya kadang-kadang tak semewah dari, pakcik-pakcik atau pun bro-bro yang pakai seluar slack itam, bawak pen dan paper. Lukis gambar piramid atau pun bulat yang banyak cabang. disertakan perkataan level 1 sehingga level berapa lu nak ambik.

Memang halal dan hasilnya pun memang lumayan. Tapi mana 'feelingnya'?


Mereka dah dah join the club mesti akan ckp, tak cuba mana nak tahu..
Tapi gua balas, duit tak kemana kalau tak bersyukur walaupun seposen.

OK gua petang tadi begegas ke UITM, nak siapkan final project gua bersama rakan seangkatan. Satu pesanan ringkas masuk dari janda gua yang setahun senyap tanpa kabar berita. Ajak gua lepak di retoran Baraa, * dah mcm tajuk filem awei dulu-dulu. Jadi gua pun pegi, ingat nak berborak panjang lebar, sebab dah lama senyap mybe anak dah satu kot.


tapi..




"Hang masuk ne lah, bayaq rm 136.90 dalam setahun hang dapat rm 10 ribu, duk senyap ja"



gua nak becerita pasal kemahiran gua lastik cicak pun dah rasa tak ada mod.

Niat yang tak berapa nak tulus macam izwan pilus.

Minda gua dah set, malam ni gua kena study dan buat sedikit report tambahan. Sebab final dan Persentiton final project dah nak sampai.

sampai rumah, gua terus mandi, jadi imam surau depan rumah, *yang ne gua tipu dan makan sebagai pengisi perut yang kesunyian. Habis semua tu, gua terus berlari dapatkan tilam nipis gua.

jamm 9.00pm, memang cun kalau gua ambik kesempatan tido sejam lebih ne dari mengambil kesempatan terhadap anak gadis orang. Jadi gua set alarm 10.30pm pada handpone Norkia gua yang sudah dalam jangkauan 3tahun, supaya gua boleh bagun dan buat tugasan yang gua rasa perlu di selesaikan.


**********************************************************************************


12.45AM..


Gua cuba bagun secara paksa, disebabkan perut gua dah start main kompang menandakan kelaparan. Dan gua rasa nak bagi anjing makan jea hanpone Norkia gua yang tak berkihdmat dengan baik, sebab satu bunyi alarm pun gua tak dengar.

Jadi gua teruskan niat yang telah dijanjikan sebelum tido tadi.


on si Laptop...


keluar gambar makcik window..


skrol mouse ke yahoo massenger..


masuk id dan pasword...


gua mula ayat2 gadis manis yang on9 pada waktu-waktu ini..



dan


Niat tulus gua nak buat assingment yang duedate akan tiba masih tidah menjadi.

Thursday, November 5, 2009

Astro macam-macam hal.

Semenjak mak gua dah pandai oder menu tambahan dalam rancangan Astro ne, macam- macam benda gua mudah terpengaruh.

Balik dari kerja tadi gua ingat nak layan nasi goreng cili padi sama tea 'o' suam. 'Ending' dia pula dengan dunhill sebatang. Gua tak sabar lampu merah gua redah, pakcik bawak honda gua sailang dan kerja harian ushar gadis manis jual nasi lemak tepi jalan gua dah tak hirau lagi.

Semua kerana perut gua yang dah bunyi 'double pedal' .

Sampai rumah menu pagi jadi lain.Nasik goreng tak ada, mungkin adik gua melantak malam tadi sampai nasi sejuk buat sarapan pagi tak ada. Yang ada bebola ikan yang disalut tepung, warna tak mengairahkan lagsung. Tapi gua tetap abik lima bijik sebagai alas perut pagi. Dah memang tabiat dari dulu, angka lima kira sebati dalam diri gua, semenjak layan superhero jepun 'Flashman' sebelum kedatangan 'Power Rangers', yang dah pandai nak jadikan 6 orang pulak.


Pagi-pagi layan tv memang best, sebab tak ada siapa nak kacau gua alihkan siaran. Tapi penangan mak gua oder menu tambahan@rancangan tambahan dalam astro memberi efect
terbesar pada gua pagi ini.


Gua layan cerita hindustan sampai mata berkaca-kaca.


Macam sial la pulak..



Tuesday, November 3, 2009

lu dah teruk beb..

lu rasa tempat karokey hari tu, dah update lagu baru kew?

lagu apa lu mau layan beb?


Wali- cari jodoh.

Sarapan pagi

Kalau pagi-pagi perut gua starting lain mcm jea, memang kena berhajat pegi sarapan kat kedai mamak lah gamaknya. Layan kuih 'valadey' 2-3 ketul dengan nescafe '0' suam, baru menjadi buat kerja nanti dan baru lah tengok gua ne macam satu Malaysia. Tapi gua tak pasti lah kalau Najib layan mamak jugak.


