Tuesday, December 29, 2009

selamat hari lahir pekerja kilang plastik yang ke 23.

Hari ini macam biasa.
Fikir gadis yang rasa istimewa akan 'wish' ternyata tidak jugak..
Mungkin tak 'set reminder' pada nokia 3310..
Mungkin gua ini tak istimewa kot..

Tapi

Ada jugak yang 'wish'.
Dan gua betol-betol rasa tersenyum sebab ada orang tahu yang gua dah 23 thn sekarang.

Hari ini macam biasa..
Gua buka myspace yang dah berhabuk sebab dah lama tak buka.
Gua suka baca comment-comment lama.

Comment dari janda gua..
Gua tak ada rasa nak emo-emo dah..

Comment dari rakan sejiwa satu masa dahulu..
Mata gua jadi berkaca-kaca..

Vespa,
Hakim sek 7,
Futsal jalan meru,
Budak-budak bok,
Nasi Lemak Kapar,
Wak leh Pomen,
Malam minggu,
Stadium Shah Alam,
Kacau gadis manis,
Karokey Box.

Benda itu gua rindu sejak dari dulu lagi, Kalau ada gadis manis yang nak manja-manja dengan gua pun. Sanggup gua terajang tepi.



"Bok lu orang mana? dah lama tak lepak semeja,dah lama tak gelak bersama. Gua rindu lu orang bok"

Saturday, December 26, 2009

Wangian dari hujung tahun.


Maaf peminat-peminat gua di Rock The World9, gua tak dpat hadir, di sebab gua dah melencong ke Sunway ketika, kad bank gua terasa berat isi nya dan perlu digunakan sebaik mungkin. *Barang-barang lain gua malas nak tunjuk. nanti tuhan marah sebab riak.

gua dan sukan.



Friday, December 25, 2009

Kena nombor

Gua sesar jalan pergi pulau indah mcm lahanat, jalan penuh dengan binatang besar yang tak reti hormat pemandu comel macam gua ni. Jalan lagi satu hal, dah serupa jalan 'Tukur Refleksi' yang sama kat taman pemainan. Bukan main banyak lobang,bonggol dan bangkai mangsa langgar binatang besar.

Mahu sejam jugak perjalan gua ke tempat temuduga, kemungkinan besar jika gua dapat jawatan tu. Masalah utama gua seperti kelewatan memang tak perlu di pertikaikan lagi lah. Sebab gua sandang jawatan tu dari tempat kerja lama lagi. Syarikat bagi masa 2 minggu untuk bincang gaji gua, gua mintak sikit sangat kot. Standart gua mintak gaji sama level dengan Roney MU,kalau tak sama pun mungkin kurang 2-3 ratus jea.

Petang sikit gua lepak jumpa maksu gemok. Dia nak calow dari KL sebab study kt penang, Gua agak bertuah semasa berada di KL sentarl. Hati murni gua telah menyelamatkan 2 pelancong asing dari mati kebuluran sebab credit kad mereka rosak. Jadi pelancong tersebut tolak phone Samsung GTS3650 kat gua dengan harga level mat gian kat jalan Cow-kit dalam rm3 ratus. Gua dengan muka comel, cucuk duit yang tengah banyak disebabkan durian rutuh padah akhir tahun. Gua bukan lah nk tunjuk sopan, tapi gua bagi jugak number gua pada pelancong tu, kot-kot nak ambik balik phone tu dari gua. Kira dia orang cagarkan phone tu kat gua lah.

Dan sampai sekarang gua macam budak kampung jalan dusun, yang tak habis-habis belek phone tersebut. lagi-lagi bila pengunaan 'Sentuhan Skrin' sahaja. HEBAT KAN?


Thursday, December 24, 2009

Interview

Esok gua ada temuduga sebuah syarikat minyak , awal-awal lagi gua dah ushar jalan kt 'goggle map', kira gua ni boleh di katakan pakarITtapi buta Ekonomi. Jadi tak perlulah gua sibuk-sibuk tanya jalan kat jiran gua yang kerja sebagai posmen.

Resume kencing gua dah lama gua print, cuma malam ini gua nak asapkan dgn limau nipis, bagi orang-orang sana respect kat resume gua. cuma gua sibuk tengah cari sijil-sijil yang gua pernah traning dulu. Kalau sijil PLKN jgan harap lah, sebab masa tahun gua PLKN di perkenalkan gua tak dapat sertai. Jadi gua tak lah 'drees up' mcm 'Jack Sparo' serupa iklan PLKN tu.

Sijil-sijil gua masa sekolah dulu tak lah banyak sangat, cuma gua kesal nk letak sijil AJK hari kantin sekolah, Teringat masa fizi, ajul dan Sasi the done kantoi jual kupon haram dekat sekolah perempuan semata-mata nak dapatkan nombor talipone rumah. Gua nyaris-nyaris kena tangkap kalau tak, surat cuti seminggu dan penampor maut dari guru displin En.David mesti dapat rasa sampai sekarang.

Esok juga gua kena datang kerja, sebab cuti gua dah lama habis. Ini semua pasal awal tahun gua banyak berfoya-foya bersama rakan. Jadi esok gua kena lah 'Half-day', dah lama gua tak pergi temuduga, kali terakhir masa gua sesat jalan kat putrajaya, temuduga kerajaan. Tapi gua tak lepas sebab rambot gua kurang sopan.

Masalah pasal kes-kes temuduga yang gua selalu hadapi adalah jenis pemakaian. Gua baju kemeja pekerja bank dah lah tak pernah ada, yg ada cuma pateren zaman-zaman 'Kurt Kobin'. Puas gua selongkar almari gua, yang ada pun baju gua buat pegi exam 3 minggu lepas. Itu pn poket depan gua dah koyakan sebab malas nak jahit. Jadi Gua menggunaakan perkhidmatan kawan-kawan 'smart' gua, yang mempunyai kolesi baju pekerja bank. dan kasut ala-ala adadin.


Tadi gua baru check e-mail, syarikat yang beria-ia suruh gua interview bagi map, tapi ada sedikit tambahan, dorang nak slip gaji gua yang original. Gua rasa patut ka gua pergi? gua dah kencing habis kt resume gua pasal gaji sekarang,gua cuma topap 2-3 ratus jea dari yang asal.

Saturday, December 19, 2009

Pekerja kilang plastik buat hal pag-pagi.

Biarkan ia tahu,
Apa niat ku.

Biarkan ia mengerti,
Apa yang ada dalam hati.

Biarkan ia fahami,
Mengapa ku berdiri.

Biarkan ia kenali,
Wajah sebenar diri ini.

dan

Biarkan ia memberi,
Apa yang ku mahui.

Kerana ku ingin.

Diri ini tidak terus bersembunyi,
Dari tersimpan dalam peti besi.

Supaya ia kenali,
Raut wajah diri ku yg tersembunyi.

Supaya diri ku ini,
Tidak lagi menggejari diri mu lagi.


*gua bagun tido buka lappy, bukak blog terus taip sambil mulut terkumat-kamit.

Wednesday, December 16, 2009

Final paper.

Dah setengah jam berlalu, mata pen gua masih berada pada kedudukan posisi rehat. Soalan pertama, gua sangka boleh 'score' kencang.Tapi tak berjaya. Gua lari ke soalan seterusnya, Soalan satu gua cuma sangkut separuh jalan.

Soalan ke-dua, masa rehat pen gua dah tamat, kali ini gua gelecik habis soalan 2. tak bagi peluang langsung pen gua rehat. Kalau ada 'injert' gua ada pen-pen yang lain sudah sedia dalam posisi serang.Soalan dua gua 'score' cemerlang. Macam Malaysia lawan Timor Leste. 11-0.

