Saturday, October 31, 2009

kawan nombor 3 dah kawin gua bila?

Gua tak dapat pergi persandingan kawan nombor 3. Sebab gua ada urusan seripaduka baginda. Tapi minggu lepas gua datang masa persandingan kawan nombor 3 sebelah pihak perempuan. kira dapat lah merasa lihat kawan 3 ne berumah tangga.

Itu pun kawan nombor 2 ajak sebab tak ada kawan nombor 1 . Ulang semula sebab tak ada kawan, mungkin kawan nombor 1 kerja masa tu, jadi perkhidmatan gua sebagai kawan nombor 4 di perlukan.

Minggu ne gua nak ushar phone gua, nak tahu tahap mana kawan nombor 2 terhadap gua. Kalau dia mesg ajak gua pegi persandingan nombor 3, maknanya gua bukan jenis kawan yang diletakkan dalam perkhidmtan awam, jenis boleh guna dan buang.

Tapi kalau senyap sahaja, mungkin gua rasa nak tarik diri dari 'specialist' kawan berempat ne, lebih baik jadi seperti kawan-kawan biasa, yang tak perlu ambil berat sangat pasal kawan-kawan lain.


Tapi gua hampa jugak masa gua pergi persandingan belah perempuan. Satu gadis manis pun tak ada, yang ada makcik-makcik, budak-budak kecil yang baru nak belajar shuffle dan paling gua benci bila Dj dia putar lagu keroncong. Nak joget lambak 'tang' mana? gua nak 'shoot' gambar pun dah tak ada mod sebab budak-budak shuffle duk main lari-lari kutip gula-gula.



Gua cakap kat kawan nombor 3 ni, "'Wallet' yang kita rembat masa from 4 tu. dah ganti balik kew?

Friday, October 23, 2009

Si gadis manis

Petang minggu, jika gua tak ada 'class partime' kehidupan gua lebih kepada tilam nips dan kipas level 5. Tak ada gadis manis tak ada asingment, yang tinggal igawan buaiyan dan layang-layang di tanah lapang.


dan gua memang tak suka digangu pada waktu itu.


Waktu yang sama, seorang gadis manis, bermata bulat, bertudung sopan, berseluar jeans lusuh memanggil-manggil nama penuh gua dengan nyaring sekali..


"khairul~ khairul~"


Kedatangan di sambut oleh nenek gua yang sedia berada di kerusi utama ruang tamu. Irama nyaring gadis manis bertukar ayu, menjadi hormat pada tuan rumah seperti gadis melayu di TV9.

Gua di panggil dan di ajak keluar. Hanya bersarung seluar jeans dan tshirt buruk bundel bergegas kebawah melihat kedatangan gadis manis yang menanti.

Gadis manis menjeling dan membuat gaya2 tutup hidung menunjukan gua seperti manusia yang tak kenal erti mandi. Lalu bergegas keluar mendapatkan kereta gadis manis sambil melihat si gadis manis, dengan sopan berlalu pergi dihadapan nenek gua.

Gua memang jenis buta jalan, dan gadis manis umpama GPS yang tahu selok-belok jalan di kota.
Di dalam kereta ternyata si gadis manis mendegar siaran radio bukan lah cd Siturhaliza atau pun Maria Cary.


Si gadis manis memulakan percakapan, memulakan leteran sambil tangan memegang 'stering' dan dia tahu mana hala tujunya. Gua di kerusi penumpang cuma dapat membalas 2-3 patah perkataan sahaja, dan semua komunikasi di kuasai si gadis manis yang sibuk bercerita pasal. gua yang suka tido,gua yang suka isap rokok, gua yang tak terurus dan bla-bla-bla-bla..


Si gadis manis membawa gua kew pangung wayang. Kelihatan berbaris-baris manusia menantikan tiket pada hujung minggu ini. Tapi si gadis manis telah membuat langkah yang bijak menempah awal terlebih dahulu. Gua cuma terdaya membeli sebungkus Pop Corn dan 2 air mineral.


Habis lihat screan besar, gadis manis dan gua gegas keluar dari tempat sesak. Pegi taman lapang main layang-layang, tengok kanak-kanak naik basikal sambil gua dan gadis manis makan aiscream dah seperti cerita orang putih. Dengar sambungan si gadis manis membebel ditambah pula gelak yang tak pernah sopan.
Lalu gua mengeluarkan rokok ditengah-tengah pembebelan si gadis manis.


Si gadis manis terhenti. Mata yang bulat menjadi merah, gua cuma senyum sambil rokok di bibir hanya tunggu dibakar sahaja.


gua bakar rokok tersebut.


Si gadis manis menyambung bebelan dan di selitkan lagi nasihat 'behenti rokok' dan 'belia benci dadah' bla-bla-bla-bla-bla-bla-bla...


Lalu si gadis berkata "Nak bagi orang jadi Janda ke nanti?"




**********************************************************************************


Tapi semua cerita tadi gua harapkan akan berlaku suatu hari nanti, Pada waktu sekarang gua cuma mampu ber-angan sambil isap rokok tengok bintang warna putih malam hari sama saja.




*babilahanat gua rasa bila cerita angan2 pasal gadis ne, gua dah macam gampang jadinya.

Thursday, October 22, 2009

Cuci Tangan.

Hari ne gua celik dari mimpi,
Bila mimpi mula indah akhirnya seram,
Bila seram menjadi tandus,
Bila tandus menjadi dayus.


Hari ini gua tangan kotor,
Esok gua mahu cuci segalanya,
Lusa pula tangan kotor,
Gua lupa jnji sebelumnya.


Pagi ini gua nekad,
Gua tak kan sentuh bila kotor,
Sebab gua tahu benda itu kotor,
Dan gua malas nak basuh pabila dah kotor.






*isap rokok hembus pelahan-pelahan sambil cangkung sambil pikir lihat bintang warna putih malam hari sama saja.

Tuesday, October 20, 2009

Tok sajen.

Balik dari Bombay gua terus tido atas tilam nipis gua, yang tak ada absober langsung. Nasib baik gua cuti lagi semalam. tak lah sakit pinggang macam hari2 nak bagun pergi kerja.

Setiap bulan gua rasa berberat hati nak bagi makan kat mesin HSBC kat Bukit Rajah. Jenis mesin yang tak kenal budi, kalau lambat sikit jea esok lusa dia mintak lebih dari biasa. Tak pernah nak kenal erti kenyang. Mana tak nya bulan2 gua kena suapkan dalam RM400 dalam mulut mesin. Perut gua apa nak isi? Biskut tiger pun sekarang gua dah muak nak makan. Nasib baik tinggal lagi dua bulan. lepas ne gua nak mengadap makan Spegeti hari-hari. Biskut tiger gua nak lupakan selamanya.


Balik dari bagi makan kat HSBC, gua singgah lepak minum kat kedai bos UITM. Layan tea 'o' suam, sambil tengok gusti. Masa gua datang 'Tok sajen' memang dah berada barisan utama di depan tv.


Gua sembang pum-pang dengan rakan2 lain, pasal kereta lah, gadis lah, bola lah, anak cik hamdan lah. Pasal gusti gua tak ambik port, banyak unsur penipuan.


"Ko orang nak tengok seluar dalam Siti Nurhaliza tak?" Tok sajen tiba-tiba bersuara, sebab gusti berehat iklan.

"Seluar dalam? kat mana" rakan gua sepintas lalu sambut soalan Tok sajen.

"Ko terbalikan TV tu nanti kainnya terlondeh lah" - Tok sajen jawab sambil gelak tak ikhlas.

"Tok sajen boleh masuk raja lawak ni"
- Gua sambut laju. Dalam meja gua, ada lebih kurang 5 orang rakan. Secara automatic, lima-limanya ketawa jenis tak sopan lagsung.


5 lawan 1


....................................................................


Tok sajen senyap...

Sunday, October 18, 2009

Bombay

Gua dah pening pasal hal-hal terjadi dalam minggu ne. Pasal kawan-kawan, tempat keje dan assingment yang nak kene submit tak lama lagi. Jadi gua keluarkan sedikit duit dari tabung ayam berserta divident nya sekali. Gegas Beli tiket 'Air Aisa' ke Bombay , gua gerak dengan berbekalkan camera gua dan sebungkus biskut Tiger.


Gua berada di Bombay nak ushar CD pirate 'Sivaji the boss'

Artis jemputan yang hadir Mr. MJR

Anak kecil champion tido.

Bombay ada masjid? masjid india jalan klang ne.

Beli sepeket buat layan tegok bola sambik kunyah meruku, memang terbaik w0ookk!


Tiket balik ke utara habis dijual, ramai yang beraya di Bombay tahun ni.

Kat atas sekali tu ada bilik kosong tak?

Friday, October 16, 2009

Dari berempat ke bertiga.

Gua dulu hidup berempat, dari kawan 1,2,3 dan termasuklah gua yang ke-4. Meronggeng bersama, melalak memekik bersama dan melepaskan tekanan di bilik kecil hanya bermodal kan 1ringgit bagi sebuah lagu pun bersama.


Kawan 1 dan 2 dari satu tahun yang sama, gua dan kawan 3 cuma kurang setakuk dari mereka. Tapi kami serasi bersama. Seperti pasukan Mancaster yang selalu rangking di dalam liga EPL. sentiasa sekepala.


Dari zaman jahiliah, ke zaman sekolah dan sehingga 4 bulan lepas kami masih sekepala. Berempat dah simpan janji nak kumpul duit pergi ke stadium Old Traford satu hari nanti. Tak kira lah masa tu masing-masing dah ada yang bertongkat, pakai kerusi roda dan ada jugak yang kena pakai pampers dewasa. Semua ini kerana Mancester United hard fan.


Kawan 3 gua dah kenal dari sekolah rendah, cuma start rapat dari sekolah menegah jea. kawan 3 ne jenis yang hot. Muka jambu, sukan nombor satu dan awek mesti terbaik dari ladang, walaupun bukan dari mana-mana felda pun. Yang pasti antara kawan-kawan sekolah gua dulu, dia dalam top ten jugak.


Kawan 1 dan 2 ini gua kenal dari zaman jahiliah gua dulu, zaman gua pakai boots (skinhead) memang aggro masa dulu, muka nak bengis boot nak tinggi cakap mesti ada pegangan, walaupun benda tu semua hanya permainan anak muda sahaja.


Berempat bertemu dalam satu perkara. 'VESPA' gua dulu memang gila dengan skuter besi ni. Termasuk lah mereka. Tak cukup power, suruh pomen jawa buat. setting timing kurang ngam, edjuts sendiri, kalau lari setting tolak vespa pegi jumpa dengan pomen jawa jawabnya.


Gua rapat dengan kawan 1 lain macam sikit masa 2-3 tahun lepas. Kemana dia pegi gua mesti ada, susah senang gua dan dia mesti bersama, luahan hati ke bontot pun sama.


Tapi


Sekarang semua hilang, 4 bulan lepas gua silap langkah. Cetusnya pegaduhan gua dan kawan 1. Mungkin salah gua dalam situasi tersebut. Antara berempat kawan 1 ini dianggap penghulu dari yang lain. Jadi bila gua nak melepak pada kawan 2 dan 3, suasana dah berbeza sebab gua dah seperti adik beradik yang derhaka.


Kawan 1,2 dan 3 paham pasal hati gua ke?



Hari ni gua dapt mesg dari kawan 3


"Uda aku minta maaf banyak2, nikah esk ko tak payah datanglah. sebab ko dan kawan 1 masih bergaduh lagi, kawan 2 dan 3 masih kekal kawan lagi. Kawan 3 nak ambik hati kawan 1 sebab kawan 1 dah banyak tolong kawan 3. minta maaf banyak"


Bila gua baca mesg tu, hati gua jadi sejuk, jadi beku.. 'last' gua dapat rasa situasi macam ni bila bekas gadis manis gua cakap dia tak ada hati pada gua sejak mula2 bersama. Tapi kali ini gua situasi yang sama cuma dari seorang kawan gua.


gua jantan gua tak nagis, cuma mata berkaca2 jea.


Masa sekolah dulu, gua dan kawan 3 pernah curik 'wallet' seorang gadis semata-mata nak dapat duit pegi gig. Tapi akhirnya, tuan punya wallet jadi isteri kawan 3. Mungkin dah jodoh mereka. Gua mampu gelak sebentar mengigatkan hal2 yang lama.


Gua masih sedih apa yang gua terima tadi.


kawan 1

"ko nak datang kenduri akad nikah kawan 3 datang lah. jangan pasal kawan 1 ko tak nak datang"


kawan 1 hantar mesg, mungkin sebab kawan 3 rasa serba salah, atas mesg yang dihantarnya pada gua sebentar tadi.




**********************************************************************************


gua tak tahu apa yang nak sampaikan. gua harap kawan 1,2,3 tak akan terbaca artikel ini. Gua cuma mahu kawan 1,2,3 tahu erti hubugan kawan sebenar. Bukan kerana kasihan.







Monday, October 12, 2009

gua bernama Khairul Hazwan

Gua tak padai nak berkarya sangat pasal hal-hal peribadi ni. Tapi gua tahu, gua jalan hidup dengan senang tapi sunyi. Dengan kawan kejap timbul kejap tenggelam, dengan pekerjaan gua yang semakin hari semakin bosan. Dan dalam menjadi penunggu dalam sesuatu perkara.


Kadang-kala gua juga mengeluh. Mengapa? Kenapa? Alahai? sampai bila?

Tapi keadaan sebegini dah menjadi rutin gua. Jika tengak duduk sorang sambil layan rokok kat depan rumah. Tengah layan lagu-lagu meyentuh hati-ke hati, dan tengah 'flash back' perkara-perkara yang lama. Sehingga kadang-kala perkara 'menyesal' muncul di bibir secara automatic.


Tapi gua rasa ini, salah satu cara gua bersyukur.


Mengapa gua terkandas di tengah jalan?
Mengapa gua ambil jalan begini?
Mengapa gua rasa susah pada masa sekarang?
Mengapa gua tak macam mereka yang lain?



sebab tuhan selalu sayang kt gua.



Kadang-kala gua merasakan, bagaimana jika gua boleh mengubah sesuatu perkara.

Seperti, Keputusan SPM gua tak lah terbaik sangat. Jika gua dapat kembali zaman sekolah gua, belajar betul-betul. Rasa-rasanya gua jadi orang jugak ke? sampai sekarang.


Jika gua dapat cemerlang dalam SPM, belajar mana-mana Universiti, rasa-rasa gua boleh belajar ke? kemungkinan gua akan hanyut juga dalam perkara duniawi. Mungkin gua akan terjebak dengan rakan-rakan yang ambik 'drug' kaki 'alcohol' dan kaki perempuan. atau mungkin gua akan pakai 'speck' mata tebal2 sebab mengadap buku 24jam dan silap2 gua jadi 'skema' dalam semua perkara.



uhhh...


'Beter' gua lagi senang apa yang gua tempuhi sekarang ni, Gua masih tahu surah AL-Fatiha, gua masih tahu doa Qunut, gua masih tahu puasa tu wajib, gua masih tahu benda yang gua buat salah tetap salah dan bukannya betol.



"Apa yang ko nak, walaupun berusaha sehingga titisan peluh jantan, kalau tuhan tak 'approve' nak buat macam mana? tapi ko akan rasa puas sebab ko tahu usaha ko di tahap mana yang ko mampu.. dan ko patut tahu kenapa tuhan tak bagi apa yang ko nak." - Profesor Buetifool Khairul dari universiti kenya.

Friday, October 9, 2009

Abang Nasron bukan Nas Ahmad terjah.

Minggu ne gua kene masuk 'shift' malam. Maklumlah kerja kilang kan, dan pasah kerja kilang lah persentif nak dapatkan gadis-gadis manis yang level tinggi kurang. Sebab kebanyakannya mereka lebih suka yang kerja 'under goverment'. Biar pun setakat kerani buta, janji masa depan terjamin.


Tapi bila sahaja gua masuk kerja malam ne, secara automatic gua ada share saham dengan tempat gua kerja ne..


gua boleh datang lambat.
gua boleh tido awal.
gua boleh pergi rehat sebanyak 20 kali.
dan paling best
gua boleh buat aktiviti karokey setiap masa.

tapi tengok keadaan jugak lah.


Sedang khusuk gua layan lagu Sufi- Damasutra , Abang Nasron a.k.a abang Nas, pandang gua lain macam, gua budjet 'picing' gua lari. Tapi bila abang Nasron senyum balik, gua tahu suara gua tak ke laut. Jadi gua boleh dendangkan 2-3 lagu lagi.


Abang Nasron ne, umur dah 30-an.Nak cakap pasal muka ne, ciptaan tuhan memang tiada tandingan. Kalau polis buat kawat cam, Abang Nasron ne dari awal lagi di kecualikan, sebab dia ne muka suci, tak pakai khidmat 'nip n tuck'. Kalau ada orang nak marah depan Abg Nasron ne, gua 'suspect' orang tu mesti gila.


Pasal kerja pun dia memang terbaik. Semua nak 'perfect', mesti cun-cun. tak ada yang nak past2 kat orang lain. Gua? benda asas macam pen pun tak pernah ada kat gua. Macam mana nak dapat anugerah pekerja cemerlang.


Abang Nasron ne dulu, bekas pekerja kilang Panasonic dah tahap otai jugak dulu, dia berhenti pun dapat VSS. Masa dia kerja tempat lama, Abang Nasron kira hot jugak. Sampai minah-minah Indon 'level' Rosa pun dia tolak tepi. katanya..


