Saturday, October 23, 2010

Rezeki gua.

Dari temuduga jawatan kerajaan, ke jawatan servic kapal terbang dan akhirnya ke kilang paip tanah, yang melekat juga akhirnya kilang paip tanah.

Ok!mari lu, gua dan orang ramai menjerit. "kilang lagi!"

Dah itu rezeki yang gua dapat, kang tak bersukur silap hari, gua kutip tin pulak. Kadang-kadang bila nak melepaskan atau nak meninggalkan sesuatu yang manis, rasa berat pulak. Bukan ayat yang gua terangkan tadi pasal kesedihan meninggalkan alam percintaan, gila khinzir gua bercinta..

Gua menegaskan pada permegian gua ke tempat kerja baru nanti, Gua malas nak berhijrah. Tapi dalam islam Hijrah tu adalah satu kebaikan. Berhijrah ke dalam kebaikan lah, kalau dalam persetanan jangan lah cakap sioll..

Berat jugak nak tinggalkan kilang plastik ni, dah macam sebati dalam kehidupan harian walaupun cuma 3 tahun gua lepak , rokok dan guna tandas cangkung. Bila nak pergi tempat kerja baru, mula nak tanya. Tandas dia matap tak? ruang merokok dia penuh dengan ketenteraman tak? dan surau dia besar tak?. Manalah tahu boleh buat port tidur untuk sampingan.

Kawan gua kata, surat berhenti boleh tarik balik sebab gua belom 'blah' lagi. Jadi nak sembahyang istikarah, gua nak bagun tengah malam pun liat. Jadi tolak masa gua hantar surat berhenti ada lagi dalam 2minggu.

Apa macam? gua tengah buang air besar pun sibuk pikir pasal jawapan ne.

Sunday, October 10, 2010

Punah nak buat loan kawin.

" Lagi 2cm jea tuan, takkan tak boleh lepas kot. Hari-hari saya melantak telur separuh masak dah macam ular sawa gayanya" - gua yang cuba mendabik dada, untuk mencapai ukuran yg tepat.


"Ishhh... tak boleh ni dik, teruk sangat saiz dada ko ne. Semput ko nanti. Cuba lain kali ok!" - Abang misai bomba, merangkap tukang ukur dada budak-budak temuduga.

Tuesday, October 5, 2010

Bila badan gua berketul-ketul, lu orang boleh muntah berbaldi-baldi.

7hb ne gua ada temuduga dalam sektor kerajaan, dah nak dekat akhir-akhir tahun barulah dorang sibuk nak ambik pengambilan. Gua baru nak merasa bonus tahunan yang mewah, terpaksa ragu-ragu. Kalau gua berjaya dapat jawatan dalam sektor kerjaaan sudah tentu gua tak dapat bonus tahunan kat kilang plastik.

Yang pasti bukanlah temuduga tapi saringan pertama yang gua perlu lalui. Ujian fizikal, setakat lari dalam guni, usong bola dalam gelung dan pecahkan belon atas kerusi. Gua rasa kepakaran tu boleh dilihat pada medal-medal yang gua telah berjaya ketika usia di bangku tadika lagi.

Tapi nak masuk sektor kerajaan bukan jenis yang mudah, sebab banyak-banyak gua pergi temuduga, bila time temuduga sektor kerajaan dia punya peluh lain sikit. Pakai bedak baby anti-peluh pun tak berjaya lagi. Kalau sektor swasta, gua lebih kepada berkepak dada.

Dalam tempoh 2-3 hari ini, gua digalakan melakukan latihan fizikal dan pemakana yang lebih memberi tenaga. Dulu kalau senaman pun, bila ada orang kampung ajak main futsal dan carom. Sekrang tak, gua terpaksa angkat-angkat berat kat gym. Bagi badan gua lebih mantap, tapi hakikatnya gua mana gemar sangat bab-bab yang memberatkan, tapi macam tadi lah gua cakap sektor kerjaan bukan mudah nak ambik budak-budak jahat macam gua ne kerja. Lagi-lagi nak jadi pembantu pegawai bomba.

Lu tengok muka gua dalam-dalam, ada bakat ker jadi pembantu pegawai bomba? Ada tak? di sebabkan kerja sektor kerajaan gua lakukan jugak. Kot-kot ada rezeki, cuma gua terpaksalah buat latihan fizikal terlebih dahulu, sebelum ujiannya bermula.

gua rasa badan gua boleh pergi macam ni tak?


Mana satu kepala lutut dia?

Monday, October 4, 2010

Tahun 2005 gua memang tak sopan.



Waktu ne, gua rasa dah besar. Sebab dah ada rumah sewa, maklumlah belajar jauh-jauh mesti kena duduk rumah sewa barulah bujang.

Dah bujang, semua perkara mesti kene urus sendiri, dari penggurusan makan, tempat tidur dan kebersihan tentang pakaian. Pasal makanan gua dah tentu tahap 'A' apa jenis makana gua boleh makan janji kedai mesti ada gadis manis buat penyeri makanan.

Bab tempat tidur pulak, gua bukan jenis anak-anak manja yang mesti ada 2-3 bijik batal saiz punggung gajah dan penghawa dingin jenama 'YORK'. Gua ada bantal selimut dan kipas sesedap rasa sudah lah, bab nyamuk tu jagan lah mintak boleh bawak penyakit tu beb.

Bab kebersihan pemakaian gua agak gagal, baju bengkel gua akan di basuh bila gadis-gadis mula tak nak lepak dengan gua. (walhal memang tak ada sorang pun nak lepak), seluar bengkel gua bawak ke kelas, bawak pergi ngorat-ngorat awek, bawak pergi main futsal secara express. Tapi seluar dalam, gua basuhlah, ingat hina sangat ke gua ne tak basuh2.

Cara pemaikan gua dulu memang kurang sopan. Gua asalnya nak tulis sebenarnya pasal pakaian gua, sebab gua baru lepas layan tengok MENTARI MERAH DI UFUK EROPAH SEACH.


Lu agak-agak kalau lu satu tempat dengan gua belajar nampak gua pakai gaya macam ni lu nak tegur tak?


Gua tahu, sebab tu lah masa gua belajar satu gadis manis pun tak nak berkenalan dengan gua.