Kenapa gua penduduk Malaysia?
Sebab bila musim bulan Ogos, tuuu dia bendera melambai-lambai macam ada angin kencang tengah tiup. Lepas tu tunggu dapat subsidi bendera free dari pekerja-pekerja tol yang akan tolong lekatkan pada bumbung kereta.Kalau salah setting lekat, tuan kereta akan simpan dendam dalam hati, sampai rumah baru adjust betol-betol baru nampak staylo-mailo.
Kenapa gua penduduk Malaysia?
Sebab gua boleh tengok budak-budak basikal letak bendera lebih besar dari saiz basikal dia orang, dan cikgu-cikgu tak akan mudah menegur sikap budak-budak yang eksen, sebab budak-budak tayang bendera besar masa depan pintu pagar sekolah dan cikgu cuma ada bendera kecik di bumbung kereta.
Kenapa gua penduduk Malaysia?
Sebab masa remaja gua, waktu-waktu ini lah line clear nak keluar malam dan overnight semata-mata nak tengok bunga api kat Dataran Merdeka, walhal kerja sekolah pasal karangan merdeka satu habuk pun tak usik lagi.
Kenapa gua penduduk Malaysia?
Sebab gua dan orang kebanyakan, lebih berfikiran positif dan tak terlalu taksub dalam hal-hal membaling najis pada kedutaan-kedutaan asing. Kalau gua dan orang kebanyakan ini bersifat kejam, gua tak layan lagu-lagu Nidji dan cerita-cerita seperti Bawang Merah. Baik gua layan cerita Hongkong. Lagi pun gua kalau ada satu ribu ringgit Malaysia, sudah tentu gua jadi jutawan di sana.
Dan sebab tu gua tinggal kat Malaysia.
Saturday, August 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment