Kalau pagi-pagi perut gua starting lain mcm jea, memang kena berhajat pegi sarapan kat kedai mamak lah gamaknya. Layan kuih 'valadey' 2-3 ketul dengan nescafe '0' suam, baru menjadi buat kerja nanti dan baru lah tengok gua ne macam satu Malaysia. Tapi gua tak pasti lah kalau Najib layan mamak jugak.
Gua pegi sama si dean, mentang-mentang gaji dia dah naik sebab bos tak nak bagi dia lari, pagi-pagi dia dah layan nasik lemak dan roti canai bersertakan nescafe. Walhal sekarang zaman sengkek, gaji tak masuk-masuk lagi dia boleh pulun makan sedap-sedap pulak.
Masa ending gua layan rokok, mata gua cuma ushar meja 2 hadapan gua. Seorang gadis tengah layan tea tarik. Tak sangka ada gak gadis-gadis manis yang layan mamak tika zaman sekarang ini. Gua ingat budak-budak sekarang lebih cenderung lepak kat Starbuck sambil layan air mahal kemudian bawak bekas air balik rumah untuk 'interfrem'.
Dean tegur gua, sebab dari tadi asik ushar gadis manis yang dah ada teman jantan di hadapannya. Gua bukan nak ushar apa pun balas gua, cuma nak memastikan sahaja raut wajah si gadis manis tu. Sekarangkan banyak kes pukau, kes kena kawin kat Lambok dan macam-macam lagi. Mana lah tahu, esok lusa muka gadis ne keluar kat surat kabar metro. Gua jugak yang kena pegi buat keteragan nanti, sebab gua ne satu Malaysia.
Dean membalas. "Apa yang ko dapat nanti?"
Bayangkan, bila gua buat report, lepas tu bapak gadis manis ne tokey kilang gula. Bila si gadis ni dah selamat, paling babi pun si bapak bagi gua rm 10 ribu sebagai tanda terima kasih. Silap-silap gua jadi orang kanan bapak dia, dalam bisnes gula nanti.
*gua cakap pumpang sambil asap rokok keluar pelahan-pelahan dari mulot dengan kening terangkat sedikit di bahagian kanana.
Tuesday, November 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment