Thursday, December 10, 2009

Golongan yang dah tempah tiket awal ke NERAKA peringkat pertama.

PUTRAJAYA: Ibunya sudah menjengah usia senja, namun si anak yang tidak mengenang budi sanggup menghantar wanita berusia 84 tahun itu ke rumah kebajikan.Semuanya berlaku selepas mengetahui sejarah hitam wanita yang mengandung dan membesarkannya itu pernah menjadi ‘kupu-kupu malam’ bagi menyara tiga anak selepas ditinggalkan suami. Bukan itu saja, anak bongsu lingkungan 40-an yang mempunyai pangkat, kedudukan dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung tidak pernah menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua pada 2007, sehinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun kemudian. Sebelum ini, wanita terbabit dijaga anaknya selepas ditinggalkan suami beberapa tahun lalu, tetapi hidupnya menderita apabila dilayan tidak ubah seperti sampah sejurus lelaki itu tahu dia pernah melacur.


Anak derhaka yang memiliki beberapa kenderaan mewah termasuk Mercedes Benz terbabit dikatakan seolah-olah tidak mahu mengaku wanita itu ibunya ketika menghantarnya ke rumah terbabit kerana malu selain mengelak nama baiknya tercemar jika pengurusan rumah itu tahu ibunya pernah menjadi pelacur.


wanita berkenaan yang kemudian mengaku pernah terbabit pelacuran kerana kesempitan hidup bagi menyara persekolahan dan perbelanjaan harian tiga anaknya.

*gua rembat artikel ini dari harian metro.



Siapa kata, orang yang berjawatan besar dan bergaji besar adalah orang yang bijak dan berjaya di dalam dunia?



*hati panas rasa nk sepak jea meja pc aku ne.

3 comments:

  1. dia ni mmg berpendidikan tinggi dan berjaya dunia, tapi mentaliti sempit mcm lubang cacing. stupid.

    ReplyDelete