Sunday, November 29, 2009

tak 'cool'

Lagi seminggu nak exam gua masih tak selak buku, lupa 'peraot' pensel,beli pemadam, beli pen 3 warna dan pembaris besi.

Hari berpakaian kemas.















Wednesday, November 25, 2009

Mesra dan kayu.

MESRA



Sejak gua dah lama tak mengunakan khidmat membeli surat MC (cuti sakit) di sebuah Klinik yang terpaksa di sensor namanya. Perkhidmatannya semakin MESRA kepada pelangan. Tetapi kadar 'charge' bayaran telah di naikan, dari senyuman MESRA yang melampau. Tapi gua tetap mengunakan khidmat di saat-saat genting.


KAYU


Memang mashyuk lepak kat rumah, pada saat-saat orang lain sibuk berkerja, gua boleh layan astro,makan bebola ikan,pakai boxer sambil berselimut. Tapi gua dapat bertahan sampai tegah hari je. Lepas tu gua dah jadi KAYU selama beberapa minit. Jalur lebar kat rumah dah tak boleh berfungsi, sebab 'Router' gua dah terlalu uzur, dan-dan bulan ne gua banyak Over time kene beli 'Router' yang baru. Cilaka punya Tm net, bagi waranty selama setahun jea. Gua tak sembang kemas, gua sarung baju bandel. Gua gegas pergi Jasco Bukit Raja, ushar wayang apa yang patut. Tapi gua jadi KAYU lagi. tiket gua beli start pukul 2.45minit. Jam tangan gua baru 1.15minit. Apa cherr.. lepak kat bangku isap rokok sambil layan air Sprite. Ingat boleh lah ushar budak-budak sekolah menegah, tapi sekarang dah start cuti. Jadi gua jadi KAYU lagi.

Monday, November 16, 2009

Acara Sukan pada bulan November.

Menunggang motor bersama adik atau salah satu dari pertalian saudara yang rapat, sejarak 10 kilomiter dalam keadaan hujan lebat tanpa penggunaan alatan tambahan seperti baju hujan jenama 'GIVI'.






Gua dan adik gua baru menyertai acara ini petang tadi. Memang menguji minda dan ketahanan para perserta. Selain dapat merasakan kesejukan pada bahagian saluran pembiakan gua.

Tuesday, November 10, 2009

Karokey lagu Hatan - Duit-duit dimana engkau duit?

Duit..

Ada duit semua benda dan perkara yang mustahil akan menjadi, dari kesanggupan nenek berumur 80tahun menari poco-poco sehingga kesanggupan berlari dalam keadaan telanjang.

Tapi gua nak lebih berminat melalui perkara macam ni.

  • Kena marah dengan bos pasal hal-hal kerja.
  • Punch kad merah sebab lambat bagun pagi.
  • Ikat perot masa tengah-tengah bulan.
  • Akhir-akhir bulan menjadi kawan rapat mesin ATM.
  • Kira segala 'Overtime' yang telah buat untuk kiraan gaji bulan yang akan datang.
  • Ungkit segala pinjaman yang telah rakan buat semasa pertegahan bulan.
  • Simpan duit syiling dalam 'mug' walaupun seposen bagi menjamin kemiskinan pada akhir-akhir bulan.
  • Kira bonus pada akhir tahun.


Semua ini gua rasa akan berbaloi apa yang lu lalui, walau pun hasilnya kadang-kadang tak semewah dari, pakcik-pakcik atau pun bro-bro yang pakai seluar slack itam, bawak pen dan paper. Lukis gambar piramid atau pun bulat yang banyak cabang. disertakan perkataan level 1 sehingga level berapa lu nak ambik.

Memang halal dan hasilnya pun memang lumayan. Tapi mana 'feelingnya'?


Mereka dah dah join the club mesti akan ckp, tak cuba mana nak tahu..
Tapi gua balas, duit tak kemana kalau tak bersyukur walaupun seposen.

OK gua petang tadi begegas ke UITM, nak siapkan final project gua bersama rakan seangkatan. Satu pesanan ringkas masuk dari janda gua yang setahun senyap tanpa kabar berita. Ajak gua lepak di retoran Baraa, * dah mcm tajuk filem awei dulu-dulu. Jadi gua pun pegi, ingat nak berborak panjang lebar, sebab dah lama senyap mybe anak dah satu kot.


tapi..




