Friday, September 3, 2010

Oohh.. Hari Raya nak dekat.

Makin nak dekat raya gua makin demam. Batuk-batuk makin rancak, selsema dah pandai kurang hajar. Sampai orang sebelah gua masa solat tarawih kene tempias bersin gua.

Badan rasa tak berapa cantek, kejap sejuk kejap panas. Tapi perkhidmatan gua atas kilang plastik berjalan lancar. Sebab mengikut budi bicara orang atasan, pekerja kilang plastik akan di beri cuti selama 6 hari. Agak meriah jugak cuti raya gua kali ni, penuh dengan aksi-aksi tidur sampai lewat bagun gamaknya gua neh.

Buat masa ni, gua masih bertahan dalam menunaikan rukun islam yang ke-3. Tak lagi kantoi gua nak oder nasi bungkus kat kantin kilang sebelah dan isap rokok kat dalam tandas kilang. Gua masih boleh bertahan sampai sekarang.

Waktu pagi hingga petang gua lebih cenderung lepak depan tv, layan movie atau katun-katun yang dah di olah bahasa, tak pun ada sari kata. Kalau tak ada kedua-dua tu gua lebih suka tidur kat kerusi panjang tanpa baju.

Pasal baju raya, gua belom menjamin lagi. Kabarnya gua nak sarung warna hitam lebih kepada kematangan. Tapi sampai sekarang gua tak ushar-ushar lagi kat mana-mana butik mahal kat area KL.

Gua tak tahu nak tulis apa lagi pasal raya yang akan tiba ne. Gua nak sambung tidur balik lagi meriah. Tekak gua pun dah rasa cilaka sangat neh.

No comments:

Post a Comment