Tuesday, September 29, 2009

Where the boots boys gone? part 2

Khamis lepas gua ziarah kubur member gua. Dah 5 tahun dia pegi,tapi kenangan tetap ada. Bila dah sampai kawasan perkuburan, gua "sound" rakan-rakan lain.


"JANGAN NAK BUAT IRAMA SEDIH KAT KAWASAN KUBUR NANTI,BENDA DAH PERGI BIARKAN LAH"

Walhal, gua yang sedih dalam hati. Terpaksa tunjuk muka "Agro" kat rakan-rakan lain, bagi motivasi sikit kat dia orang.


Gua dan lain tak bawak yasin,tak tahu doa. Gua cakap "SEDEKAHKAN AL-FATIHA JE, KALAU DOA KAT RUMAH PUN BOLEH LEPAS SEMBAHYANG."


Lepas tu singah rumah "Family" arwah, sebab dah memang rancang dari awal-awal lagi. Gua bagi motivasi lagi pada rakan-rakan lain buat kali kedua.


"KO ORANG JAGAN BUAT MUKA-MUKA SEDIH BILAH BERAYA NANTI,PAHAM-PAHAM JE LAH SEKARANG HARI RAYA,MESTI ORANG TUA TU RINDU KAT ARWAH"


Walhal,gua risau. sebab pernah satu "part" mak arwah sedih secara autoimatic mata gua keluar cecair jernih.


Bila dah sampai ke rumah family arwah, semua dapat cover. perasaaan pilu.
Dari jauh gua dah nampak muka si emak, tersenyum lebar menunggu rakan-rakan arwah datang beraya dan tak pasal-pasal gua dah kena sound.


"DAH LAMA TAK DATANG RUMAH MAKCIK YEAH"


Gua garuk kepala sambil senyum-senyum cari makan kot-kot ada anak dara kew . Pernah satu masa dulu mak arwah "call" gua pasal bertanyakan kabar, sebab gua dan arwah memang rapat suatu masa dulu. Gua jadi shahdu, bila si ibu cakap.


"UDA DAH LUPAKAN MAKCIK YEAA.."


Macam biasa, tanpa gua rumah tu tak meriah. Jadi gua tokok tambah menceriakan family arwah dengan pertayaan "Bila lah saya nak kawin makcik?" "Makcik ada anak sedara boleh kenal-kenal dengan saya?"



....................................................................................................................................................................


Pagi tadi gua gegas pergi ketempat keja, kalau tak gegas pun gua dah memang lambat.
Masa dalam perjalanan, tersempak kawan. Yup! kawan, dulu kawan gua,dulu tempat gua ketawa dengan dia,tapi gua silap,gua salah langkah,gua tak pikir panjang, gua juga telah memutuskan pershabatan yg hampir 4-5 tahun. Ini bermula dari perasaan cemburu melebihkan kawan dari kawan.



Gua sapa kawan lama gua, sambil mengucapkn "Selamat Hari Raya".


tapi..


dia berlalu pergi,


Pergi tanpa menekan "hon" moto tanda dia perasan gua.


Jika satu hari nanti gua tiada dalam dunia, ada tak kawan-kawan yang akan menagis bila gua tiada. Akan buntu bila gua tiada, akan rasa kekok bila gua tiada.


dan


Ada tak mereka akan sedekahkan AL-Fatiha kepada gua?.

6 comments:

  1. waaaaaa~

    jangan cakap macam tu...
    sedih nye~
    x boleh la meninggal2 ni..
    insyaAllah~
    kalau i panjang umur, i mesti doakan u...

    (>_<)

    p/s:nama pon lu kawan gua..hahahah

    ReplyDelete
  2. been in the same situation. i know how was it feel when your close friend is gone.

    ReplyDelete
  3. lu bukan jatuh cinta ni beb. hahaha. yuder ni aku sayang dowh. mana boleh buat lupa kawan macam ni kan? (:

    ReplyDelete
  4. me too..
    i penah hilang best friends but right now we ol dah baik & i pun dah lupakan apa yg lepas
    u should too
    kn..

    ReplyDelete
  5. vanilla - gua dh letak diri gua kt bawah bontot dia, dia maasih x nk berkawan jugak..

    ReplyDelete