Tiket kapal terbang gua pada tengah hari syawal yang pertama, harap-harap semua perjalanan dalam keadaan baik. Rindu gua pada keluarga di United Kingdom makin membara. Lagi-lagi masakan ibu yang berasakan kentang lenyek special dan ayam merah kus-kus.
Makin telan air liur gua setiap saat bila megenangkannya. Persiapan raya di Malaysia sudah gua sedia petang tadi, baju kurung adik dan ibu, sudah gua simpan dengan kemas. Cuma baju kurung kekasih hati gua Katy Perry jea gua bungkus secara berasingan, sebab tak nak ibu gua tahu hubungan kami yang makin serius.
Rindu pada si White, kuda kesayangan gua yang sudah lama gua tak gosok-gosok bandannya dengan sikat dan menukarkan kasut tumitnya supaya mudah berlari kencang. Agak-agaknya raya ke tiga gua sudah boleh memburu beruang sambil menunggang White. Kuda ku lari gagah berani..
Si kekasih (Katy Perry) awal-awal lagi dah mesg gua, yang dia cuma dapat belajar puasa selama seminggu sahaja. Sebab masih tak biasa lagi, Jadi gua tak suka memaksa-maksa. Hanya gua selalu ungkapkan "If you love me, you must love my religion". Katy suka kerepek bawang, jadi gua dah oder sekilo dari rakan sekerja khas buat kekasih tercinta. Tentang baju raya kami, Katy nak gua dengan dia memakai baju raya sedondon dan tangkap gambar di bawah Eiffl Tower. Katanya tanda kenagan raya tahun ni, Perempuan biasalah gua ikut jea katanya.
Ibu kata raya ke lima pakcik dan makcik dari Kaerah mesir, akan melawat rumah dan ibu sibuk nak membuat rumah terbuka pada hari tersebut. Dah tentu adik gua akan menggelupur mengajar Justin Biber nyanyi lagu dendang perantau masa open house nanti. Tahun lepas gua ajar band Weezer main lagu Rafeah Buang dan Anuar Zain tentang lagu raya. Agak payah jugak nk ajar dorang rentak melayu ni kesabaran kena tebal 2 jengkal.
Sekarang gua cuma perlu berdoa semoga semua selamat. Jadi gua PEKERJA KILANG PLASTIK BERNOMBOR ID 3001007134 INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAWAL YANG AKAN TIBA INI.
Thursday, September 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huuhuhuhu mcm pernah dgr je cerita nie....apepun selamat ari raya....keep on mengarut...k
ReplyDelete