Thursday, January 28, 2010

Masa untuk berubah.

Gua rasa ayat 'Masa untuk Berubah' memang tepat pada perubahan gua yang telah lalui semalam. Bukan gua berubah pasal nak tukar perisa rokok atau pun pasal nak tukar nafsu gua yang dah memang minat pada gadis manis tiba-tiba berubah minat pada abang-abang berbadan ketak dan tombol-tombol. Mati lah macam tu beb.

Gua dah memang berubah sejak melihat ramai kawan-kawan gua dah naik pelamin, dah senang nak buat benda-benda yang dulu haram sekarang dah jadi halal, Ramai kawan-kawan gua dah pandai nak cerita nama-nama anak yang sama macam nama artis dan pengunaan huruf seperti Z,Q,F yang istimewa bila nak tulis nama anak kat surat beranak.

Gua pun dah bosan asik datang lambat keja, hari-hari punch cad gua merah. tak pernah nak hitam. Nak salahkan skuter kecik gua pun tak boleh, duit bonus gua pun dah banyak melabur kat barang-barang kamera. Tayar depan skuter gua pun dah cukup 2 tahun tak tukar-tukar. Asik mengunakan cogan kata 'Selagi boleh guna, guna lah sahaja'.

Kira semalam titik notah baru bagi perjalanan seorang pekerja plastik yang ingin ubah cara hidup yang lebih baik dari sebelum-sebelum ini.



*Gua beli baju kemeja biru ala-ala pegawai bank harga dalam RM 70 hinggit tu pun dah tolak sale.

No comments:

Post a Comment