Wednesday, March 25, 2009

Kealpaan

kegembiraan? gembira mendapat anak yang pertama dan diberi nama hampir sama dengan artis2 tempatan atau nama2 berloratkan english. Kegembiraan mencapai satu tahap yang dibanggakan sehingga melupakan siapa yang memberi dan siapa yang harus di ucapkan.

Jatuh? dulu seorang yang kaya dan mewah, lupa pada yang maha esa. Apabila ditarik sedikit rezeki, umpama setaraf kemiskinan penduduk di Somalia dan apabila mewah umpama firaun yang menantikan para penari menari dihadapannya dengan memakai baju-baju yang jarang.

Kecewa? umpama tiada yang tinggal di dunia melainkan dia sahaja, ditinggalkan teman-teman atau kekasih sehingga kerja-kerja harian menggangu, pengambilan dadah dan arak sebagai jalan penyesaian, sehingga satu tahap nyawa jadi mainan.

Kebanggan? ingin mencapai satu tahap yang tinggi dengan orang-orang disekeliling. Ingin dipandang tinggi umpama dia di atas dan mereka yang lain dibawah cuma memuja2. Berusaha mencapai segala yang di ingini sehingga tidak menjejak kaki di bumi yang nyata.

Masalah sekeliling? Politik yang lebih mengutamakan tuduh menuduh, jatuh dan menjatuhi bukan memikirkan harga atap yang semakin tinggi? pakcik teksi yang kekurangan pelangan dan anak-anak cacat yang kurang kemudahan untuk pembelajaran harian. Alih-alaih saman dimakamah atas tuduhan menuduh,memfitnah dan apalancow lagi lah!


28 march 2009

8.30malam ke 9.30 malam.. Padamkan lampu rumah lu org dan bagi sedikit peluang untuk anak-anak gua yang akan lahir dan anak-anak lu orang yang akan membesar merasai kehidupan bumi yang lebih elok dari sekarang berbanding hari yang akan tiba nanti.. Lupakan pasal hal-hal yang memandang ke arah mementingkan diri sendiri. Pikir untuk mereka yang akan datang pada masa hadapan.


SELAMATKAN BUMI KITA

No comments:

Post a Comment