Saturday, March 27, 2010

Rambot.

Rambot gua makin panjang, masa habis sekolah cita-cita nak bela rambot panjang memang tebal kamus dewan. shampo tak hingat. sampai mak gua 'spent' satu botol syampo dekat gua, tak tahu lah kasih ibu pada anak ke atau ibu yang sedang perli sikap anak yang bela rambot.

Sekarang gua dah malas rambot-rambot panjang, cuma zaman-zaman beckem naik dan farid kamil ikat rambot jea gua xcited nak bela rambot panjang. Lepas mandi jea, gua akan sikat rambot ala-ala beckem dan farid kamil. getah tembak cicak gua guna untuk ikat rambot. Sesekali hati gua pandai memuji diri sendiri berkata kira sama lavel denagan farid kamil.

Sekarang bila rambot panjang sikit, rasa rimas, rasa panas rasa pekak bila rambot menutupi bahagian telinga. Nak pergi gunting lagi lah satu hal, Kebanyakan perkhidmatan gunting rambot di pekan gua, memang tak champion. Semua pikir pendek dan botak. Tak ada patern lain dorang tahu.

Kadang-kadang lahanat juga, bila di pesan jangan dipotong side burn, alih-alih kene potong jugak. Bila ditanya kenapa potong 'Sudah terbiasa lah Abang'. Rasa nak buat 'rock bottom the rock' macam dalam game PS smack down, bila tukang gunting cakap macam tu.

Rasa nak tutup muka dengan topeng Teletabis, bila rambot dah macam budak kecik yang xcited nak masuk tadika.

Tapi kalau dah gadis manis tegur masa naik moto "CUTE LAH ABANG NI" gua rasa nak jadi regular customer pulak pada kedai gunting tadi.

1 comment:

  1. haha..gile perasan kau nih...awek tu saje nak bagi kedai tu laris..haha

    ReplyDelete