Friday, October 2, 2009

Awal pagi oktober 2009

Pagi2 gua dah ushar port nak tidur, sebab dah dua hari gua "spent" masa tidur 3jam sahaja.
Mana cukup,kimi Raikkonen pun tidur 9 jam. Sebab tu dia tak megantuk drive malam-malam kat litar Marin Bay- singapore.



Sedang sibuk gua tengah reka "pillow" sendiri dari "span-span" yang gua curik dari kawasan kerja. Gua di tegur oleh rakan sejawatan gua. Yang memang tak tahu nikmat tidur waktu kerja.



"wey! ada budak baru masuk, ambik alih tempat QC technician, kita mesti buat muka garang dan biadap baru lah dia respect kita nanti."



gua-"Itu gua setuju, memang setuju sesekali!, Gila ko gua dah pangkat senior kat sini mesti kena respect. Baru lah ada rasa riak pada diri sendiri. Maklumlah dah lama tak dapat perasaan macam ne, sesekali apa salahnya."



*member gua menepuk bahu, menandakan semagat jati diri gua makin tinggi dan berkobar-kobar bak bara rokok dunhill.



gua- "Beb, ko tengok muka gua ne, nampak begis dan ganas tak bila nanti gua nak "try sound" budak tu nanti macam ne..




"BRO KO PERGI SAPU DEPARTMENT BELAKANG TU. GUA NAK PERGI ISAP ROKOK JAP! KEJAP NANTI GUA NAK SEMUA CLEAR!"





*********************************************************************************
*********************************************************************************





gua- "Tak pe lah beb, gua nak tidur ne. Lu jagan nak gelak sangat, silap-silap ke Ramahtullah lu nanti"




* Ok! gua memang tak ada bakat nak marah-marah orang lagi-lagi buat muka serius macam Faizal Huseen

1 comment: