Dah setengah jam berlalu, mata pen gua masih berada pada kedudukan posisi rehat. Soalan pertama, gua sangka boleh 'score' kencang.Tapi tak berjaya. Gua lari ke soalan seterusnya, Soalan satu gua cuma sangkut separuh jalan.
Soalan ke-dua, masa rehat pen gua dah tamat, kali ini gua gelecik habis soalan 2. tak bagi peluang langsung pen gua rehat. Kalau ada 'injert' gua ada pen-pen yang lain sudah sedia dalam posisi serang.Soalan dua gua 'score' cemerlang. Macam Malaysia lawan Timor Leste. 11-0.
Soalan ke-3 pen gua dah mula menyerang, sekejap menyerang - sekejap pertahanan. Hampir 60% pada soalan ke-3 gua bermain dalam posisi pertahanan. Kakulator 4tahun gua guna, gua hentak2 secara pelahan menandakan frust kerana gua tak ada peluang langsung menyerang pada soalan ke -3. Sesekali pegawai pemeriksa 'ushar' pekat kat gua,kerana berkelakuan ganjil.
Gua beralih ke soalan terakhir.
Soalan ke-4 kali ini, kawan sekelas gua menjadi pengacau. Kata2 Lokman jabatan bekalan air bermain dalam kepala otak gua, yang sibuk nak serang soalan ke-4. Sebelum gua masuk ke dalam dewan peperiksaan, Lokman sibuk ajak karokey lepas final. Jadi gua jadi haru biru, sekejap gua serang soalan ke-4 sekejap gua fikir lagu apa gua nak nyanyi nanti.
Hampir setegah jam berlalu. Soalan ke-4 posisi pen gua seperti solan ke -3. lebih kepada posisi pertahanan. Gua ushar kawan-kawan banyak yang dah agkut kaki dari dewan. Mungkin dorang rasa dah boleh score dan mungkin dorang dah tak sabar 'setting' suara lepas ni.
Gua selak balik soalan pertama. Pen gua mula serang sikit demi sedikit. sampai satu tahap gua dah jadi blur. Mungkin gua tegas sangat dalam 2hari sebelum paper ni. Tak makan, tak tidur cukup, hafal rumus dalam jamban dan semasa bawak moto. Sampai nilai gravity pun gua jadi blur.
Masa tamat. pegawai pemeriksa mula ambik kertas jawapan. gua serang mana yang patut..
gua TAWAKAL saja apa yang berlaku atas keseluruhan permainan gua tadi.
Wednesday, December 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jap nak test power fizik.
ReplyDeleteg=9.82ms-2
btui ka bang? hahaha. lagu ape nyanyi g karaoke?
hahahahhaa. patut la lu tak updet blog. moga result lu gempak cm hanis zalikha.
ReplyDeletesue- betol..
ReplyDeleterawsktar- gua tahu, kami mmg serasi. wakaka.