Soalan ke-3 pen gua dah mula menyerang, sekejap menyerang - sekejap pertahanan. Hampir 60% pada soalan ke-3 gua bermain dalam posisi pertahanan. Kakulator 4tahun gua guna, gua hentak2 secara pelahan menandakan frust kerana gua tak ada peluang langsung menyerang pada soalan ke -3. Sesekali pegawai pemeriksa 'ushar' pekat kat gua,kerana berkelakuan ganjil.

Gua beralih ke soalan terakhir.

Soalan ke-4 kali ini, kawan sekelas gua menjadi pengacau. Kata2 Lokman jabatan bekalan air bermain dalam kepala otak gua, yang sibuk nak serang soalan ke-4. Sebelum gua masuk ke dalam dewan peperiksaan, Lokman sibuk ajak karokey lepas final. Jadi gua jadi haru biru, sekejap gua serang soalan ke-4 sekejap gua fikir lagu apa gua nak nyanyi nanti.

Hampir setegah jam berlalu. Soalan ke-4 posisi pen gua seperti solan ke -3. lebih kepada posisi pertahanan. Gua ushar kawan-kawan banyak yang dah agkut kaki dari dewan. Mungkin dorang rasa dah boleh score dan mungkin dorang dah tak sabar 'setting' suara lepas ni.

Gua selak balik soalan pertama. Pen gua mula serang sikit demi sedikit. sampai satu tahap gua dah jadi blur. Mungkin gua tegas sangat dalam 2hari sebelum paper ni. Tak makan, tak tidur cukup, hafal rumus dalam jamban dan semasa bawak moto. Sampai nilai gravity pun gua jadi blur.


Masa tamat. pegawai pemeriksa mula ambik kertas jawapan. gua serang mana yang patut..
gua TAWAKAL saja apa yang berlaku atas keseluruhan permainan gua tadi.

Thursday, December 10, 2009

Golongan yang dah tempah tiket awal ke NERAKA peringkat pertama.

PUTRAJAYA: Ibunya sudah menjengah usia senja, namun si anak yang tidak mengenang budi sanggup menghantar wanita berusia 84 tahun itu ke rumah kebajikan.Semuanya berlaku selepas mengetahui sejarah hitam wanita yang mengandung dan membesarkannya itu pernah menjadi ‘kupu-kupu malam’ bagi menyara tiga anak selepas ditinggalkan suami. Bukan itu saja, anak bongsu lingkungan 40-an yang mempunyai pangkat, kedudukan dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung tidak pernah menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua pada 2007, sehinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun kemudian. Sebelum ini, wanita terbabit dijaga anaknya selepas ditinggalkan suami beberapa tahun lalu, tetapi hidupnya menderita apabila dilayan tidak ubah seperti sampah sejurus lelaki itu tahu dia pernah melacur.


Anak derhaka yang memiliki beberapa kenderaan mewah termasuk Mercedes Benz terbabit dikatakan seolah-olah tidak mahu mengaku wanita itu ibunya ketika menghantarnya ke rumah terbabit kerana malu selain mengelak nama baiknya tercemar jika pengurusan rumah itu tahu ibunya pernah menjadi pelacur.


wanita berkenaan yang kemudian mengaku pernah terbabit pelacuran kerana kesempitan hidup bagi menyara persekolahan dan perbelanjaan harian tiga anaknya.

*gua rembat artikel ini dari harian metro.



Siapa kata, orang yang berjawatan besar dan bergaji besar adalah orang yang bijak dan berjaya di dalam dunia?



*hati panas rasa nk sepak jea meja pc aku ne.

Tuesday, December 8, 2009

Bukan geng-geng black metal.








Masak kurma dengan sambal daging selama 2 hari, memang champion.

Thursday, December 3, 2009

Rain coat

Pada peristiwa sebelum-sebelum ini gua ada masalah ketika menungang motosikal dalam keadaan hujan.
Tapi pagi ini hujan rahmat telah turun, dan gua tidak seperti babi yang buta, meredah hujan yang dalam kategori lebat.



jadi.




Kali ini gua berjaya mengharungi hujan lebat sambil menyani lagu "bangau oh! bangau".





*salur pembiakan gua kini lebih terjamin dan tahan lama.