Gua rasa kali ni gua buat entry yang serius.
Kenapa manusia harus dapat rasa kegagalan walaupun hanya sekecil kuman. Tak kisah lah walaupun kegagalan tu boleh di ganti balik. Kalau zaman sekolah dulu, cikgu gua mesti bagi nasihat yang sama setiap tahun. Belajar dari kegagalan bila dah dapat keputusan ujian awal tahun. Sebagai alasan anak-anak murid nya akan tak gagal masa ambil ujian akhir tahun.
tapi gua kantoi jugak..
Ok-ok serius balik.
Dengan kegagalan lah baru kita pahami erti berwaspada, erti berjaga-jaga setiap langkah dan keputusan yang di buat. Walaupun hal sekecil seperti memilih warna selipar jamban dan perisa gula-gula di kedai mamak. Sebab kita sendiri tahu bagaimana rasai kegagalan dan tak mahu mengulanginya semula.
Jika kegagalan tahap dewa, tahap yang buat lu-gua dan menteri-menteri juga ahli parlimen serta pakcik jual air tebu rasa nak menagis. Itu betol-betol tahan kegagalan dewa, Lagi-lagi mengenai perkara duniawi. Walhal kita sendiri tahu perkara duniawi ini sementara, tak pernah gua dengar orang nagis sebab terbatal puasa kerana korek idong atau terminum air semasa ambil wuduk. Walhal kita tahu benda-benda tu perkara akhirat, perkara yang akan kekal selamanya.
Perkara yang jelas kecewa yang teratas gua tahu macam harta dan berkasih (ok terpaksa jiwang kejap). Perkara dua ni dah memang sebati dalam diri, lu orang bukak cerita drama tv pun asik keluar dua topic yang sama. Cerita halimah Jonggang yang lawak pun, bermotifkan harta dan berkasih. walhal tajuk pasal gigi jea.. Pegi jumpa pakar gigi, kasi edjutz dah ok. Tak lah sampai berepisod-episod.
Tapi gua sendiri yakin, dengan rasa kegagalan dan kecewa ini lah kita selalu berjaga-jaga dengan setiap langkah. Lebih meyakin kan apabila semua rasa perkara itu terbaik baru lah keputusan itu dinyatakan. Tapi kepastian masa dan waktu kemungkinan mengambil masa yang lama, jika dahulu keputusan yang menyebab kan kegagalan menga,bil masa 2-3 saat, mungkin kali ini mengambil masa 2-3 minit. Kalau yang teliti 2-3 jam.
Ok itu memang sangat lama lah kalau 2-3 jam semata-mata nak pilih warna selipar jamban.
Percayalah, seseorang itu nak buat yang terbaik pada diri dan orang lain, ia mengambil masa yang lama. Setelah belajar dari kegagalan, yang di utamakan kesabaran bukan sabahan itu budak sabah kilang sebelah gua keja. Kalau tak ada doa, tak ada usaha macam mana tuhan nak meng-approve-kan semua usaha lu-gua dan yang lain.
Jadi lu orang kena banyak doa pada tuhan. Lagi ikhlas lu doa kan gua dapat gadis manis yang terbaik buat gua.
Ok ending entry ini macam sial lah pulak. -_-!
Monday, February 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ahahhhahahaahha ending mmg gampang
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete