Dulu gua suka listkan apa yang gua perlu capai dalam masa setahun. Dalam tahun lepas (2010), gua rasa tak banyak gua dapat, setakat dapat lulusan Diploma,kerja yang banyak duit dan Stay kembangkan kerja separuh masa sebagai wedding photo.
Pasal tahun baru ni 2011, gua target nak save duit untuk sambung belajar balik ke peringkat Degree. Itu pun kalau calculation gua menjadi, dalam usaha kerja lebih masa semata-mata nak simpan duit. Ya.. kadang-kadang hari ni gua niat, esok dan lusa jadi lain. Barulah orang melayu kalau macam tu. hahah.. macam lahanat gua ne.
Tapi tahun baru ni, gua rasa tak banyak motif gua, cuma setakat nak save duit untuk study sahaja, tak perlu pikir list yang banyak untuk di kejar. Lagi pun kerja baru gua ni bukan lah ada masa sangat nak berpelesiran macam mat-mat rampit, tak pun kaki-kaki cucuk langit.
Badan pun dah bau tanah, pergi dan balik kerja dah tak macam Farid kamil, Rupa macam Bangla tukang jaga pum minyak adalah. Tapi rezekikan, dah tu tuhan nak bagi kat gua. Jadi gua saukk jea lah.
Pasal azam tahun baru. Udah-udah lah gua pun tak paham nak berazam-azam lebih, nama adik gua azam pun hari-hari 'pow' gua punya rokok dah kira naik panas jugak gua.
Sunday, January 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment