Habis sekolah jea, gua dah start kerja, kira masa tu cita-cita nak kumpul duit memang dah start dari awal. Nak beli moto nak beli baju seluar jeans Levis butik semua dah ada dalam kepala otak.
Pekerjaan pertama yang gua mulakan, sebagai staff KFC. Masa tu kerja-kerja fast food ne memang top budak-budak habis sekolah. Sebab kerja banyak awek, lepas tu hari-hari boleh makan free. Gua jadi tukang masak ayam dan gaul tepung ayam. kira tahun 2004 siapa yang makan kt KFC jalan Kapar mesti dari air tangan gua.
Masuk kerja pukul 9.00am balik kul 6.00pm tak pun masuk 3.00pm balik pukul 12am. Masa tu nak kayuh basikal kira tak macho. Gua lagi steady jalan kaki, walhal 5 kilomiter ke tempat kerja. Janji gua steady, sebab basikal-basikal ni untuk budak-budak sekolah. Gua rasa macam dah dewasa gua jadi sanggup jalan kaki. Ada jugak lah 2-3 kali gua kena kejar dengan anjing taman sebelah.
Gua behenti kerja KFC selepas 5 bulan, sebab gua ikot kawan gua gaduh dengan manager, Brotherhood punya pasal dengan gua-gua sekali behenti keja, dengan alasan manager tak sporting sebab gua dan kawan kacau awek chaser.
Lepas sebulan gua tuai anggur, gua keja kilang pencetakkan. Kira kilang hardcore, tak ada safety puya kilang. Kilang cina bukit, yang penting nak untung jea. Interview gua kt situ paling senang, dia bagi soalan kira-kira darjah enam. Gua jawab sambil angkat kening.
Kerja gua kat situ, gua mula bergaul dengan perkeja-perkeja asing yang tak ada lesen, english gua berterabur dorang pun sekali 2x5, jalan pendek terpaksa guna bahasa isyarat.
Kerja kat situ sebulan lebih, sebab satu shift kerja gua semuanya kawan-kawan sekolah. Jadi satu mechine pun tak jalan, yang jalan mulot dok cerita pasal benda-benda lucah.Kerja gua kat situ, gua mula bergaul dengan perkeja-perkeja asing yang tak ada lesen, english gua berterabur dorang pun sekali 2x5, jalan pendek terpaksa guna bahasa isyarat.
Kemudian gua dapat kerja jadi chaser kat pum minyak, Masa tu zaman pum minyak PR0-JET Destina memang top. Ramai orang selalu lepak sebab ada jual makanan, macam hot-dog, kari puff dan pop corn. Tapi sekarang banyak pum minyak dah bukak cara macam tu, tak macam dulu yang ada jual air batery kereta dan gula-gula hakcs hitam. Kira masa gua keja kat situ, rasa nak kerja sampai selamanya. Mana taknya, umur 18thn gua dah pegang duit sendiri sampai seribu lebih, macam -macam gua belanja.
Gua beli vespa, gua tacap-tacap vespa gua macam dalam cerita Quadrophenia. Pasal belajar gua serah bulat-bulat kat mak gua. Gua masa tu niat belajar dah main pupus, tapi niat nk kumpul duit nk enjoi dah setebal-tebal buku Yellow pages Tapi gua dapat rasa mewah kerja tu dalam masa 8 bulan sahaja, Sebab gua kena masuk belajar kat Politeknik kedah. Itu pun mak gua buat ayat macam ni.
"Nanti ko kawin, tak lah segan kt bakal mak mertua ko. Sebab ko ni budak belajar jugak politeknik pun ok apa"
Gua beli vespa, gua tacap-tacap vespa gua macam dalam cerita Quadrophenia. Pasal belajar gua serah bulat-bulat kat mak gua. Gua masa tu niat belajar dah main pupus, tapi niat nk kumpul duit nk enjoi dah setebal-tebal buku Yellow pages Tapi gua dapat rasa mewah kerja tu dalam masa 8 bulan sahaja, Sebab gua kena masuk belajar kat Politeknik kedah. Itu pun mak gua buat ayat macam ni.
"Nanti ko kawin, tak lah segan kt bakal mak mertua ko. Sebab ko ni budak belajar jugak politeknik pun ok apa"
No comments:
Post a Comment