"Hang masuk ne lah, bayaq rm 136.90 dalam setahun hang dapat rm 10 ribu, duk senyap ja"



gua nak becerita pasal kemahiran gua lastik cicak pun dah rasa tak ada mod.

Niat yang tak berapa nak tulus macam izwan pilus.

Minda gua dah set, malam ni gua kena study dan buat sedikit report tambahan. Sebab final dan Persentiton final project dah nak sampai.

sampai rumah, gua terus mandi, jadi imam surau depan rumah, *yang ne gua tipu dan makan sebagai pengisi perut yang kesunyian. Habis semua tu, gua terus berlari dapatkan tilam nipis gua.

jamm 9.00pm, memang cun kalau gua ambik kesempatan tido sejam lebih ne dari mengambil kesempatan terhadap anak gadis orang. Jadi gua set alarm 10.30pm pada handpone Norkia gua yang sudah dalam jangkauan 3tahun, supaya gua boleh bagun dan buat tugasan yang gua rasa perlu di selesaikan.


**********************************************************************************


12.45AM..


Gua cuba bagun secara paksa, disebabkan perut gua dah start main kompang menandakan kelaparan. Dan gua rasa nak bagi anjing makan jea hanpone Norkia gua yang tak berkihdmat dengan baik, sebab satu bunyi alarm pun gua tak dengar.

Jadi gua teruskan niat yang telah dijanjikan sebelum tido tadi.


on si Laptop...


keluar gambar makcik window..


skrol mouse ke yahoo massenger..


masuk id dan pasword...


gua mula ayat2 gadis manis yang on9 pada waktu-waktu ini..



dan


Niat tulus gua nak buat assingment yang duedate akan tiba masih tidah menjadi.

Thursday, November 5, 2009

Astro macam-macam hal.

Semenjak mak gua dah pandai oder menu tambahan dalam rancangan Astro ne, macam- macam benda gua mudah terpengaruh.

Balik dari kerja tadi gua ingat nak layan nasi goreng cili padi sama tea 'o' suam. 'Ending' dia pula dengan dunhill sebatang. Gua tak sabar lampu merah gua redah, pakcik bawak honda gua sailang dan kerja harian ushar gadis manis jual nasi lemak tepi jalan gua dah tak hirau lagi.

Semua kerana perut gua yang dah bunyi 'double pedal' .

Sampai rumah menu pagi jadi lain.Nasik goreng tak ada, mungkin adik gua melantak malam tadi sampai nasi sejuk buat sarapan pagi tak ada. Yang ada bebola ikan yang disalut tepung, warna tak mengairahkan lagsung. Tapi gua tetap abik lima bijik sebagai alas perut pagi. Dah memang tabiat dari dulu, angka lima kira sebati dalam diri gua, semenjak layan superhero jepun 'Flashman' sebelum kedatangan 'Power Rangers', yang dah pandai nak jadikan 6 orang pulak.


Pagi-pagi layan tv memang best, sebab tak ada siapa nak kacau gua alihkan siaran. Tapi penangan mak gua oder menu tambahan@rancangan tambahan dalam astro memberi efect
terbesar pada gua pagi ini.


Gua layan cerita hindustan sampai mata berkaca-kaca.


Macam sial la pulak..



Tuesday, November 3, 2009

lu dah teruk beb..

lu rasa tempat karokey hari tu, dah update lagu baru kew?

lagu apa lu mau layan beb?


Wali- cari jodoh.

Sarapan pagi

Kalau pagi-pagi perut gua starting lain mcm jea, memang kena berhajat pegi sarapan kat kedai mamak lah gamaknya. Layan kuih 'valadey' 2-3 ketul dengan nescafe '0' suam, baru menjadi buat kerja nanti dan baru lah tengok gua ne macam satu Malaysia. Tapi gua tak pasti lah kalau Najib layan mamak jugak.


Gua pegi sama si dean, mentang-mentang gaji dia dah naik sebab bos tak nak bagi dia lari, pagi-pagi dia dah layan nasik lemak dan roti canai bersertakan nescafe. Walhal sekarang zaman sengkek, gaji tak masuk-masuk lagi dia boleh pulun makan sedap-sedap pulak.

Masa ending gua layan rokok, mata gua cuma ushar meja 2 hadapan gua. Seorang gadis tengah layan tea tarik. Tak sangka ada gak gadis-gadis manis yang layan mamak tika zaman sekarang ini. Gua ingat budak-budak sekarang lebih cenderung lepak kat Starbuck sambil layan air mahal kemudian bawak bekas air balik rumah untuk 'interfrem'.

Dean tegur gua, sebab dari tadi asik ushar gadis manis yang dah ada teman jantan di hadapannya. Gua bukan nak ushar apa pun balas gua, cuma nak memastikan sahaja raut wajah si gadis manis tu. Sekarangkan banyak kes pukau, kes kena kawin kat Lambok dan macam-macam lagi. Mana lah tahu, esok lusa muka gadis ne keluar kat surat kabar metro. Gua jugak yang kena pegi buat keteragan nanti, sebab gua ne satu Malaysia.

Dean membalas. "Apa yang ko dapat nanti?"

Bayangkan, bila gua buat report, lepas tu bapak gadis manis ne tokey kilang gula. Bila si gadis ni dah selamat, paling babi pun si bapak bagi gua rm 10 ribu sebagai tanda terima kasih. Silap-silap gua jadi orang kanan bapak dia, dalam bisnes gula nanti.



*gua cakap pumpang sambil asap rokok keluar pelahan-pelahan dari mulot dengan kening terangkat sedikit di bahagian kanana.



Sunday, November 1, 2009

Tersandung di atas trek balapan.

Lu cuba bayangkan, lu tengah lari laju dalam acara 100 meter tiba-tiba kaki lu tersandung dan sekali gus lu terjatuh tersungkur..

bayang kan kejap..

Dagu lu mesti terhentak pada trek balapan, lutut lu mesti ada calar dan menampakkan kesan warna putih sebelum darah keluar dan tapak tagan lu akan mejadi merah-merah dan ada kesan lekuk batu-batu balapan. Tidak juga air liur ala2 'chess pizza' akan terkeluar, semasa lu nak berangkat bagun kembali.


gua dapat coment dari 'someone' pasal entry yang sebelum ne.

kawan 5 said...

lu nih mcm anak raja lar nk di jemput
bentang kapet merah bagai lah....
wallet org yg lu sibuk2.....
baik duduk utan lah....
dari duduk dlm blog nih
mngemis simpati....
kesian lu mat...lu bising2 dlm
nih, kawan 1,2,3 bukan nye tau pon....


uhh.. entah mana sahabat 5 ne datang pun gua tak tahu, Tapi bukan lah gua nak pangkah apa yang dia nak cakapkan. Semua yang di cakap tu betol dan sebetol-betolnya belaka.

Tapi pada awalnya gua nak meletakkan kisah pasal kawan berempat ne sebagai satu beban yang selalu gua pikul. perkara selalu gua termenung, lebih teruk dari kisah di tingalkan kekasih manis.

Sebelum ini gua cuma cakap dengan dinding dan pagar depan rumah sambil isap rokok, pasal hal-hal kawan ini. Sehingga gua terdetik nak menulis dalam blog ne, sebab gua tahu kawan 1,2,dan 3 kebanyakan tak ambik benda-benda macam ini, melainkan myspace dan forum-forum vespa. Kalau prono tu gua tak beraney nak cakap lah.

Gua bukan lah macam baby yang memintak menetek dari seorang ibu, memerlukan belas kasihan dari mana-mana pihak, perlukan keadilan mana-mana pihak, perlukan kritikan mana-mana pihak pasal hubugan gua dan kawan-kawan ini. Gua cuma nak lepaskan sahaja semua beban dalam blog ini shaja.

Supaya bila gua off laptop, semua yang membebankan gua akan hilang, paling tidak pun berkurangan. Bukan gua nak mintak lu pukul atau pergi simbah cat merah pada kawan-kawan gua. Gila apa?


kepada si pengkritik KAWAN 5 gua ucap terima kasih sebab lu ada hati nak baca nurkilan kasih gua pasal kawan-kawan gua neh. hahaha~~ gua bukan nak benci lu, mahu pun nak marah-marah lu. Tapi kalau ada gadis manis yang lebih-lebih, yang kesunyian apa kata lu kenalkan gua. 'U my friend' tak kan saving kot..