Friday, December 25, 2009

Kena nombor

Gua sesar jalan pergi pulau indah mcm lahanat, jalan penuh dengan binatang besar yang tak reti hormat pemandu comel macam gua ni. Jalan lagi satu hal, dah serupa jalan 'Tukur Refleksi' yang sama kat taman pemainan. Bukan main banyak lobang,bonggol dan bangkai mangsa langgar binatang besar.

Mahu sejam jugak perjalan gua ke tempat temuduga, kemungkinan besar jika gua dapat jawatan tu. Masalah utama gua seperti kelewatan memang tak perlu di pertikaikan lagi lah. Sebab gua sandang jawatan tu dari tempat kerja lama lagi. Syarikat bagi masa 2 minggu untuk bincang gaji gua, gua mintak sikit sangat kot. Standart gua mintak gaji sama level dengan Roney MU,kalau tak sama pun mungkin kurang 2-3 ratus jea.

Petang sikit gua lepak jumpa maksu gemok. Dia nak calow dari KL sebab study kt penang, Gua agak bertuah semasa berada di KL sentarl. Hati murni gua telah menyelamatkan 2 pelancong asing dari mati kebuluran sebab credit kad mereka rosak. Jadi pelancong tersebut tolak phone Samsung GTS3650 kat gua dengan harga level mat gian kat jalan Cow-kit dalam rm3 ratus. Gua dengan muka comel, cucuk duit yang tengah banyak disebabkan durian rutuh padah akhir tahun. Gua bukan lah nk tunjuk sopan, tapi gua bagi jugak number gua pada pelancong tu, kot-kot nak ambik balik phone tu dari gua. Kira dia orang cagarkan phone tu kat gua lah.

Dan sampai sekarang gua macam budak kampung jalan dusun, yang tak habis-habis belek phone tersebut. lagi-lagi bila pengunaan 'Sentuhan Skrin' sahaja. HEBAT KAN?


2 comments: