Sunday, November 1, 2009

Tersandung di atas trek balapan.

Lu cuba bayangkan, lu tengah lari laju dalam acara 100 meter tiba-tiba kaki lu tersandung dan sekali gus lu terjatuh tersungkur..

bayang kan kejap..

Dagu lu mesti terhentak pada trek balapan, lutut lu mesti ada calar dan menampakkan kesan warna putih sebelum darah keluar dan tapak tagan lu akan mejadi merah-merah dan ada kesan lekuk batu-batu balapan. Tidak juga air liur ala2 'chess pizza' akan terkeluar, semasa lu nak berangkat bagun kembali.


gua dapat coment dari 'someone' pasal entry yang sebelum ne.

kawan 5 said...

lu nih mcm anak raja lar nk di jemput
bentang kapet merah bagai lah....
wallet org yg lu sibuk2.....
baik duduk utan lah....
dari duduk dlm blog nih
mngemis simpati....
kesian lu mat...lu bising2 dlm
nih, kawan 1,2,3 bukan nye tau pon....


uhh.. entah mana sahabat 5 ne datang pun gua tak tahu, Tapi bukan lah gua nak pangkah apa yang dia nak cakapkan. Semua yang di cakap tu betol dan sebetol-betolnya belaka.

Tapi pada awalnya gua nak meletakkan kisah pasal kawan berempat ne sebagai satu beban yang selalu gua pikul. perkara selalu gua termenung, lebih teruk dari kisah di tingalkan kekasih manis.

Sebelum ini gua cuma cakap dengan dinding dan pagar depan rumah sambil isap rokok, pasal hal-hal kawan ini. Sehingga gua terdetik nak menulis dalam blog ne, sebab gua tahu kawan 1,2,dan 3 kebanyakan tak ambik benda-benda macam ini, melainkan myspace dan forum-forum vespa. Kalau prono tu gua tak beraney nak cakap lah.

Gua bukan lah macam baby yang memintak menetek dari seorang ibu, memerlukan belas kasihan dari mana-mana pihak, perlukan keadilan mana-mana pihak, perlukan kritikan mana-mana pihak pasal hubugan gua dan kawan-kawan ini. Gua cuma nak lepaskan sahaja semua beban dalam blog ini shaja.

Supaya bila gua off laptop, semua yang membebankan gua akan hilang, paling tidak pun berkurangan. Bukan gua nak mintak lu pukul atau pergi simbah cat merah pada kawan-kawan gua. Gila apa?


kepada si pengkritik KAWAN 5 gua ucap terima kasih sebab lu ada hati nak baca nurkilan kasih gua pasal kawan-kawan gua neh. hahaha~~ gua bukan nak benci lu, mahu pun nak marah-marah lu. Tapi kalau ada gadis manis yang lebih-lebih, yang kesunyian apa kata lu kenalkan gua. 'U my friend' tak kan saving kot..







No comments:

Post a Comment