Sunday, March 28, 2010

Gua penat sebab gua kerja.

Dah 2 bulan lebih gua kerja lebih masa, rezeki nak rembat lens baru memang dalam kepala otak gua.

Bulan depan pulak ada 2-3 job wedding, lagi gua kaya. Silap-silap gua boleh jadi lupa daratan, mula lah lupa pada asal usul bila duit tengah mashukk ne. Selagi boleh kaut, gua kaut sehabis mungkin rezeki gua neh. tamak-tamak dan tamak.

Badan memang penat keja 12 jam, kemudia balik umah lepak makan,tengok carton, bukak facebook dah ambil masa 4-5 jam baki 7 jam. Belom kira nak nak ambik masa nak 'feel' sebelom tido paling koman 2 jam siap layan 1-2 rokok sebelom tido. Jadi totaly tidor gua cuma 4 jam sahaja.

Bos gua patot paham kenapa gua selalu datang lewat ke tmpat kerja. Gua dah 'spent' masa yang banyak berbakti untuk penggeluaran kilang. Kira hal-hal datang lewat 5-10 minit, gua belanja kuih karipap 2-3 ketul kira tutup kes lah.

Kerja yang banyak ne lah buat macam-macam terjadi, kes makcik Nysa merajuk tahap superb gaban kat gua. Mungkin gua ne cakap kasar sangat pasal hal-hal pendalaman ne. Gua sebenarnya nak paham dengan orang sekeliling gua, tapi lu tengok lah gua ne, tido pun 4 jam. Kerja carik duit sampai mati. Nak enjoi pun bila ada kawan yang ajak.

Tapi makcik Nysa ne dah merajok macam mana gua nak enjoi? Siapa yang nak bawak gua jalan-jalan makan angin dengan duit yang banyak di poket gua ne? gua nak membazir duit tak ada kawan.

*Kan gua dah cakap, gua dah mula menunjukkan sikap lupa diri, lupa number ic diri riak tahap babi hutan. cettt!!

1 comment:

  1. akhirnya makcik nysa yg merajuk tu jugak yg rembat hati lu kan? tahniah

    ReplyDelete