Tuesday, October 5, 2010

Bila badan gua berketul-ketul, lu orang boleh muntah berbaldi-baldi.

7hb ne gua ada temuduga dalam sektor kerajaan, dah nak dekat akhir-akhir tahun barulah dorang sibuk nak ambik pengambilan. Gua baru nak merasa bonus tahunan yang mewah, terpaksa ragu-ragu. Kalau gua berjaya dapat jawatan dalam sektor kerjaaan sudah tentu gua tak dapat bonus tahunan kat kilang plastik.

Yang pasti bukanlah temuduga tapi saringan pertama yang gua perlu lalui. Ujian fizikal, setakat lari dalam guni, usong bola dalam gelung dan pecahkan belon atas kerusi. Gua rasa kepakaran tu boleh dilihat pada medal-medal yang gua telah berjaya ketika usia di bangku tadika lagi.

Tapi nak masuk sektor kerajaan bukan jenis yang mudah, sebab banyak-banyak gua pergi temuduga, bila time temuduga sektor kerajaan dia punya peluh lain sikit. Pakai bedak baby anti-peluh pun tak berjaya lagi. Kalau sektor swasta, gua lebih kepada berkepak dada.

Dalam tempoh 2-3 hari ini, gua digalakan melakukan latihan fizikal dan pemakana yang lebih memberi tenaga. Dulu kalau senaman pun, bila ada orang kampung ajak main futsal dan carom. Sekrang tak, gua terpaksa angkat-angkat berat kat gym. Bagi badan gua lebih mantap, tapi hakikatnya gua mana gemar sangat bab-bab yang memberatkan, tapi macam tadi lah gua cakap sektor kerjaan bukan mudah nak ambik budak-budak jahat macam gua ne kerja. Lagi-lagi nak jadi pembantu pegawai bomba.

Lu tengok muka gua dalam-dalam, ada bakat ker jadi pembantu pegawai bomba? Ada tak? di sebabkan kerja sektor kerajaan gua lakukan jugak. Kot-kot ada rezeki, cuma gua terpaksalah buat latihan fizikal terlebih dahulu, sebelum ujiannya bermula.

gua rasa badan gua boleh pergi macam ni tak?


Mana satu kepala lutut dia?

No comments:

Post a Comment