Thursday, January 28, 2010

Masa untuk berubah.

Gua rasa ayat 'Masa untuk Berubah' memang tepat pada perubahan gua yang telah lalui semalam. Bukan gua berubah pasal nak tukar perisa rokok atau pun pasal nak tukar nafsu gua yang dah memang minat pada gadis manis tiba-tiba berubah minat pada abang-abang berbadan ketak dan tombol-tombol. Mati lah macam tu beb.

Gua dah memang berubah sejak melihat ramai kawan-kawan gua dah naik pelamin, dah senang nak buat benda-benda yang dulu haram sekarang dah jadi halal, Ramai kawan-kawan gua dah pandai nak cerita nama-nama anak yang sama macam nama artis dan pengunaan huruf seperti Z,Q,F yang istimewa bila nak tulis nama anak kat surat beranak.

Gua pun dah bosan asik datang lambat keja, hari-hari punch cad gua merah. tak pernah nak hitam. Nak salahkan skuter kecik gua pun tak boleh, duit bonus gua pun dah banyak melabur kat barang-barang kamera. Tayar depan skuter gua pun dah cukup 2 tahun tak tukar-tukar. Asik mengunakan cogan kata 'Selagi boleh guna, guna lah sahaja'.

Kira semalam titik notah baru bagi perjalanan seorang pekerja plastik yang ingin ubah cara hidup yang lebih baik dari sebelum-sebelum ini.



*Gua beli baju kemeja biru ala-ala pegawai bank harga dalam RM 70 hinggit tu pun dah tolak sale.

Saturday, January 23, 2010

Shuffle milik ibu ku.

"Joget apa ni ude,macam orang gila je?"


"Entah!" sambut gua dengan laju, sambil kunyah nasik 55 kali.

Wednesday, January 20, 2010

masa percuma.

Gua rasa sejak dah habis belajar ini, rasa masa terluang gua dah berlambak-lambak, masa tido gua boleh di tambah-tambah, masa nak mengonline cari jodoh dah boleh termuntah-muntah dan selebihnya memang gua menghadap depan TV dan lepak bersama rakan di bengkel.

Bila masa dah terbuang banyak, rasa membazir. Jadi banyak juga duit nak membazir bagi menghilangkan rasa pembaziran masa terluang. Mulalah nk bawak moto kecik pegi repay apa yag tak sepatutnya repay, mulalah nak guna duit isi minyak penuh lepas tu round satu Shah Alam dan Klang tanpa rodtax moto sambil nyani lagu Aril 'Menatap mata mu'.Mulalah juga buang tebiat, bila pagi-pagi dah keluar pegi layan wayang 'Adnan sempit' sorang-sorang sambil ketawa kuat, walhal ada gadis manis duduk kat kiri-kanan.

Balik rumah boleh sempat layan tido petang lepas solat asar, pehh.. gua rasa, memang syurga dunia gua hadapi waktu tu. Penuh dengan kenikmatan tanpa ganguan dari mana-mana pihak.

dan esok gua cuti lagi... pehh.. layan 'LEGON' pulak beb..

Tuesday, January 19, 2010

Bercita-cita menjadi seorang guru?

Gua cita-cita nak jadi seorang Engineer yang jahat. Engineer yang akan pegi keja naik vespa walhal ada BMW 7 sires kat rumah tutup dengan langsir raya tahun lepas. Pakai kasut convers jahanam, mcm kurt kobin dan rambut panjang ala-ala Amy search. Gua dah pasang angan-angan ini dah lama dah, sejak gua rasa kena ubah cara hidup lebih baik dari sekarang dan dahulu.

Jadi buat masa sekarang gua berusaha nak kumpul duit untuk booking BMW 7 sires dan akan ambik masa dalam 8-12 tahun sahaja.

Tapi bila gua dah 2-3 hari layan cerita 'LASKAR PELANGI' gua rasa nak ubah dari jadi Engineer ke Askar pelangi, Ehhh. silap nak jadi Seorang GURU, kepada murid-murid yang lemah dari segi fizikal dan keyakinan. Ya! gua mudah terpengaruh dari cerita-cerita wayang ni. Lagi-lagi bila gua layan samapai 20 kali. mesti ada 'something wrong' gua tengah bayangkan. Setakat cerita prono tu, lu orang jangan lah nak campur aduk dalam hal-hal mulia ini.




