Sunday, January 4, 2009

Perkara tentang aku semasa waktu belajar kat Politeknik Kulim kedah Batch 2005-2006.


Semasa di Kuliah.

  1. Baju ke kuliah aku hanya 3 helai seminggu ( seluar pun paling banyak 2 helai seminggu)
  2. Topten pelajar yang lewat ke Kuliah.
  3. Berpakaian aneh semasa ke Kuliah. (kemaja tahun 1980,seluar sendat dan kasut nike lusuh)
  4. Beg aku warna-warni ( colour of benetton)
  5. Setiap nota-nota aku akan dihiasi mahluk-mahluk yang aku lukis sbb teramat bosan.
  6. Salah seorang peminjam pen yang berjaya di dalam class ( hampir separuh pen x dipulangkan).
  7. Suspect utama jika terdapat gas beracun didalam class.
  8. Panggilan 'Joker' dari rakan-rakan class. (kenapa tak robin mesti gempak)
  9. Tiada istilah baju 'tag in' dan 'sila pamerkan kad matrix anda' sejak mula aku di gelar pelajar poly.

Luar dari Kuliah.

  1. Seorang yang berhaluan Kiri terhadap undang-undang politeknik. (pembangkang)
  2. Kaki tido di library (pendingin udaranya membuat aku terlena).
  3. Akan menyebut 'hai kak long ' jika tersempak gadis-gadis ayu yang hidung tinggi.
  4. Pelanggan tetap cendol pulut kat depan 7E simpang 4.
  5. Tiada bakat dalam bermain mata di dalam library walaupn telah di ajar oleh guru-guru yang bertawliah.
  6. Akan menyebut 'mari mencari jodoh!' ketika mengajak rakan-rakan ke koperasi. walaupun setiap kali cubaan mencari jodoh tidak berjaya, disebabkan peragai aku yang hampeh.
  7. Suka melomat tinggi-tinggi walaupun ada waktu tidak memerlukan aktiviti begitu.

1 comment: