Thursday, February 25, 2010

kerja gua selepas sekolah.

Habis sekolah jea, gua dah start kerja, kira masa tu cita-cita nak kumpul duit memang dah start dari awal. Nak beli moto nak beli baju seluar jeans Levis butik semua dah ada dalam kepala otak.


Pekerjaan pertama yang gua mulakan, sebagai staff KFC. Masa tu kerja-kerja fast food ne memang top budak-budak habis sekolah. Sebab kerja banyak awek, lepas tu hari-hari boleh makan free. Gua jadi tukang masak ayam dan gaul tepung ayam. kira tahun 2004 siapa yang makan kt KFC jalan Kapar mesti dari air tangan gua.


Masuk kerja pukul 9.00am balik kul 6.00pm tak pun masuk 3.00pm balik pukul 12am. Masa tu nak kayuh basikal kira tak macho. Gua lagi steady jalan kaki, walhal 5 kilomiter ke tempat kerja. Janji gua steady, sebab basikal-basikal ni untuk budak-budak sekolah. Gua rasa macam dah dewasa gua jadi sanggup jalan kaki. Ada jugak lah 2-3 kali gua kena kejar dengan anjing taman sebelah.


Gua behenti kerja KFC selepas 5 bulan, sebab gua ikot kawan gua gaduh dengan manager, Brotherhood punya pasal dengan gua-gua sekali behenti keja, dengan alasan manager tak sporting sebab gua dan kawan kacau awek chaser.


Lepas sebulan gua tuai anggur, gua keja kilang pencetakkan. Kira kilang hardcore, tak ada safety puya kilang. Kilang cina bukit, yang penting nak untung jea. Interview gua kt situ paling senang, dia bagi soalan kira-kira darjah enam. Gua jawab sambil angkat kening.


Kerja gua kat situ, gua mula bergaul dengan perkeja-perkeja asing yang tak ada lesen, english gua berterabur dorang pun sekali 2x5, jalan pendek terpaksa guna bahasa isyarat.
Kerja kat situ sebulan lebih, sebab satu shift kerja gua semuanya kawan-kawan sekolah. Jadi satu mechine pun tak jalan, yang jalan mulot dok cerita pasal benda-benda lucah.


Kemudian gua dapat kerja jadi chaser kat pum minyak, Masa tu zaman pum minyak PR0-JET Destina memang top. Ramai orang selalu lepak sebab ada jual makanan, macam hot-dog, kari puff dan pop corn. Tapi sekarang banyak pum minyak dah bukak cara macam tu, tak macam dulu yang ada jual air batery kereta dan gula-gula hakcs hitam. Kira masa gua keja kat situ, rasa nak kerja sampai selamanya. Mana taknya, umur 18thn gua dah pegang duit sendiri sampai seribu lebih, macam -macam gua belanja.


Gua beli vespa, gua tacap-tacap vespa gua macam dalam cerita Quadrophenia. Pasal belajar gua serah bulat-bulat kat mak gua. Gua masa tu niat belajar dah main pupus, tapi niat nk kumpul duit nk enjoi dah setebal-tebal buku Yellow pages Tapi gua dapat rasa mewah kerja tu dalam masa 8 bulan sahaja, Sebab gua kena masuk belajar kat Politeknik kedah. Itu pun mak gua buat ayat macam ni.


"Nanti ko kawin, tak lah segan kt bakal mak mertua ko. Sebab ko ni budak belajar jugak politeknik pun ok apa"

Monday, February 22, 2010

Gua serius pada kali ini.

Gua rasa kali ni gua buat entry yang serius.

Kenapa manusia harus dapat rasa kegagalan walaupun hanya sekecil kuman. Tak kisah lah walaupun kegagalan tu boleh di ganti balik. Kalau zaman sekolah dulu, cikgu gua mesti bagi nasihat yang sama setiap tahun. Belajar dari kegagalan bila dah dapat keputusan ujian awal tahun. Sebagai alasan anak-anak murid nya akan tak gagal masa ambil ujian akhir tahun.

tapi gua kantoi jugak..


Ok-ok serius balik.
Dengan kegagalan lah baru kita pahami erti berwaspada, erti berjaga-jaga setiap langkah dan keputusan yang di buat. Walaupun hal sekecil seperti memilih warna selipar jamban dan perisa gula-gula di kedai mamak. Sebab kita sendiri tahu bagaimana rasai kegagalan dan tak mahu mengulanginya semula.

