Tuesday, November 10, 2009

Karokey lagu Hatan - Duit-duit dimana engkau duit?

Duit..

Ada duit semua benda dan perkara yang mustahil akan menjadi, dari kesanggupan nenek berumur 80tahun menari poco-poco sehingga kesanggupan berlari dalam keadaan telanjang.

Tapi gua nak lebih berminat melalui perkara macam ni.

  • Kena marah dengan bos pasal hal-hal kerja.
  • Punch kad merah sebab lambat bagun pagi.
  • Ikat perot masa tengah-tengah bulan.
  • Akhir-akhir bulan menjadi kawan rapat mesin ATM.
  • Kira segala 'Overtime' yang telah buat untuk kiraan gaji bulan yang akan datang.
  • Ungkit segala pinjaman yang telah rakan buat semasa pertegahan bulan.
  • Simpan duit syiling dalam 'mug' walaupun seposen bagi menjamin kemiskinan pada akhir-akhir bulan.
  • Kira bonus pada akhir tahun.


Semua ini gua rasa akan berbaloi apa yang lu lalui, walau pun hasilnya kadang-kadang tak semewah dari, pakcik-pakcik atau pun bro-bro yang pakai seluar slack itam, bawak pen dan paper. Lukis gambar piramid atau pun bulat yang banyak cabang. disertakan perkataan level 1 sehingga level berapa lu nak ambik.

Memang halal dan hasilnya pun memang lumayan. Tapi mana 'feelingnya'?


Mereka dah dah join the club mesti akan ckp, tak cuba mana nak tahu..
Tapi gua balas, duit tak kemana kalau tak bersyukur walaupun seposen.

OK gua petang tadi begegas ke UITM, nak siapkan final project gua bersama rakan seangkatan. Satu pesanan ringkas masuk dari janda gua yang setahun senyap tanpa kabar berita. Ajak gua lepak di retoran Baraa, * dah mcm tajuk filem awei dulu-dulu. Jadi gua pun pegi, ingat nak berborak panjang lebar, sebab dah lama senyap mybe anak dah satu kot.


tapi..




"Hang masuk ne lah, bayaq rm 136.90 dalam setahun hang dapat rm 10 ribu, duk senyap ja"



gua nak becerita pasal kemahiran gua lastik cicak pun dah rasa tak ada mod.

No comments:

Post a Comment