Sunday, August 30, 2009

Makan kuaci sebentar.



Semua orang buat kesilapan.



Kesilapan atas perbuatan diri sendiri.



Semua orang ada sifat keras kepala.



Tapi ada waktu ia akan berlembut juga.



Tapi jangan sampai di pijak kepala.



Kalau gagal sekali tak bererti hidup dah berakhir.









Belilah kereta buatan Proton yang selalu "Kantoi" pada "Power window"-nya



Friday, August 28, 2009

Kembara 30 minit "John Yuder Al-madhi"

Sesi tamat kerja gua berkakhir pukul 7.30pagi. di sebabkan gua "shift" malam, minggu ni. Maklumlah kerja kilang. Lepas sahur jerk, rahmat dari tuhan datang. Hujan selebat-lebatnya. Tanpa di sengaja gua menepuk dahi, dan menyebut "Allah, hujan pulak!"

Gua redah balik rumah jugak, apa nak jadi, jadi lah.. sesi tido di atas katil dengan memakai boxer sudah bermain dalam otak gua.apa kes pagi2 dah keja, gua pagi2 baru nak tido.

Gua pow baju hujan member gua, yang baru masuk kerja, "complet" dari baju sampai seluar, kalis hujan. Tapi gua silap, lepas je keluar dari pagar tmpat kerja gua, kasut gua dah basah lencun. Stokin gua kalau diperah boleh dapat 2 gelas susu kaca. Baru gua nak "budjet" pakai stokin untuk satu minggu tergendala.

Hujan makin rancak, kenderan-kenderan 4 tayar, ambik kesempatan cuci tayar, langar lopak-lopak air, sampai penunggang moto macam gua kena tempiasnya. LAHANAT!


Lampu Isyarat pertama.

Dah dua hari gua lihat warna kuning je menyala, warna lain mungkin metol terbakar. Masa-masa puasa ini lah, banyak aduan tak laku, ramai perkeja JKR mula sibuk dengar lagu raya dekat radio Era dan Hot FM. Gua terpaksa mengambil masa, hampir air hujan masuk dalam seluar dalam baru gua dapat lepas dari "Trafit Light" pertama.


Lampu Isyarat kedua.

Yang ni gua guna istilah "FUCK SYSTEM", sebab lampu isyarat yang kedua ni, tak berhati perot. warna merah dia lama sangat.


Lampu Isyarat ke-3

Rentak hujan makin pelahan, lampu isyarat kali ini gua berhenti, di sebabkan lori-lori hantu dah sedia nak tekan minyak dari simpang bersebelahan. Kalau gua tak berhenti, paling tidak pun surat kabar metro esok ada cerita pasal gua.


Sedang menunggu giliran berlepas, gua perasan gadis manis dalam kereta dekat simpang bersebelahan. Sepender basah, hujan lebat, lori hantu dan lampu isyarat gua campak tepi secara "spot". "check" masa 7.45am. esk kalau ada rezeki boleh lihat gadis manis tu lagi.

Tepat 8.00am gua sampai banglo 2 tinggat gua. Baju hujan tadi gua sidai atas pagi, moga-moga petang nanti kering. Basuh kepala takut nanti demam, muka kasi basah nanti nak tido baru ada angin2 sikit. Boxer gua dah sarung...


kemudian.


"Yuder! mak tadi suruh ko sidai kain dengan seluar ne..." by nenek gua.






yeaaa....





Monday, August 24, 2009

42 % is punk.

Pagi lu bagun,
Bila bagun lu lewat,
Bila lewat lu malas,
Lu basuh muka,
Gosok gigi,
Ambik air sembahyang.


Lu sarung uniform one week.
"Smart and clean for first day"
second,
third,
and Friday like "Bau Gampang".


Lu rambut rockers,
Panjang,
Tutup telinga,
Ala-ala korea style,
Tapi bau masam.


Lu perokok,
kuat merokok,
sakit dada,
behenti merokok,
seminggu,
2 minggu,
sebulan,
Bila sihat "continue" merokok.


Lu kaki perang,
semua nak perang,
semua nak jahat,
semua taknak sopan,
gadis-gadis manis,
atau pun gadis-gadis semanis-manis,
lu tak sopan.


Tapi bila...


Bulan Ramadan.
Lu tetap puasa.




Saturday, August 22, 2009

Dam-Dam-Dum Bunyi Mercun!

Gua masa kat tempat kerja dah borak-borak, pasal warna baju raya tahun ni, puasa belom start tapi gua dan rakan sekerja dah gebang cerita baju raya. Majoriti rakan-rakan sembang gua, dah kawin,baru kawin yang "late's" dapat baby pun ada.

Masing-masing berkerut dahi fikir budjet raya tahun ne. Duit tol balik kampung,duit minyak,duit anak buah lagi duit baju raya bini lagi dan macam-macam jenis pengeluaran duit . Ada setengah-setengah "part" dia orang saja buat ayat sedih, bagi gua rasa nak hulur sedikit bantuan maklumlah gua bujang tak laku. Tapi gua kebal dengan ayat-ayat sedih, buat muka selamba jea..buat gua ne menapung keluarga seramai 10 orang pulak.



Tapi satu jea ayat gua tak boleh nak tepis.



Sahabat di tempat kerja: "Wey tahun ni lu pakai baju 'SEDONDON' warna apa pulak?"



Gua :.......................................

( Lahanat!)



selamat berpuasa. :)

Thursday, August 20, 2009

Final project.

Lecture : "HA! kumpulan kamu buat project apa?"

Gua : "Mesin makanan kolam ikan secara automatic"

Lecture : "Laa..Baik ko orang buat makanan BABI"




(Lahanat punya lecture, gua dua minggu pikir pasal benda ne, dia anjing2 kn gua pulak)

Saturday, August 8, 2009

kosong?

Bagun saja pagi sabtu, semua family gua tak ada, sebab malam tadi mereka dah berangkat rumah Pak chu gua. Stanby esok nak buat kenduri "Akekah", gua bagun pun ikut masa sebelah eropah. kira 1.00ptg bersamaan 10 pagi Malaysia lah. ( gua main agak jerk masa tu).

Adik gua dah beronggeng keluar katanya nak dating. Apa kes? abang sendiri tak pegi dating ini adik boleh pergi dating. Memang dah kertelaluan.

Nak harapkan sarapan dimeja makan memang haram tak ada lah. Bertuah lah kalau ada jiran nak hulur2 nasi lemak yang lebih kat gua. Macam biasa, bagun pagi-pagi. gua akan "wish" siapa-siapa tak kira lah, gadis-gadis mana. Dah memang tabiat. Walaupun dah masuk tengah hari, memang dah kira tabiat gua. Untuk menunjukan gua dah bagun tido.

Turun-turn dari bilik layan Astro, "check" kato0n apa yang menarik. Tapi Astro ne banyak menipu, asik tayangan ulangan jerk.

Sekali gua layan "Chanel" 303. korea sires. "Summer Scent" agak lama gua layan citer tu, menyentuh perasan sampai pukul 3.00ptg baru gua nak mandi.

Petang gua gerak UITM lepak dengan member gua bincang pasal "Final Project" yang macam sundal. Perah otak sampai tak ingat nak makan. pukul 9 malam gerak balik singgah melantak.

Sampai rumah, mak gua call, cakap adik gua tak balik malam sebab dia "stay back" rumah kawan dia..

Shit la! time-time ne lah gua rasa sunyi sorang pun tak ada kat rumah, ne pun layan cerita "Powerpuff girl".

Nak call gadis? Kenapa time-time ne tak ada sorang gadis nak call gua? Agak-agak nya gua tak tulis number fone gua kat belakang pintu tandas lelaki kot.

contoh nya:- LELAKI KESUNYIAN SILA CALL 019-XXXXXX.

boleh jalan ke agak-agaknya?

Friday, August 7, 2009

Demam.


Semalam gua dah bagun lewat pegi keja. walaupun dh mmg gua hari-hari lambat. Tapi pagi tu gua lain sikit, sarung 3helai baju + jaket. Gua rasa pagi tu dah start musim salji sebab tu gua dah stanby pakai baju tebal-tebal. Sampai tempat keja, suhu badan gua makin tak stabil, sekjap ok sekejap sejuk. Layan nasik lemak ayam pun tak berselera, 2-3 suap gua dah rasa loya. Rugi duit gua RM3.20sen.

Dalam hati gua, ni peluang gua ambik MC. Lalu gua gerak pergi klinik berhampiran, buat pemeriksaan. Hati gunda gulana pulak, doktor bagi penjelasan pasal H1N1. Pehh setakat ini baru ada 11 org yg maut tak kan gua yang ke 12. Astargfirullah..
Jauah kan lah...

gua dapat mc 2 ari. ubat tahan sakit,ubat batuk dan antibaotik.

doktor suggest gua togak air 100plus sebanyak mana yang mampu.

dan pagi ini.. demam gua kelihatan makin kurang.




Doctor lihat gua togak 100plus




Saturday, August 1, 2009

Gua dah bilang naik bus!

"Ko degil, nak naik basikal jugak!". Katanya senang nak pegi mana-mana. Ni sekarang dah kul 5.00 ptg, kedai basikal yg kita sewa nak tutup lagi setegah jam.

Gua dah macam separuh pengsan, tolak basikal naik bukit. Karma (nikon D200) buat-buat power padahal dah menyesal, tolak basikal satu hal, sangkut kamera berat nak dekat 1 kilo kat kepala satu hal lagi. Nasib baik gua punya kamera tak berat berkilo-kilo. Gua tak main lah nak pakai gajet2 power ne, yang peting hasil seni tangkapan tu mesti mendalam. Ada makna dalam gambar. (Gua cakap macam dah 10thn pegang kamera).


Bila sampai turn turun bukit, gua paling minat sekali.. sambil kayuh basikal bukak mulot besar-besar macam makan angin, dia punya angin memang mantap, teringat zaman gua kerja tangkap ular Anaconda kat hutan Amazon.



Shah Alam ada hutan Amazon.

Lu memmang kencang dengan Nikon lu lah bro.

Jelapang padi hotak hang, ne kat Shah Alam la.

sawah padi made in Shah Alam.

Gambar ini di ambil masa mula-mula perjalanan. nampak bersemangat.