Esok gua ada temuduga sebuah syarikat minyak , awal-awal lagi gua dah ushar jalan kt 'goggle map', kira gua ni boleh di katakan pakarITtapi buta Ekonomi. Jadi tak perlulah gua sibuk-sibuk tanya jalan kat jiran gua yang kerja sebagai posmen.
Resume kencing gua dah lama gua print, cuma malam ini gua nak asapkan dgn limau nipis, bagi orang-orang sana respect kat resume gua. cuma gua sibuk tengah cari sijil-sijil yang gua pernah traning dulu. Kalau sijil PLKN jgan harap lah, sebab masa tahun gua PLKN di perkenalkan gua tak dapat sertai. Jadi gua tak lah 'drees up' mcm 'Jack Sparo' serupa iklan PLKN tu.
Sijil-sijil gua masa sekolah dulu tak lah banyak sangat, cuma gua kesal nk letak sijil AJK hari kantin sekolah, Teringat masa fizi, ajul dan Sasi the done kantoi jual kupon haram dekat sekolah perempuan semata-mata nak dapatkan nombor talipone rumah. Gua nyaris-nyaris kena tangkap kalau tak, surat cuti seminggu dan penampor maut dari guru displin En.David mesti dapat rasa sampai sekarang.
Esok juga gua kena datang kerja, sebab cuti gua dah lama habis. Ini semua pasal awal tahun gua banyak berfoya-foya bersama rakan. Jadi esok gua kena lah 'Half-day', dah lama gua tak pergi temuduga, kali terakhir masa gua sesat jalan kat putrajaya, temuduga kerajaan. Tapi gua tak lepas sebab rambot gua kurang sopan.
Masalah pasal kes-kes temuduga yang gua selalu hadapi adalah jenis pemakaian. Gua baju kemeja pekerja bank dah lah tak pernah ada, yg ada cuma pateren zaman-zaman 'Kurt Kobin'. Puas gua selongkar almari gua, yang ada pun baju gua buat pegi exam 3 minggu lepas. Itu pn poket depan gua dah koyakan sebab malas nak jahit. Jadi Gua menggunaakan perkhidmatan kawan-kawan 'smart' gua, yang mempunyai kolesi baju pekerja bank. dan kasut ala-ala adadin.
Tadi gua baru check e-mail, syarikat yang beria-ia suruh gua interview bagi map, tapi ada sedikit tambahan, dorang nak slip gaji gua yang original. Gua rasa patut ka gua pergi? gua dah kencing habis kt resume gua pasal gaji sekarang,gua cuma topap 2-3 ratus jea dari yang asal.
Thursday, December 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good luck weih.
ReplyDeletehu.. tq2 cik rawsktar.
ReplyDelete