Friday, February 5, 2010

Awal bulan February..

Tangan gua gatal nak menaip, tapi satu benda gua tak tahu nak bagi tahu. Yang ada pun, gua dah 3 kali ulang alik pergi kedai game, sebab cd Half-life 2 gua sampai sekarang tak boleh-boleh nak install. Kedai lahanat, nak piret cd biar lah pandai sikit.

14hb ni gua ada 'photo shoot' weeding Azrul budak kelas partime gua, kat kedah. Gua pun dah lama tak ambik job, kena pulak gua dah beli part-part baru buat camera gua.

16hb pulak Budak-budak sekolah rendah gua buat gatering kat Midvalley. Time tu kalau tak turun mesti menyesal, sebab yang kembang sekarang dah jadi solid, dulu hitam sekarang dah putih melepak, yang dulu hingus sekarang dah mancung macam Nasha Aziz. Rasa 50% jugak nak follow up gatering ni. Sebab bila gua check details dorang kat Face Books semua nya penggeluaran University, mesti keja dah mantap, tak pun tahap IQ tinggi.

Gua dah dapat bayang kan mesti banyak soalan dorang nak cakap macam. "KERJA KAT MANA?, "DAH KAWIN KE BELOM", "BELAJAR KAT MANA?". Gua dengan jiran sebelah rumah dah pening-pening, jiran gua dah lah dulu sekolah rendah sama gua. Tapi dia kira top jugak sebab pandai. Dulu sekolah rendah gua asik main, layan suria baja hitam dengan gaban tu yang UPSR gua tak cermelang.

2 comments:

  1. p reunion best pe, muke makin hemsem dari dlu

    ReplyDelete