"Hidup dengan seberapa banyak memberi dan bukan seberapa banyak menerima"



"kepandaian dan kebijaksanaan bukan diukur dengan markah yang tinggi,kecermelangan bukan dikira pada korukilumnya tetapi semuanya dikira pada dalam hati"




*Gua rasa bila gua dah jadi cikgu, anak-anak murid gua mesti 'happy' punya, sebab gua akan sebut "Murid-murid buat hal-hal sendiri ya!"

Friday, January 8, 2010

Terasa.

Di mulakan dengan perkataan 'TERASA'.
  • Nak kurangkan kecermelangan dalam peglibatan merokok.
  • Nak potong rambot macam budak-budak shuffle. (pacak-pacak)
  • Nak beli one drop satu seat.
  • Nak datang awal ke tempat kerja.
  • Nak kemas bilik yang dah macam tong sampah majilis perbandaraan.
  • Nak pakai baju kemeja dengan tie dan seluar slack.
  • Nak mula kurangkan tido dan banyak kan berfikir.

Dan bila lah gua nak mula semua ini. dah 2-3 hari gua tido pagi jea, malam gua berjaga.

Thursday, January 7, 2010

Bergerak?

Dah masuk seminggu 2010, gua tak beranjak-anjak lagi, dengan rambot kembang,muka tido,makan malam, cermelang dalam merokok dan lewat sampai ke tempat kerja. Gua tak "mind set" lagi apa yang gua nak buat pada tahun ni, nak kawin kew? nak merompak kew? atau nak tukar jenama rokok murah?. Semua masih belom dalam perancangan lagi.

Sekarang gua mula sibuk nak isi-isi borang kerja kerajaan. Mula update 'resume' dalam 'jobStreet' dan mula nak menghabis kan duit beli barang-barang kemera. Maklumlah duit bonus gua masih dalah digit empat anggka. Kilang Plastik gua dah mula buat hal, gua dah kena masuk kerja hari minggu. Kalau dulu boleh gua bagi alasan ada kelas, sekarang gua nak bagi alasan apa? nak bagi alasan teman kan mak pegi pasar.

Friday, January 1, 2010

Paper work untuk 2009 yang telah siap dan tergendala.

Alhamdulillah, gua masih boleh hisap rokok, jalan-jalan kacau gadis manis,minum air coke dan Makann Mc'D di tahun baru ini 2010.Selamat tinggal tahun 2009, ayat yang biasa di bibir-bibir mulus pemuda mudi yang sama-sama sambut kat BB, The Cuve, Pavi,Dataran Merdeka dan Mapley-mapley yang open sampai 3-5 pagi.

Arwah Ramli- "Kanda Kasim Baba,tepat pukul 12 malam anta kena tiup ini vesel kalau tidak kanda tak boleh tido.."
Ajis Satar - "Kanda tiup berapa banyak kanda mau tiup lah, kanda tidak kisah."


Gua sudah senaraikan beberapa perkara dan benda yang perlu dilakukan pada sejak JANUARI 2009.


Ada yang berjaya dan ada yang terpaksa 'postpone'.

1. Laptop peribadi gua.

2. DSLR.

3. DIPLOMA

4. Ambik kelas bahasa Isyarat.

5. Ambik kelas Capuera.

6. Focus petik gitar secara mendalam.

7. JADI Photographer weeding kawan-kawan

8. Photographer weeding DEAN.

9. Photographer weeding BOB.

10. Photographer weeding Ajul. (kawan no.3) *gua jadi second photographer.

11. Angkat satu gellera sp 180.

12. Angkat satu vespa buat racing.

13. Complete HSBC kredit card.

14. Complete YAYASAN SELANGOR.

15. Complete PTPTL * gua baru bayar sikit.

16. Kereta sebijik.

17. Buat desing kasut untuk someone yang special.

18. LUPAKAN JANDA KU. DAN GUA TAKKAN TUNGGU JANDA MU.

19. Tempat kerja yang baru.

20. Ada binatang bernama ‘BLOG’



Perkara yang gua dah "POTONG" bermakna gua dah capai klimaxnya. (ayat lucah), yang lain gua terpaksa 'postpone' tahun 2010.


gua dah simpan gambar ni. Tapi takot nk tayangkan, nanti lu kata gua orang gila.


Perkara nombor 17.
*Tak pa, gua dah cuba yang terbaik walaupun tak menjadi gadis manis gua.