Gua pegi sama si dean, mentang-mentang gaji dia dah naik sebab bos tak nak bagi dia lari, pagi-pagi dia dah layan nasik lemak dan roti canai bersertakan nescafe. Walhal sekarang zaman sengkek, gaji tak masuk-masuk lagi dia boleh pulun makan sedap-sedap pulak.

Masa ending gua layan rokok, mata gua cuma ushar meja 2 hadapan gua. Seorang gadis tengah layan tea tarik. Tak sangka ada gak gadis-gadis manis yang layan mamak tika zaman sekarang ini. Gua ingat budak-budak sekarang lebih cenderung lepak kat Starbuck sambil layan air mahal kemudian bawak bekas air balik rumah untuk 'interfrem'.

Dean tegur gua, sebab dari tadi asik ushar gadis manis yang dah ada teman jantan di hadapannya. Gua bukan nak ushar apa pun balas gua, cuma nak memastikan sahaja raut wajah si gadis manis tu. Sekarangkan banyak kes pukau, kes kena kawin kat Lambok dan macam-macam lagi. Mana lah tahu, esok lusa muka gadis ne keluar kat surat kabar metro. Gua jugak yang kena pegi buat keteragan nanti, sebab gua ne satu Malaysia.

Dean membalas. "Apa yang ko dapat nanti?"

Bayangkan, bila gua buat report, lepas tu bapak gadis manis ne tokey kilang gula. Bila si gadis ni dah selamat, paling babi pun si bapak bagi gua rm 10 ribu sebagai tanda terima kasih. Silap-silap gua jadi orang kanan bapak dia, dalam bisnes gula nanti.



*gua cakap pumpang sambil asap rokok keluar pelahan-pelahan dari mulot dengan kening terangkat sedikit di bahagian kanana.



Sunday, November 1, 2009

Tersandung di atas trek balapan.

Lu cuba bayangkan, lu tengah lari laju dalam acara 100 meter tiba-tiba kaki lu tersandung dan sekali gus lu terjatuh tersungkur..

bayang kan kejap..

Dagu lu mesti terhentak pada trek balapan, lutut lu mesti ada calar dan menampakkan kesan warna putih sebelum darah keluar dan tapak tagan lu akan mejadi merah-merah dan ada kesan lekuk batu-batu balapan. Tidak juga air liur ala2 'chess pizza' akan terkeluar, semasa lu nak berangkat bagun kembali.


gua dapat coment dari 'someone' pasal entry yang sebelum ne.

kawan 5 said...

lu nih mcm anak raja lar nk di jemput
bentang kapet merah bagai lah....
wallet org yg lu sibuk2.....
baik duduk utan lah....
dari duduk dlm blog nih
mngemis simpati....
kesian lu mat...lu bising2 dlm
nih, kawan 1,2,3 bukan nye tau pon....


uhh.. entah mana sahabat 5 ne datang pun gua tak tahu, Tapi bukan lah gua nak pangkah apa yang dia nak cakapkan. Semua yang di cakap tu betol dan sebetol-betolnya belaka.

Tapi pada awalnya gua nak meletakkan kisah pasal kawan berempat ne sebagai satu beban yang selalu gua pikul. perkara selalu gua termenung, lebih teruk dari kisah di tingalkan kekasih manis.

Sebelum ini gua cuma cakap dengan dinding dan pagar depan rumah sambil isap rokok, pasal hal-hal kawan ini. Sehingga gua terdetik nak menulis dalam blog ne, sebab gua tahu kawan 1,2,dan 3 kebanyakan tak ambik benda-benda macam ini, melainkan myspace dan forum-forum vespa. Kalau prono tu gua tak beraney nak cakap lah.

Gua bukan lah macam baby yang memintak menetek dari seorang ibu, memerlukan belas kasihan dari mana-mana pihak, perlukan keadilan mana-mana pihak, perlukan kritikan mana-mana pihak pasal hubugan gua dan kawan-kawan ini. Gua cuma nak lepaskan sahaja semua beban dalam blog ini shaja.

Supaya bila gua off laptop, semua yang membebankan gua akan hilang, paling tidak pun berkurangan. Bukan gua nak mintak lu pukul atau pergi simbah cat merah pada kawan-kawan gua. Gila apa?


kepada si pengkritik KAWAN 5 gua ucap terima kasih sebab lu ada hati nak baca nurkilan kasih gua pasal kawan-kawan gua neh. hahaha~~ gua bukan nak benci lu, mahu pun nak marah-marah lu. Tapi kalau ada gadis manis yang lebih-lebih, yang kesunyian apa kata lu kenalkan gua. 'U my friend' tak kan saving kot..







Saturday, October 31, 2009

kawan nombor 3 dah kawin gua bila?

Gua tak dapat pergi persandingan kawan nombor 3. Sebab gua ada urusan seripaduka baginda. Tapi minggu lepas gua datang masa persandingan kawan nombor 3 sebelah pihak perempuan. kira dapat lah merasa lihat kawan 3 ne berumah tangga.

