Sunday, May 2, 2010

Kawan baru.



Pagi-pagi mak gua dah menjerit suruh bagun. walhal hari tu gua cuti, cuti hari Jumaat. Oh lupa gua kerja kilang cuti memang tak menentu tak macam orang kerajaan dan budak-budak posmen bukit rajah.

Mak gua dah kejutkan awal supaya gua boleh pergi sembahyang jumaat, sebab gua kalau tak pergi minggu ne pintu hati gua dah gelap, dah boleh pikir-pikir benda jahat lepas tu. Nasib baik mak gua pesan suruh pergi sembahyang hari tu gak. Selamat gua dari hati gua kena solex mangga.

Mak gua dah xcited nak pergi hospital seremban. Akak ipar aku dah lahirkan baby lelaki. setahun lepas, masa mula-mula mengandung dulu anak dalam kandungan meninggal dalam perut. Mungkin tuhan tak bagi lagi kot rezeki masa tu.

Lepas balik sembahyang jumaat gua, ibu dan makcik gua gegas pergi hospital Seremban. Dah bawak orang tue gua ingat nak lah bawak sopan-sopan sikit. Tapi mak gua 'sound' suruh laju, gua bawak kereta kancil 660 mak gua macam bawak Fear lady Z, cuma tak laju sangatlah apa yang gua bayangkan.

Sampai Hospital seremban dalam sejam setengah. Nasib baik pakcik gua dah bagi map yang jelas, kalau tak gua mesti dah tersesat bawak dan peratus kene maki dengan ibu gua mesti tinggi.

Dah masuk hospital, gua sibuk pandang kiri kanan. ushar nurse-nurse yang manis. Untung-untung cinta boleh berputik kat situ gak. Jodoh kan manalah tahu...

Anak buah lelaki, gua memang rasa terharu sikit, tak lah sampai hidung nak merah-merah. mata nak berkaca-kaca.Lu ingat layan AF ke? nenek gua layan gua tak layan.




Iqbal Fi- Sabilillah. ( Abang gua yang letak nama tu. Rasa lain macam jea)



Lepas ne gua dah boleh suruh anak buah gua, beli rokok beli choki-choki dan teman gua lepak shoping complex ushar gadis-gadis manis bila dah berumur sikit.

1 comment:

  1. ok. damn. sangat comel ok.
    haha.
    cepat r jumpa jodoh. nak makan nasi minyak ni...

    ReplyDelete