"Abang dulu, gadis-gadis Indon ne awal-awal tolak tepi sebab hati tak berkenan. Setakat kawan boleh lah"


Kalau gua lah, gadis-gadis Indon level macam Rosa,Dian dan Acha Sepriasa. Gua sapu jea, sebab gadis-gadis sekarang pun memilih, nak 'market' tinggi jea, paling busuk pun mesti pakai kereta Honda EK. Tu tak pa lagi ada yang dah 'start' ushar abang-abang bancuh simen bagunan. Apa cherr?


Abang Nasron ne dah kawin, anak dah tiga. Bini dia gua rasa terbaik jugak lah, sebab hari-hari abang Nasron bawak bekal. Bukan nak kata jimat, bini dah masak bawak jea lah. Apa susah, sehari boleh jimat rm5-10 ringgit. sebulan dah berapa? setahun dah berapa? silap-silap kouta lagi 3 boleh isi lagi.


Abang Nasron cerita kat gua, dulu bini dia macam 'tomboy' bukan tom-tombak Aznil ok.. Kira sejak kenal dengan abang Nasron, sampai kawin bini dia dah jadi lebih sopan. Sebelum kenal dengan abang nasron baju kurung tak pernah ada, kalau sekarang gua rasa dah berpuluh-puluh pasang kot. Itu pun kalau 'green light' dari bini larr..


Gua rasa tak panas lagi ceritanya. Gua berjaya mengorek kisah jiwang abang Nasron ne, dia bagi tahu dia dulu pernah 'frust' menongeng. Sebab orang yang dia rasa jadi bakal isteri akhirnya tak menjadi. Sebab kerana si perempuan nak masuk polis. dan akhirnya senyap begitu jea..


"Senyap gitu jer ke?" -gua-


"Sebelum abang nak pegi hantar rombongan, gadis tu call abang. Abang cakap lah yang abang nak pegi hantar rombongan kat bini abang sekarang ne, kira abang halalkan lah apa yang dia buat kat abang dulu." -abang Nasron (sambil mengusap misai)-


"Apa yang abang halalkan?"
-gua (cuba mengorek lagi rahsia)


"Masa bercintakan, nak handphone kita beli, nak topup kita masukkan, nak shoping kita bagi duit dan macam-macam lah." -Abg Nasron-


"........................................" -gua-


5 saat


10 saat


15 saat


"Bang benda dah lepaskan tengok sekarang abang pun dah bahgia dengan 'wife'"-gua-



"Ha, Ko bila pulak nak kawin?"





*Tiba-tiba gua rasa gua kena cirit birit, lari terus ke tandas.




Friday, October 2, 2009

Awal pagi oktober 2009

Pagi2 gua dah ushar port nak tidur, sebab dah dua hari gua "spent" masa tidur 3jam sahaja.
Mana cukup,kimi Raikkonen pun tidur 9 jam. Sebab tu dia tak megantuk drive malam-malam kat litar Marin Bay- singapore.



Sedang sibuk gua tengah reka "pillow" sendiri dari "span-span" yang gua curik dari kawasan kerja. Gua di tegur oleh rakan sejawatan gua. Yang memang tak tahu nikmat tidur waktu kerja.



"wey! ada budak baru masuk, ambik alih tempat QC technician, kita mesti buat muka garang dan biadap baru lah dia respect kita nanti."



gua-"Itu gua setuju, memang setuju sesekali!, Gila ko gua dah pangkat senior kat sini mesti kena respect. Baru lah ada rasa riak pada diri sendiri. Maklumlah dah lama tak dapat perasaan macam ne, sesekali apa salahnya."



*member gua menepuk bahu, menandakan semagat jati diri gua makin tinggi dan berkobar-kobar bak bara rokok dunhill.



gua- "Beb, ko tengok muka gua ne, nampak begis dan ganas tak bila nanti gua nak "try sound" budak tu nanti macam ne..




"BRO KO PERGI SAPU DEPARTMENT BELAKANG TU. GUA NAK PERGI ISAP ROKOK JAP! KEJAP NANTI GUA NAK SEMUA CLEAR!"





*********************************************************************************
*********************************************************************************





gua- "Tak pe lah beb, gua nak tidur ne. Lu jagan nak gelak sangat, silap-silap ke Ramahtullah lu nanti"




* Ok! gua memang tak ada bakat nak marah-marah orang lagi-lagi buat muka serius macam Faizal Huseen