Kerja macam gua ne bukan kerap sangat menghadap komputer. Lebih banyak menghadap mesin yang secara automatic melakukan pergerakan yang sama setiap hari, kalau ada pergerakan yang lain pun sebab gua. Gua yang bagi jahanam mesin tersebut sebab rasa menyampah .
Minggu ne gua ada pelbagai pilihan untuk masa hadapan. Kerja kilang koboi sekarang ne gua dah semakin 'follow up'. Bos gua pun dah boleh masuk air dengan kerja gua. Tapi dalam minggu neh gua ada pelbagai panggilan jawatan. Dari yang kerja gua mintak dahulu tak dapat, sekarang dah dapat. Siap tunggu gua masuk cepat-cepat. Dari jawatan yang hebat dan keadaan kerja normal yang bagi memudahkan gua ambik 'study part time'. dan jugak jawatan 'specialist' luar dari selangor.
Gua dah penat sekarang, bukan terhadap kerja. Semua kerja penat, gua cuma penat memikirkan masa hadapan yang lebih baik. Dari segi kerja, masa, kewangan dan ada rezeki keluarga.
Hidup ne bukan kita catatkan hari ini, esok lusa menjadi. Tuhan tu lebih tahu untuk 10-20 tahun yang akan datang.
Gua nak layan Ben 10 lah..
Wednesday, June 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment