Saturday, August 8, 2009

kosong?

Bagun saja pagi sabtu, semua family gua tak ada, sebab malam tadi mereka dah berangkat rumah Pak chu gua. Stanby esok nak buat kenduri "Akekah", gua bagun pun ikut masa sebelah eropah. kira 1.00ptg bersamaan 10 pagi Malaysia lah. ( gua main agak jerk masa tu).

Adik gua dah beronggeng keluar katanya nak dating. Apa kes? abang sendiri tak pegi dating ini adik boleh pergi dating. Memang dah kertelaluan.

Nak harapkan sarapan dimeja makan memang haram tak ada lah. Bertuah lah kalau ada jiran nak hulur2 nasi lemak yang lebih kat gua. Macam biasa, bagun pagi-pagi. gua akan "wish" siapa-siapa tak kira lah, gadis-gadis mana. Dah memang tabiat. Walaupun dah masuk tengah hari, memang dah kira tabiat gua. Untuk menunjukan gua dah bagun tido.

Turun-turn dari bilik layan Astro, "check" kato0n apa yang menarik. Tapi Astro ne banyak menipu, asik tayangan ulangan jerk.

Sekali gua layan "Chanel" 303. korea sires. "Summer Scent" agak lama gua layan citer tu, menyentuh perasan sampai pukul 3.00ptg baru gua nak mandi.

Petang gua gerak UITM lepak dengan member gua bincang pasal "Final Project" yang macam sundal. Perah otak sampai tak ingat nak makan. pukul 9 malam gerak balik singgah melantak.

Sampai rumah, mak gua call, cakap adik gua tak balik malam sebab dia "stay back" rumah kawan dia..

Shit la! time-time ne lah gua rasa sunyi sorang pun tak ada kat rumah, ne pun layan cerita "Powerpuff girl".

Nak call gadis? Kenapa time-time ne tak ada sorang gadis nak call gua? Agak-agak nya gua tak tulis number fone gua kat belakang pintu tandas lelaki kot.

contoh nya:- LELAKI KESUNYIAN SILA CALL 019-XXXXXX.

boleh jalan ke agak-agaknya?

1 comment:

  1. tak boleh jalan.
    ahahaha. sat lagi tak pasal2 gay yg call camna?

    ReplyDelete