Jika kegagalan tahap dewa, tahap yang buat lu-gua dan menteri-menteri juga ahli parlimen serta pakcik jual air tebu rasa nak menagis. Itu betol-betol tahan kegagalan dewa, Lagi-lagi mengenai perkara duniawi. Walhal kita sendiri tahu perkara duniawi ini sementara, tak pernah gua dengar orang nagis sebab terbatal puasa kerana korek idong atau terminum air semasa ambil wuduk. Walhal kita tahu benda-benda tu perkara akhirat, perkara yang akan kekal selamanya.

Perkara yang jelas kecewa yang teratas gua tahu macam harta dan berkasih (ok terpaksa jiwang kejap). Perkara dua ni dah memang sebati dalam diri, lu orang bukak cerita drama tv pun asik keluar dua topic yang sama. Cerita halimah Jonggang yang lawak pun, bermotifkan harta dan berkasih. walhal tajuk pasal gigi jea.. Pegi jumpa pakar gigi, kasi edjutz dah ok. Tak lah sampai berepisod-episod.

Tapi gua sendiri yakin, dengan rasa kegagalan dan kecewa ini lah kita selalu berjaga-jaga dengan setiap langkah. Lebih meyakin kan apabila semua rasa perkara itu terbaik baru lah keputusan itu dinyatakan. Tapi kepastian masa dan waktu kemungkinan mengambil masa yang lama, jika dahulu keputusan yang menyebab kan kegagalan menga,bil masa 2-3 saat, mungkin kali ini mengambil masa 2-3 minit. Kalau yang teliti 2-3 jam.

Ok itu memang sangat lama lah kalau 2-3 jam semata-mata nak pilih warna selipar jamban.

Percayalah, seseorang itu nak buat yang terbaik pada diri dan orang lain, ia mengambil masa yang lama. Setelah belajar dari kegagalan, yang di utamakan kesabaran bukan sabahan itu budak sabah kilang sebelah gua keja. Kalau tak ada doa, tak ada usaha macam mana tuhan nak meng-approve-kan semua usaha lu-gua dan yang lain.

Jadi lu orang kena banyak doa pada tuhan. Lagi ikhlas lu doa kan gua dapat gadis manis yang terbaik buat gua.


Ok ending entry ini macam sial lah pulak. -_-!

Friday, February 5, 2010

Awal bulan February..

Tangan gua gatal nak menaip, tapi satu benda gua tak tahu nak bagi tahu. Yang ada pun, gua dah 3 kali ulang alik pergi kedai game, sebab cd Half-life 2 gua sampai sekarang tak boleh-boleh nak install. Kedai lahanat, nak piret cd biar lah pandai sikit.

14hb ni gua ada 'photo shoot' weeding Azrul budak kelas partime gua, kat kedah. Gua pun dah lama tak ambik job, kena pulak gua dah beli part-part baru buat camera gua.

16hb pulak Budak-budak sekolah rendah gua buat gatering kat Midvalley. Time tu kalau tak turun mesti menyesal, sebab yang kembang sekarang dah jadi solid, dulu hitam sekarang dah putih melepak, yang dulu hingus sekarang dah mancung macam Nasha Aziz. Rasa 50% jugak nak follow up gatering ni. Sebab bila gua check details dorang kat Face Books semua nya penggeluaran University, mesti keja dah mantap, tak pun tahap IQ tinggi.

Gua dah dapat bayang kan mesti banyak soalan dorang nak cakap macam. "KERJA KAT MANA?, "DAH KAWIN KE BELOM", "BELAJAR KAT MANA?". Gua dengan jiran sebelah rumah dah pening-pening, jiran gua dah lah dulu sekolah rendah sama gua. Tapi dia kira top jugak sebab pandai. Dulu sekolah rendah gua asik main, layan suria baja hitam dengan gaban tu yang UPSR gua tak cermelang.

Monday, February 1, 2010

Tipu sunat.

Doctor : Sakit apa?

( keadaaan muka yang toye)

Gua: Oh, tak ada sakit apa-apa. Cuma saya keletihan sebab baru sahaja membeli belah dengan bakal isteri saya. sebab akhir bulan ini kami akan berkahwin. Jadi saya mintak jasa baik doktor bagi surat cuti, saya perlukan rehat yang secukupnya untuk kerja.


Doctor : Oh tahniah! kamu akan berkahwin. saya bagi kamu surat cuti sehari ok. Jadi rehat lah secukupnya.


(keluar bilik pesakit sambil memicit-micit bahu tanda lenguh)


Gua : "zzzrriinggg!!" misi berjaya.


*Hari ini gua MC esok pulak cuti, lusa pulak cuti. pehh.. tido sakan gua lepas ini.