Thursday, September 30, 2010

Perancangan untuk masa hadapan.

"Rancangan ini mesti berjaya!" nada keyakinan yang tinggi gua tujukan pada dua ahli kilang plastik.


"Bermula dengan rancangan ini lah, gua dapat bantu lu orang. Susah dulu,nanti bila dah berjaya lu orang jugak yang senang. Zul paling tidak dalam jangkaan 2-3 tahun lu dah boleh tambah satu cawangan. Maklumlah orang dah berkemampuan mesti tak salah nak berbini dua."


*Zul rakan sekerja gua, yang sudah berbini ketika usia 23 tahun mula mengimpikan janda Maya Karin sebagai cawangan baru setelah, Maya Karin kesuniyan di tinggalkan jejaka berhidung mancung.


"Saipul, lu boleh pergi tak? gua tengok lu memang perang orangnya. Tak kisah hal-hal kecik ni, kalau menjadilah Inysaallah kereta idaman lu akan dapat dalam jangaakan terdekat ni. Siap Cash lagi lu bayar beb. Dah tentu nanti lu balik kampung bawak antara 40-60km/jam semata-mata nak bagi orang kampung lihat dengan jelas siapa pemandu kereta."

*Saipul, rakan gua yang mengidamkan kereta-kereta mewah. Selain berkerja sebagai pemerhati kualiti penggeluaran, kerja harian beliau juga membuka laman web kereta mewah dan pencarian jodoh juga.



Gua lihat Zul dan Saipul mula menunjukan komitmen yang tinggi, hasil hujah-hujah gua tadi.


"Nanti, lu orang kumpul 2-3 bangla bagi penyedap cerita. Bila jumpa anak Tan sri yang cun-cun, lu orang pura-pura nak rompak. Nanti secara pantas kilat gua akan datang sebagai penyelamat. Gua dapat terajang 2-3 kali bangla tu cukuplah. Lu orang pukul gua pun jangan sampai patah-patah dan masuk ICU 2-3 minggu. Pukul bagi darah sikit, lepas tu lu orang cabot lari."

Zul dan Saipul mula menyalin semula rancangan gua ini,dalam komputer pejabat kilang plastik.

"Rancangan seterusnya biar gua handle, sebab rancangan ne kena orang yang berhati macam Farid kamil, Remy Ishak dan Haliza musbun."


Zul dan Saipul cuma gelak berdekah-dekah tanda tak setuju sangat perbandingan yang gua berikan.


"Nanti gua dah luka-luka, dah tentu anak Tan sri bawak gua pergi jumpa doktor. Gua pulak kena tahan kat hospital sampai 2-3 hari sebab kecederaan pukul ne kadang-kadang boleh menggundang maut."

"Bila gua dah tak kerja 2-3 hari, dah tetentu gua di buang kerja. Atas jasa baik gua pada anak Tan sri, gua berkerja di bawah Syarikat Tan sri. Kena pulak office gua sebelah anak Tan sri yang gua selamatkan tempoh hari tu. Jadi hubungan gua dengan anak Tan sri akan bertambah hebat dan bibit-bibit cinta ni akan bermula"


Di pendekkan cerita. Dalam 1-2 tahun akan datang gua dah boleh berkawin dengan anak Tan sri. Bila gua dah kaya, gua bantu lu orang balik. Apamacam ok tak?

4 comments:

  1. kalau buat filem,
    2 thn kemudian...baru jd kaya..

    ReplyDelete
  2. klu dapat anak tan sri tu ko keje lg x kt keramo?hahaha

    ReplyDelete
  3. 5 tahun kemudian anda telah berkahwin dengan anak tan sri azhar. tahniah cita2 tercapai akhirnya.

    ReplyDelete