Thursday, September 30, 2010

Perancangan untuk masa hadapan.

"Rancangan ini mesti berjaya!" nada keyakinan yang tinggi gua tujukan pada dua ahli kilang plastik.


"Bermula dengan rancangan ini lah, gua dapat bantu lu orang. Susah dulu,nanti bila dah berjaya lu orang jugak yang senang. Zul paling tidak dalam jangkaan 2-3 tahun lu dah boleh tambah satu cawangan. Maklumlah orang dah berkemampuan mesti tak salah nak berbini dua."


*Zul rakan sekerja gua, yang sudah berbini ketika usia 23 tahun mula mengimpikan janda Maya Karin sebagai cawangan baru setelah, Maya Karin kesuniyan di tinggalkan jejaka berhidung mancung.


"Saipul, lu boleh pergi tak? gua tengok lu memang perang orangnya. Tak kisah hal-hal kecik ni, kalau menjadilah Inysaallah kereta idaman lu akan dapat dalam jangaakan terdekat ni. Siap Cash lagi lu bayar beb. Dah tentu nanti lu balik kampung bawak antara 40-60km/jam semata-mata nak bagi orang kampung lihat dengan jelas siapa pemandu kereta."

*Saipul, rakan gua yang mengidamkan kereta-kereta mewah. Selain berkerja sebagai pemerhati kualiti penggeluaran, kerja harian beliau juga membuka laman web kereta mewah dan pencarian jodoh juga.



Gua lihat Zul dan Saipul mula menunjukan komitmen yang tinggi, hasil hujah-hujah gua tadi.


"Nanti, lu orang kumpul 2-3 bangla bagi penyedap cerita. Bila jumpa anak Tan sri yang cun-cun, lu orang pura-pura nak rompak. Nanti secara pantas kilat gua akan datang sebagai penyelamat. Gua dapat terajang 2-3 kali bangla tu cukuplah. Lu orang pukul gua pun jangan sampai patah-patah dan masuk ICU 2-3 minggu. Pukul bagi darah sikit, lepas tu lu orang cabot lari."

Zul dan Saipul mula menyalin semula rancangan gua ini,dalam komputer pejabat kilang plastik.

"Rancangan seterusnya biar gua handle, sebab rancangan ne kena orang yang berhati macam Farid kamil, Remy Ishak dan Haliza musbun."


Zul dan Saipul cuma gelak berdekah-dekah tanda tak setuju sangat perbandingan yang gua berikan.


"Nanti gua dah luka-luka, dah tentu anak Tan sri bawak gua pergi jumpa doktor. Gua pulak kena tahan kat hospital sampai 2-3 hari sebab kecederaan pukul ne kadang-kadang boleh menggundang maut."

"Bila gua dah tak kerja 2-3 hari, dah tetentu gua di buang kerja. Atas jasa baik gua pada anak Tan sri, gua berkerja di bawah Syarikat Tan sri. Kena pulak office gua sebelah anak Tan sri yang gua selamatkan tempoh hari tu. Jadi hubungan gua dengan anak Tan sri akan bertambah hebat dan bibit-bibit cinta ni akan bermula"


Di pendekkan cerita. Dalam 1-2 tahun akan datang gua dah boleh berkawin dengan anak Tan sri. Bila gua dah kaya, gua bantu lu orang balik. Apamacam ok tak?

Monday, September 20, 2010

Siapa rasa nak sepak muka gua?

Hari raya gua.

Gua kenyang makan kuih raya, kembung perut minum air berkabonat, sakit tekak karokey dengan rakan sekolah lama. Jadi tak perlu lah gua nak taip apa aktivity hari raya gua tahun ini.

Yang patut di selitkan pada hari raya ini adalah, bagun sekitar 3 petang dan layan cerita hantu sambil minum air aiskrem soda. Jumlah gua bertandang raya tahun ini kurang dari tahun lepas, rumah Jawa, Along dan rumah Ja'ah pengguat kuasa klang. Jumlahnya 3 rumah sahaja, kira ok lah tu dari gua tak beraya rumah sesiapa pun. Gua lebih cenderung carik Cendol dan ABC masa hari raya ni. tak tahu manja sungguh tekak gua pada hari raya ni.

Thursday, September 9, 2010

Apabila gua akan balik kampung satu hari nanti.

Tiket kapal terbang gua pada tengah hari syawal yang pertama, harap-harap semua perjalanan dalam keadaan baik. Rindu gua pada keluarga di United Kingdom makin membara. Lagi-lagi masakan ibu yang berasakan kentang lenyek special dan ayam merah kus-kus.

Makin telan air liur gua setiap saat bila megenangkannya. Persiapan raya di Malaysia sudah gua sedia petang tadi, baju kurung adik dan ibu, sudah gua simpan dengan kemas. Cuma baju kurung kekasih hati gua Katy Perry jea gua bungkus secara berasingan, sebab tak nak ibu gua tahu hubungan kami yang makin serius.

Rindu pada si White, kuda kesayangan gua yang sudah lama gua tak gosok-gosok bandannya dengan sikat dan menukarkan kasut tumitnya supaya mudah berlari kencang. Agak-agaknya raya ke tiga gua sudah boleh memburu beruang sambil menunggang White. Kuda ku lari gagah berani..

Si kekasih (Katy Perry) awal-awal lagi dah mesg gua, yang dia cuma dapat belajar puasa selama seminggu sahaja. Sebab masih tak biasa lagi, Jadi gua tak suka memaksa-maksa. Hanya gua selalu ungkapkan "If you love me, you must love my religion". Katy suka kerepek bawang, jadi gua dah oder sekilo dari rakan sekerja khas buat kekasih tercinta. Tentang baju raya kami, Katy nak gua dengan dia memakai baju raya sedondon dan tangkap gambar di bawah Eiffl Tower. Katanya tanda kenagan raya tahun ni, Perempuan biasalah gua ikut jea katanya.

Ibu kata raya ke lima pakcik dan makcik dari Kaerah mesir, akan melawat rumah dan ibu sibuk nak membuat rumah terbuka pada hari tersebut. Dah tentu adik gua akan menggelupur mengajar Justin Biber nyanyi lagu dendang perantau masa open house nanti. Tahun lepas gua ajar band Weezer main lagu Rafeah Buang dan Anuar Zain tentang lagu raya. Agak payah jugak nk ajar dorang rentak melayu ni kesabaran kena tebal 2 jengkal.

Sekarang gua cuma perlu berdoa semoga semua selamat. Jadi gua PEKERJA KILANG PLASTIK BERNOMBOR ID 3001007134 INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAWAL YANG AKAN TIBA INI.

Friday, September 3, 2010

Oohh.. Hari Raya nak dekat.

Makin nak dekat raya gua makin demam. Batuk-batuk makin rancak, selsema dah pandai kurang hajar. Sampai orang sebelah gua masa solat tarawih kene tempias bersin gua.

Badan rasa tak berapa cantek, kejap sejuk kejap panas. Tapi perkhidmatan gua atas kilang plastik berjalan lancar. Sebab mengikut budi bicara orang atasan, pekerja kilang plastik akan di beri cuti selama 6 hari. Agak meriah jugak cuti raya gua kali ni, penuh dengan aksi-aksi tidur sampai lewat bagun gamaknya gua neh.

Buat masa ni, gua masih bertahan dalam menunaikan rukun islam yang ke-3. Tak lagi kantoi gua nak oder nasi bungkus kat kantin kilang sebelah dan isap rokok kat dalam tandas kilang. Gua masih boleh bertahan sampai sekarang.

Waktu pagi hingga petang gua lebih cenderung lepak depan tv, layan movie atau katun-katun yang dah di olah bahasa, tak pun ada sari kata. Kalau tak ada kedua-dua tu gua lebih suka tidur kat kerusi panjang tanpa baju.

Pasal baju raya, gua belom menjamin lagi. Kabarnya gua nak sarung warna hitam lebih kepada kematangan. Tapi sampai sekarang gua tak ushar-ushar lagi kat mana-mana butik mahal kat area KL.

Gua tak tahu nak tulis apa lagi pasal raya yang akan tiba ne. Gua nak sambung tidur balik lagi meriah. Tekak gua pun dah rasa cilaka sangat neh.