Kalau dari sekolah dulu bab-bab sopan ne gua rasa, menteri pendidikan dah sound awal-awal, kat cikgu-cikgu supaya menyopankan budak-budak yang baru nak kenal dunia ni. Masuk kelas kena beratur, nak beli makan kat kanten pun kena beratur, jumpa cikgu pun wajib tegur ucap “selamat pagi dan petang”. Nak dapat air milo free masa kat sekolah rendah pun kena beratur. Sopan dan hormat kan.
Tapi gua tak pasti lah nilai-nilai murni ni masih ada lagi, yang gua tahu budak-budak kecik dari dulu sampai sekarang suka berjudi. Pergi kedai mamak main tikam-tikam. Hulur seposen, ambik satu kad. Bukak pelahan-pelahan sambil baca bismilah, doa makan dan doa masa nak mula belajar pun ada. Itu dah kira shirik dari kecik lagi. Tapi bila dapat “terima kasih cuba lagi, dengan muka kartun satu warna” terus maki kawan sebelah sebab tak baca doa sama-sama. Cuba hang pikiqar? Berapa banyak dosa masa kecik dulu, tapi nasib baik semua dosa ibu dan bapa yang tanggung, sebab belom mimpi basah.
Bila dah besar, ada yang tinggalkan benda-benda judi tu, ada yang ikut memang cari dosa.Tunggu depan kedai nombor ushar keliling buat-buat macam nak beli tali pinggang atau lighter pelik-pelik, bila line clear baru beli nombor. Memang penuh skill cara dorang beli benda nombor.
Ok! Gua bukan nak cerita pasal bahan judi ne. Dulu pun gua kalah Rm50 main mesin kuda. Lepas tu gua insaf sebab tak ada hasil langsung.
Kawan gua Ellman tino semalam , sound kat gua. Yang gua ni seorang yang hormat orang tue tak? Gua shak ni soalan penuh dengan tipu muslihat, sebab gua tahu dia tue takot bila gua cakap hormat, gua kena bagun dari kerusi office bagi dia duduk. Tapi gua still cakap gua hormat orang tua.
Dia tanya lagi, siapa yang gua cium tangan selain orang tue sendiri? Gua cakap, orang tue yang kenal gua dan umur dia sebaya dengan mak gua atau lebih tue lagi. Kalau setakat beza 10 tahun dari gua memang tak lah gua cium tangan.
Kenapa?
Sebab gua tak pandai nak belakon. Bukan bermakna gua tak cium tangan orang tue yang tak kenal ,gua tak hormat. Gua tetap hormat, tapi bukan dari segi tunjuk dari cium tangan, tapi dari sifat kemanusiaan yang pandai berfikiran menghormati orang lain.
Habis nanti lu nak jumpa bakal bapak mertua tak cium tangan ke beb? Memang tolak markah lah nnti - Ellman tino says.
Yang bab tu gua tak pasti, Tapi BAGI GUA! Bab-bab cium tangan buka satu dalam ciri-ciri tanda perlu hormat pada orang tue tapi ia lebih kepada ciri-ciri pandangan orang terhadap kita. Jangan nak salah kan rockers-rockes parang dan kapak, tak cium tangan masa jumpa orang yang lebih tue. Kalau angkat tangan pun dah kira hormat orang tue kan. Itu pun ada segelintir manusia aggap tak menghormati, tapi bab-bab salah tafsir ni selalunya di kawasan kampung-kampung yang tak ada astro dan makcik-makcik yang suka jaga tepi kain orang. Mereka lebih berfikiran dari pandangan mata.
Tapi benda ini bukan lah satu kesalahan besar, bukan lah satu dosa yang tak boleh di padamkan. Benda ini adalah nilai pada diri dan hak masing-masing. Bukan hal yang besar pun yang boleh bawa ke dalam Parlimen. Yang perlu bawak hal-hal dalam parlimen pun pasal kes kedai mamak bukak pesta tikam-tikam pada budak-budak kecik.
Dan tiba-tiba jea Ellman tino hilang dari entry ni. Gua pun tak tahu, dah jauh sangat gua menyimpang tinggal kan dia dan malas pulak gua nak edit-edit balik masuk watak Ellman tino dalam entry ini. Yang penting. ASAL DARI KAMPUNG!
Friday, March 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment