Saturday, February 28, 2009

Celcom 12.30pm to 2.30pm



Gua semalam boleh karokey pulak lagu "Tunjukkan aku - Boneca" dengan kawan gua dalam phone..





*gua rasa, muka ganas gua dh hilang malam tadi.

Thursday, February 26, 2009

Perbedaan akhirnya sama juga.


lu panggil mama.
gua panggil emak.


lu panggil papa,
gua x pernah pangil.


lu lepak starbuck.
gua mapley sudahh..


lu kata lest go KL.
gua kata lepak bengkel sudahh..


lu dah lali awek2 cun tegur.
gua mcm mimpi bila awek cun mintak number.


lu lampu merah berhenti.
gua lampu merah jalan (tegok polis ada ke x ada dulu).


lu biasa berak tandas duduk.
gua lebih selesa berak tandas cangkong.


lu sarung renoma, padani, armani xchange, Qucik Selver.
gua sarung levis, nike, reject shop, SOP. seliper jepun.


lu bowrak pasal artis, shooping, sport car, club.
gua bowrak pasl vespa, travel, EPL, awek2 tepi jalan.


lu rasa 'cool' is number one.
gua rasa 'be ur self' is number one.


lu ikot kanan.
gua ikot kiri.


lu islam.
gua pun islam.

Wednesday, February 25, 2009

Forum Perdana.

Gua agak pening + nasib yang kurang baik dalam seminggu ne. Banyak masalah tiba2 nk punch kat kepala gua ne. laptob gua yg kene virus,assingment yang sangkut,kuiz gua x buat lagi,tido lena gua x seperti dahulu..

Adooi.. kalau gua nak bunuh diri mesti si 'jude' pangkah gile2.. sbb dia mmg fuck org yg nk bunuh diri.Tapi gua x lah pikir sampai mcm tu, x guna lah gua belajar sek.agama masa kecik2 dulu.

Gua bukan nak 'merenggek' pasal masalah gua dlm blog neh. Kalau gua merenggek pun, apa gua peduli? dah ne blog gua..suka hati gua nak ckp apa..hahaha~~

Gua agak tension sejak 2-3 ari neh.Sampai selera gua kat nasik pun dh x ada..Gua ingat nak bagi naik berat badan ,tapi makin kurus adalah.

Tapi tension gua semakin susut.. laptob gua sudah beroperasi semula dan tido gua terlebih had.Cuma assingment gua jerk yang tersangkot lagi neh. Nasib baik 'sumbit' minggu depan..


*ada sesiapa sukerelawan yang sudi siapkan assingment gua neh? sila 'PM' gua kat khairul_hazwan@yahoo.com

Thursday, February 19, 2009

Documentari Tido gua.

11.30pm

Gua sampai ke perkarangan rumah, melihat emak dan nenek sedang khusuk melayan astro prima bertajuk 'INTAN'. Gua yang seperti kehabisan battery ditambah pulah bau badan yang mcm bangkai terus melulu ke bilik mandi.. Setelah mandi kedegaran lagu 'aggro culture-Roots n Boots' di bahagian perot, menandakan gua perlu topap isian didalamnya. Gua ushar lauk dalam periuk, lauk tomyam dgn sambal tempe masih lagi cukup gua santap sepenuhnya. lalu gua cedok 2-3 seduk nasik untuk pegisian perut gua malam itu.

Ending pemakanan gua tidak lengkap tanpa pencuci mulut. Gua berlari keluar kawasan rumah bagi menyalakan rokok dunhill gua ,untuk memberi isyarat tanda kepuasan maksima.

12.30am

Masa melayan gadis2 yang sunyi pada waktu malam. setelah gua Online di dalam 'yahoo masger', kelihatan 2-3 gadis dan jantan2 kesunyian.. 'buzz' dari beberapa rakan.. bagi bertanyakan kabar berita di nusantara. gua cuba search lagu2 pilihan utama gua dalam internet. Tiba-tiba jalur lebar gua yang bernama 'stremix' berhenti.. carian dan online gua dalam YM terputus secara paksaan.. Gua toleh ke arah modem yang berwarna biru, kerlipan lampu hari raya menyinar menandakan line tak berapa cantek.. gua semakin malas, lalu off laptop gua.

1.15am

Gua set alarm 6.30am bagi memudahkan kerja2 solat subuh. tiada baju cuma boxer, gua mula melakukan operasi tido. 2-3 minit sahaja gua dah terlena kerana kepenatan terlampau.

2.30am

Mata gua celik tanpa sebarang sebab, gua cuba tido kembali tetapi masih tidak berjaya. Lalu wujud lah satu permainan dalam minda.. memikirkan keadaan sekarang, kerja yang memenatkan, waktu belajar yang tiada cukup masa, ketinggalan mengikuti cerita2 di wayang, masalah moto yang rosak di tempat kerja dan kerinduan pada bekas kekasih *terpaksa jujur dlm perkara ini*.

3.45am

Gua selak phone, ternyata hampir sejam gua memikirkan masalah gua, dan ternyata gua masih tidak mengantuk. Lalu gua mengubah cara dengan mengelamun impian gua.. yang semestinya ingin menggambil gmbar majis perkahwinan rakan2, menjadikan hobi gua sebagai duet poket, mengimpikan kereta idaman kalbu dan memikirkan lokasi kerja gua di atas pelantar minyak. Impian yang terlampau ini lah menjadi buruan gua sejak akhir2 ini.

4.30am

Gua masih belom terlena, gua cuba memujuk diri supaya tido bagi 'mengecas' tenaga utk di guna esk hari. Tapi pujukan gua masih tidak berjaya, lalu gua bagun capai sebatang rokok lalu pergi ke bilik air. Sambil mencangkong gua isap rokok, dan secara reflexnya gua terasa sunyi sangat malam itu, gua memikirkan ex gua, yg selalu menemani pada waktu2 begini..Oooohh shit! gua fell terlalu mendalam ketika itu sehingga rasa rokok gua tak berkesan langsung.. gua bingkas bagun lalu cara terakhir mengambil air sembahyang. nenek gua selalu kata tak blh tido ataw hati panas pg ambik air sembahyang.

5.00am

Gua kembali ke kamar, membuat 10 aksi gaya tido yang gua taw..

6.45am

Jeritan kuat seorg ibu mengejutkan gua supaya sembahyang subuh membuat gua terjaga, dan akhirnya gua tersenyum berjaya juga gua tido walaupn tak terlalu lama.. lepas solat gua tak kutip rezeki. sbb gua terus tido.. rezeki gua bnyak lari sbb gua terlupa bukak tingkap. *org yang tidak tido kembali selepas sembahyang subuh dan membuka tingkap, adalah org yang mendapat rezeki yang banyak*

Saturday, February 14, 2009

Maaf gua bukan Kafir tapi gua ISLAM.

Kenyataan.. bila hari valentine's day tiba. belambak e-mail gua dapat dan SMS berbentuk 'Dakwah'. mengatakan hari valentine's dimana hari kejatuhan umat islam.. kalau ia betol gua memng fuck! sapa yang mencipta hari tersebot..

Gua ada kata 'if' gua ada kekasih, gua akan sambot..tp lu org ada otak,pandai cakap mat saleh dan belajar tinggi2 sampai masuk universiti paling 'cikai' pun politeknik macam wa.Lu org blh pikir secara lojikal. Okey bukan nak mengutuk tempat gua belajar..gua bukan orang yang pangkah ahli2 mufti dan ulamak. memang menyambot hari valentine's adalah salah disisi agama.. tapi bagi pendapat gua lah.. ulang semula! pendapat gua lah. jika lu org guna dgn niat yang betol dan sebetol2 nya gua raselah! ulang semula! gua raselah..tak salah.. lain lah bila hari valentine's day lu org dah pikir nak buat project sama bf or gf lu. itu dosa lu dgn tuhan. yg lelaki lu x blh bayangkan ke azabnya bila besi yang panas di tusuk pada 'anu'. *tiba2 muka gua berkerut* Bila ,majoroti mengatakan salah, gua mengaku gak perkara itu tetap salah.


Ok..ni blog gua dan gua nk tulis apa pendapat gua..

  1. Bagi yang dah berkahwin, si suami sibuk sepanjang masa berkerja dan isteri pula sibuk jaga anak2 ada sesetengah berkerja..sibuk memanjang, sampai nak bermesra pun susah. Jadi bagi gua lah.. hantar anak kat umah nenek dorg dan pasang suami isteri ne blh sambut hari valentine's.Bagi mengingatkan memori cinta yang lama..so tiada kes rumah tangga retak seribu,suami makan luar dan bla..bla..bla.. (baca paper metro)
  1. Kasih pada ibu dan ayah.. nak tunggu hari jadi mereka? takut tak kesampaian..jadi dia kan kekasih jugak. 'Spent' masa untuk mereka, walaupn selama ne setiap bulan bank in duit..yang student asik 'pow' duit jerk. So tunjuk rasa kasih walaupn picit bahu sahaja.Sebab bila mereka tiada, tiadalah panggilan ibu dan ayah lagi.
  1. Lu tak ada girlfriend, tak ada boyfriend? jadi happykan diri sendiri,yang banyk duit boleh pergi sh0oping sakan,tengok wayang sorg2 pun xpa, pegi karokey dan mengorat awek2 dan balak2 di shoping complex..

Bagi gua lah.. memang tak cantik bila menyebut 'valentine's day'.Apa kata lu org tukar 'Hari Menggembirakan Hati'. Sebab lu boleh menggembirakan hati sesiapa pun pada hari itu..


gua bukan nak memesongkan Akidah sapa2. tapi lu orang islam tahu dosa dan pahala. Jangan mengatakan gua mengikut budaya barat.sebab lu check seluar dalam atau baju2 lu orang.Ada tulis ke buatan malaysia? semua jenama2 eropah paling cikai pun made in indonesia. jadi 'TEPUK DADA TANYA IMAN' sbb ustz wa ckp bila tepuk dada tanya hati semua benda yang dilarang menyedapkan hati.

Friday, February 13, 2009

gua dan Valentine's day

weekend ne tak salah gua hari para kekasih di hati..
lu kata gua sambo0t ke x?

lu org silap jika mengatakan 'TIDAK'.. gua dah 'prepared' awal2 lagi sebagai acara tahunan dalam diri gua. Jadi bila ia menjadi gua kan 'marking' kanya sebagai salah satu acara tahunan yang berjaya.

Antara aturcara yang gua akan buat.

  1. Gua akan menyediakan break 1st utk kekasi gua, berbentuk sandwich.
  2. Kami akan menonton wayang mengikut pilihan hati kekasih gua.
  3. Memakai baju ala2 boria dimana mengikot cogan kata 'sehati sejiwa'.
  4. Melepak di mc'd sambil membawa barang2 kenagan lalu, sebagai bahan cerita.
  5. Memakan kek cawan di dalam 'Eye on Malaysia'.
  6. Berkongsi minuman meneral water dan menulis nama2 kami di botol itu.
  7. Gua akan mempersembahkn lagu 'ku mau - once' di dalam youtube khas untuknya.
  8. Gua akan membeli 12 jenis choc yang berlainan dan setiap choc, gua akan menulis bulan2 tahunan sebagai tanda gua x pernah miss beli choc untuk dia.


lu rasa xtiviti yang gua buat ne melampau kew? tak pa..lagi pown setahun sekalikan. gua dah tak sabar menyambut hari itu..






Tapi gua lupa pulak..











Gua baru clash dgn awek gua 4 bulan yang lepas..jadi gua rasa acara ini terpaksa di postpone ke tahun hadapan. Itu pun kalau rezeki gua dapat teman yang blh terima peragai gua neh..

Tuesday, February 10, 2009

gua jadi clown.

sifat gua memang dari azali kejew nk happykan org..
tp ada x org yang nk happykan gua..

arrhh.. bagi gua itu blakang citer yang best sapa yang lepak dgn gua dia mesti ketawa..

tapi kalau dah tahap SIAL gua pun dh makin panas. lagi2 kalau kwn2 gua kutuk pasal hal2 lama dgn ex girl gua.. tajuk utama dorg "ude kene game dengan kancik (girl)"..
kadang2 panas gak telinga gua bila ungit hal2 yg lama.sedangkan gua dalam proses terapi melupakan hal2 besama ex gua..


tp dah namanya kawan..

Hari ne rasa nk bertumbuk, esk pulak lepak semeja boleh gelak ketawa lagi..gua dah lali semua ne..kadang2 jadi bahan kutukan pun gua x kesah.. sbb gua pun kaki kutuk. hahaha~~..

Tapi malam tadi gua rasa fill dia lain mcm.. member selalu kata 'Be your self'. ok! tapi sampai bila? umor gua pulak makin lanjut, takkan nk peragai mcm budak2 umor 12 tahun.. kadang2 gua tengok budak umor bawah gua lagi matang dari gua.. shit la...
gua taw, peragai gua makin pelik sejak bergelar dude tiada anak.. gua dah x bersikap sopan terhadap org disekeliling..kecuali dengan warga tue..Jadi mungkin satu hari nnt gua, akan ubah semuanya.. yer satu hari nnt,gua pun x taw bila seru tu nak sampai..












p/s mungkin akhil baligh gua belom sampai lagi kot.

Monday, February 9, 2009

Roti bakar Attack! part 2

gua tak sopan bila menikmati sarapan lazat ini. walaupun Nasha Aziz tegur gua semasa tengah layan roti bakar neh..


Roti bakar Attack!

Malam sabtu gua gerak bersama 3 jantan klang. gegar keluang johore..
niat hati satu jerk.. ROTI BAKAR CICAH KOPI .

hampir setahun gua tak merasa susana break 1st di sesten keretapi keluang johore..
tempat yg famous dgn roti bakar dan kopi. walaupun dh bukak cawangan are KL tp gua still mau yang original.. tak seperti cd2 citer, gua lebih suka yg cetak rompak.. low cost.









2.30AM

Muka gua selepas 5jam perjalanan dalam kereta...

*kelihatan seperti datang bulan, apabila rakan2 jerawat gua mula mendirikan rumahtangga pada pipi kanan gua..

*gua dalam proses tumbesaran..

*'babi!' rambot gua NAMPAK HODOH seperti ahli kumpulan putus cinta. (emo)

Friday, February 6, 2009

Bila dapur bukan satu jajahan.

Disebabkn result PMR gua bebal, gua suruh mak gua apply kn gua sek.vokasional dalam bidang katering.. sbb masa dan waktu itu gua agak gemar dalam bidang memasak2 neh..
bila dh dapat gua kene tolak dgn rasa dukacitanya..sbb kt sek tu x ada asrama lelaki.. sbb masa batch gua hanya 11 jantan jerk yang terpilih yang lain awek2 yang nak jd suri rumah bila dah habis SPM.
gua punya furst masa tu x dapat pegi, gua bakar surat panggilan tu.. shit..

errkk.. gua marah sbb x dapat nk ushar awek kt sana kew, ataw niat tulus gua nk belajar terlepas?


Di sebab kan gua x dapat belajar memasak ne lah hasilnya..

sejak dari azali bab2 goreng telur gua memang kantoi.

lu orang ada selera kew nak makan? gua selamba sbb gua dah lapor.


p/s jika ingin tahu resepi ini sila lah privet mesg kt gua. jgn segan beb..

Thursday, February 5, 2009

Lu anak org kaya kew?

Dari sek.men bila cikgu sibuk belajar, gua dgn rakan2 lain sibuk membincangkan angan2 masig2..berbekalkan kakulator masing2 nilai yang di tageet adalah 1juta..
dan tajuk utama nya adalah.. "KALAU MASA BALIK SEKOLAH KO TERJUMPA BEG YANG MEMPUNYAI ISIAN DUIT 1JUTA RINGGIT MALAYSIA"

Angan2 gua pada tahun 2002 ketika itu.
  1. Gua nk bukak pub untuk peminat Mancester United. tapi perkhidmatan menjual arak dan GRO tidak disediakan. (RM 100000)
  2. Gua nak beli comik2 lama2 yang gua dah lama miss baca..untuk pengajian anak gua ketika besar nnti.(RM 5000)
  3. Gua nk jd collecter vespa yang rare..(RM 30000)
  4. Gua nak beli satu seat kat stadum Old Trafford, bagi memudahkn gua menjadi penonton setia Mancester.(RM 50000)
  5. Gua nak beli kereta Subaru Impreza buat mak gua. baru lah mantap pemanduan beliau.(RM 150000)
  6. Gua nak beli Apartmen dekat are2 shah alam.. biar dekat kt tmpt keje mak gua. so beliau tak perlu kelam kabut bila nak pegi keja.. (RM 200000)
Jumlah belanja RM 535000 - RM 1Juta = RM465000 Baki..
dari segi pembelanjaan gua. gua nampaknya x membazir... jd yg lebihny gua simpan
untuk gua nak kawin. hahahaha~~


p/s pengguanan ganti nama diri sudah bertukar kepada 'gua' tidak 'aku'.

Sunday, February 1, 2009

Zombie kamp0ng pisang 2 -Part 1







Akan di tayangkan di pawagam berhampiran..


p/s- gua sebenarny kepala tgh pening neh..