Minggu ni gua kerja malam, sebagai seorang pekerja kilang yang berkaliber. Gua tak ambik port sangat pasal waktu-waktu istimewa. Macam malam minggu, malam tahun baru dan malam hari ibu-ibu. Tapi ramai kawan-kawan gua yang dah kawin sibuk nak mempetikaikan malam hari ibu-ibu. Malam sunat katanya, tapi dah malam untuk hari ibu-ibu si bapa dah menyendeng kenapa? baik mengubah kepada malam berromen-romen. ok agak lucah gua punya ayat tu.
Kerja malam bebas, nak keluar hisap rokok sampai dunhill 14 batang habis pun boleh, nak keluar rehat sampai kedai naik muak ambik oder pun boleh dan apa yang tak boleh buat masa kerja waktu pagi pun boleh bila dah berkeja pada 'shift' malam. Sebab ikot 'law' pekerja-perkeja kilang plastik tempat gua berkeja, bila waktu malam semua hal-hal pentadbiran di bawah jagaan perkeja. Jadi kalau nak bawak masuk periuk nasik masa waktu kerja malam pun boleh, janji kene 'kamcing' dengan security guard.
Elaun kerja malam, memang banyak dan menguntungkan. Ada tokok tambah sikit daripada kerja waktu pagi. Tapi kerja malam jugak 'stedy' tak ada orang besar, tak ada orang yang nak buat muka bengis sebab lepak main SMS dengan gadis atau bini. Kalau nak buat kerja masa tido pun boleh, itu dah kira makan duit haram sebab tak beretika masa berkeja. Gua adalah jugak ambik 2-3 sesi perkara tu, itu pun kalau gua dah tahap overlimit perlu ada tenaga selepas tido.
Tapi gua rasa nak nagis, bila kalau ada perlawanan bola. Lagi-lagi penyokong kuat TNB kelantan, ok itu tipu. Penyokong kuat Mancaster. Tak dapat nak lompat-lompat dekat gerai bila Roney skor, tak dapat nk hanjeng-hanjeng penyokong musuh. Tak dapat nak makan sate free bila pasukan menang.
Piala dunia dah nak bermula ni, gua tengah sibuk usharr, handphone dari china, yang ada TV. Kira kalau kerja malam gua bolehlah 'stanby' jersi pasukan kegemaran masa nak datang kerja.
Friday, April 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LOLs! sampai mcm tu skali.
ReplyDelete