Friday, January 21, 2011

Dunia ke dua berbisik.

Rasa bila buat kerja berat-berat, kebanyakan gua selalu menggeluh dalam hati.

"Kenapalah aku tak jadi anak Tan sri atau anak General dah tentu-tentu, aku lepak kat rumah waktu sekarang ne minum air 'fresh Oren' sambil layan tv. Tak perlu membanting tulang cari duit."

Kadang kala, bila gua balik kerja dalam keadaan kotor, mula lah rasa nak lepak depan rumah kejap. Ambik angin sambil layan rokok sebatang berserta air Rebenna. Tergetus pulak dalam hati,

"Gila kerja kilang baju kotor-kotor, kalau dah kawin nanti bini gua sanggup ke nak basuh baju gua ni?".



Tak cukup lagi apa yang gua rasa tu..

Benda neh lagi kaw-kaw, bila kene kerja malam minggu. Zaman sekarang malam minggu, malam keluar dengan gadis-gadis manis lepak kat dataran, tak pun layan cerita seram panggung wayang. Ni tak, kene kerja jugak. Masa menungang motor ke kawasan kerja layan pulak lagu 'Lagenda budak setan' entah macam mana sialnya gua nak layan lagu tu atas motor.
Mula lah rasa,

"Gila umur gua baru nak masuk 25 tahun, rasa sunyi pulak"


Ada rasa macam lahanat tak situasi macam tu?

Tapi bila rasa nak ubah kehidupan lebih baik, macam nak berkerja kerasa tanpa menggira masa dan waktu, hari raya pun lu,gua dan orang kebanyakan nak balun kerja jugak. Mula lah rasa nak motivate diri sendiri dalam hal-hal agama.

"Hidup kalau tak bersyukur memang tak akan puas, kerja akhirat lebih baik dari dunia."




Hari ni gua tak pergi solat Jumaat sebab terlajak tidur. Maklumlah effect budak-budak kerja kilang yang berkerja waktu malam memang macam ni. waktu siang tidur sampai ke petang.

2 comments:

  1. banyak betul bisikannya.. cuba ikut plan. ok kut.

    ReplyDelete
  2. nak jadi bossned ke? ehhh ehh kbai

    ReplyDelete