Sunday, April 25, 2010

Sudah berhabuk

Kalau lah page blog gua ni, ditulis atas bukur lejar tiga baris sekolah rendah. Gua rasa mesti dah berhabuk dan siap ada bekas telur anak lipas baru menetas.

Dah lama gua tak update blog luahan hati pungung ke pungung gua ne. Pasal kerjaya, rukun tetangga, tipu-menipu dan kes-kes tak puas hati. Kadang-kadang penyakit pelupa dah mula menguasai badan gua. contohnya. masa atas moto nak balik rumah macam-macam gua terpikir nak taip kat blog. Tapi bila sampai rumah secara siriknya benda tu terus hilang. Yang gua tahu, gua terjaga dari kerusi panjang sebab perut lapar. Memang misteri sungguh... yea sungguh misteri.


Gua pun sibuk dengan 'career' gua sebagai perkerja kilang yang dalam level 'B' , Hari-hari kena pulun kerja lebih masa. Esok tengok muka member A, esok juga tengok muka member A jugak. kira hari-hari muka yang sama. Dah naik boring jugak tengok muka member-member yang satu level dengan gua. Rasa dah malas nak kerja kat kilang plastik.

Dan masa sekarang gua taip blog ne pun gua tengah kerja. Hari Ahad pulak tu, nasib baik gua tak ada gadis manis lagi, kalau tah dah lama dorang mintak cerai dekat gua. Memang nasib gua lah, kerja kat tempat tak ada gadis. nasib baik akak cleaner tu dah kawin kalau tak dah lama gua susun ayat manis ajak dating kat dalam kilang.

Friday, April 2, 2010

Shift malam.

Minggu ni gua kerja malam, sebagai seorang pekerja kilang yang berkaliber. Gua tak ambik port sangat pasal waktu-waktu istimewa. Macam malam minggu, malam tahun baru dan malam hari ibu-ibu. Tapi ramai kawan-kawan gua yang dah kawin sibuk nak mempetikaikan malam hari ibu-ibu. Malam sunat katanya, tapi dah malam untuk hari ibu-ibu si bapa dah menyendeng kenapa? baik mengubah kepada malam berromen-romen. ok agak lucah gua punya ayat tu.

Kerja malam bebas, nak keluar hisap rokok sampai dunhill 14 batang habis pun boleh, nak keluar rehat sampai kedai naik muak ambik oder pun boleh dan apa yang tak boleh buat masa kerja waktu pagi pun boleh bila dah berkeja pada 'shift' malam. Sebab ikot 'law' pekerja-perkeja kilang plastik tempat gua berkeja, bila waktu malam semua hal-hal pentadbiran di bawah jagaan perkeja. Jadi kalau nak bawak masuk periuk nasik masa waktu kerja malam pun boleh, janji kene 'kamcing' dengan security guard.

Elaun kerja malam, memang banyak dan menguntungkan. Ada tokok tambah sikit daripada kerja waktu pagi. Tapi kerja malam jugak 'stedy' tak ada orang besar, tak ada orang yang nak buat muka bengis sebab lepak main SMS dengan gadis atau bini. Kalau nak buat kerja masa tido pun boleh, itu dah kira makan duit haram sebab tak beretika masa berkeja. Gua adalah jugak ambik 2-3 sesi perkara tu, itu pun kalau gua dah tahap overlimit perlu ada tenaga selepas tido.

Tapi gua rasa nak nagis, bila kalau ada perlawanan bola. Lagi-lagi penyokong kuat TNB kelantan, ok itu tipu. Penyokong kuat Mancaster. Tak dapat nak lompat-lompat dekat gerai bila Roney skor, tak dapat nk hanjeng-hanjeng penyokong musuh. Tak dapat nak makan sate free bila pasukan menang.

Piala dunia dah nak bermula ni, gua tengah sibuk usharr, handphone dari china, yang ada TV. Kira kalau kerja malam gua bolehlah 'stanby' jersi pasukan kegemaran masa nak datang kerja.