Friday, October 9, 2009

Abang Nasron bukan Nas Ahmad terjah.

Minggu ne gua kene masuk 'shift' malam. Maklumlah kerja kilang kan, dan pasah kerja kilang lah persentif nak dapatkan gadis-gadis manis yang level tinggi kurang. Sebab kebanyakannya mereka lebih suka yang kerja 'under goverment'. Biar pun setakat kerani buta, janji masa depan terjamin.


Tapi bila sahaja gua masuk kerja malam ne, secara automatic gua ada share saham dengan tempat gua kerja ne..


gua boleh datang lambat.
gua boleh tido awal.
gua boleh pergi rehat sebanyak 20 kali.
dan paling best
gua boleh buat aktiviti karokey setiap masa.

tapi tengok keadaan jugak lah.


Sedang khusuk gua layan lagu Sufi- Damasutra , Abang Nasron a.k.a abang Nas, pandang gua lain macam, gua budjet 'picing' gua lari. Tapi bila abang Nasron senyum balik, gua tahu suara gua tak ke laut. Jadi gua boleh dendangkan 2-3 lagu lagi.


Abang Nasron ne, umur dah 30-an.Nak cakap pasal muka ne, ciptaan tuhan memang tiada tandingan. Kalau polis buat kawat cam, Abang Nasron ne dari awal lagi di kecualikan, sebab dia ne muka suci, tak pakai khidmat 'nip n tuck'. Kalau ada orang nak marah depan Abg Nasron ne, gua 'suspect' orang tu mesti gila.


Pasal kerja pun dia memang terbaik. Semua nak 'perfect', mesti cun-cun. tak ada yang nak past2 kat orang lain. Gua? benda asas macam pen pun tak pernah ada kat gua. Macam mana nak dapat anugerah pekerja cemerlang.


Abang Nasron ne dulu, bekas pekerja kilang Panasonic dah tahap otai jugak dulu, dia berhenti pun dapat VSS. Masa dia kerja tempat lama, Abang Nasron kira hot jugak. Sampai minah-minah Indon 'level' Rosa pun dia tolak tepi. katanya..


"Abang dulu, gadis-gadis Indon ne awal-awal tolak tepi sebab hati tak berkenan. Setakat kawan boleh lah"


Kalau gua lah, gadis-gadis Indon level macam Rosa,Dian dan Acha Sepriasa. Gua sapu jea, sebab gadis-gadis sekarang pun memilih, nak 'market' tinggi jea, paling busuk pun mesti pakai kereta Honda EK. Tu tak pa lagi ada yang dah 'start' ushar abang-abang bancuh simen bagunan. Apa cherr?


Abang Nasron ne dah kawin, anak dah tiga. Bini dia gua rasa terbaik jugak lah, sebab hari-hari abang Nasron bawak bekal. Bukan nak kata jimat, bini dah masak bawak jea lah. Apa susah, sehari boleh jimat rm5-10 ringgit. sebulan dah berapa? setahun dah berapa? silap-silap kouta lagi 3 boleh isi lagi.


Abang Nasron cerita kat gua, dulu bini dia macam 'tomboy' bukan tom-tombak Aznil ok.. Kira sejak kenal dengan abang Nasron, sampai kawin bini dia dah jadi lebih sopan. Sebelum kenal dengan abang nasron baju kurung tak pernah ada, kalau sekarang gua rasa dah berpuluh-puluh pasang kot. Itu pun kalau 'green light' dari bini larr..


Gua rasa tak panas lagi ceritanya. Gua berjaya mengorek kisah jiwang abang Nasron ne, dia bagi tahu dia dulu pernah 'frust' menongeng. Sebab orang yang dia rasa jadi bakal isteri akhirnya tak menjadi. Sebab kerana si perempuan nak masuk polis. dan akhirnya senyap begitu jea..


"Senyap gitu jer ke?" -gua-


"Sebelum abang nak pegi hantar rombongan, gadis tu call abang. Abang cakap lah yang abang nak pegi hantar rombongan kat bini abang sekarang ne, kira abang halalkan lah apa yang dia buat kat abang dulu." -abang Nasron (sambil mengusap misai)-


"Apa yang abang halalkan?"
-gua (cuba mengorek lagi rahsia)


"Masa bercintakan, nak handphone kita beli, nak topup kita masukkan, nak shoping kita bagi duit dan macam-macam lah." -Abg Nasron-


"........................................" -gua-


5 saat


10 saat


15 saat


"Bang benda dah lepaskan tengok sekarang abang pun dah bahgia dengan 'wife'"-gua-



"Ha, Ko bila pulak nak kawin?"





*Tiba-tiba gua rasa gua kena cirit birit, lari terus ke tandas.




2 comments:

  1. AHAHAHAHAHA abg nasrommmm!
    teruk ahh ko yuder! hahahahahaha.
    jap, VSS tu ape? ;p

    ReplyDelete
  2. aku pulak jadi mangsa..
    VSS?

    pendek kata pampasan lah. berhenti secara terhormat.

    ReplyDelete