Itu pun kawan nombor 2 ajak sebab tak ada kawan nombor 1 . Ulang semula sebab tak ada kawan, mungkin kawan nombor 1 kerja masa tu, jadi perkhidmatan gua sebagai kawan nombor 4 di perlukan.

Minggu ne gua nak ushar phone gua, nak tahu tahap mana kawan nombor 2 terhadap gua. Kalau dia mesg ajak gua pegi persandingan nombor 3, maknanya gua bukan jenis kawan yang diletakkan dalam perkhidmtan awam, jenis boleh guna dan buang.

Tapi kalau senyap sahaja, mungkin gua rasa nak tarik diri dari 'specialist' kawan berempat ne, lebih baik jadi seperti kawan-kawan biasa, yang tak perlu ambil berat sangat pasal kawan-kawan lain.


Tapi gua hampa jugak masa gua pergi persandingan belah perempuan. Satu gadis manis pun tak ada, yang ada makcik-makcik, budak-budak kecil yang baru nak belajar shuffle dan paling gua benci bila Dj dia putar lagu keroncong. Nak joget lambak 'tang' mana? gua nak 'shoot' gambar pun dah tak ada mod sebab budak-budak shuffle duk main lari-lari kutip gula-gula.



Gua cakap kat kawan nombor 3 ni, "'Wallet' yang kita rembat masa from 4 tu. dah ganti balik kew?

Friday, October 23, 2009

Si gadis manis

Petang minggu, jika gua tak ada 'class partime' kehidupan gua lebih kepada tilam nips dan kipas level 5. Tak ada gadis manis tak ada asingment, yang tinggal igawan buaiyan dan layang-layang di tanah lapang.


dan gua memang tak suka digangu pada waktu itu.


Waktu yang sama, seorang gadis manis, bermata bulat, bertudung sopan, berseluar jeans lusuh memanggil-manggil nama penuh gua dengan nyaring sekali..


"khairul~ khairul~"


Kedatangan di sambut oleh nenek gua yang sedia berada di kerusi utama ruang tamu. Irama nyaring gadis manis bertukar ayu, menjadi hormat pada tuan rumah seperti gadis melayu di TV9.

Gua di panggil dan di ajak keluar. Hanya bersarung seluar jeans dan tshirt buruk bundel bergegas kebawah melihat kedatangan gadis manis yang menanti.

Gadis manis menjeling dan membuat gaya2 tutup hidung menunjukan gua seperti manusia yang tak kenal erti mandi. Lalu bergegas keluar mendapatkan kereta gadis manis sambil melihat si gadis manis, dengan sopan berlalu pergi dihadapan nenek gua.

Gua memang jenis buta jalan, dan gadis manis umpama GPS yang tahu selok-belok jalan di kota.
Di dalam kereta ternyata si gadis manis mendegar siaran radio bukan lah cd Siturhaliza atau pun Maria Cary.


Si gadis manis memulakan percakapan, memulakan leteran sambil tangan memegang 'stering' dan dia tahu mana hala tujunya. Gua di kerusi penumpang cuma dapat membalas 2-3 patah perkataan sahaja, dan semua komunikasi di kuasai si gadis manis yang sibuk bercerita pasal. gua yang suka tido,gua yang suka isap rokok, gua yang tak terurus dan bla-bla-bla-bla..


Si gadis manis membawa gua kew pangung wayang. Kelihatan berbaris-baris manusia menantikan tiket pada hujung minggu ini. Tapi si gadis manis telah membuat langkah yang bijak menempah awal terlebih dahulu. Gua cuma terdaya membeli sebungkus Pop Corn dan 2 air mineral.


Habis lihat screan besar, gadis manis dan gua gegas keluar dari tempat sesak. Pegi taman lapang main layang-layang, tengok kanak-kanak naik basikal sambil gua dan gadis manis makan aiscream dah seperti cerita orang putih. Dengar sambungan si gadis manis membebel ditambah pula gelak yang tak pernah sopan.
Lalu gua mengeluarkan rokok ditengah-tengah pembebelan si gadis manis.


Si gadis manis terhenti. Mata yang bulat menjadi merah, gua cuma senyum sambil rokok di bibir hanya tunggu dibakar sahaja.


gua bakar rokok tersebut.


Si gadis manis menyambung bebelan dan di selitkan lagi nasihat 'behenti rokok' dan 'belia benci dadah' bla-bla-bla-bla-bla-bla-bla...


Lalu si gadis berkata "Nak bagi orang jadi Janda ke nanti?"




**********************************************************************************


Tapi semua cerita tadi gua harapkan akan berlaku suatu hari nanti, Pada waktu sekarang gua cuma mampu ber-angan sambil isap rokok tengok bintang warna putih malam hari sama saja.




*babilahanat gua rasa bila cerita angan2 pasal gadis ne, gua dah macam gampang jadinya.