Monday, June 29, 2009

Patah tengkuk boleh disimen, patah punggung tido meniarap.

Gua menyelesaikan tugas mengedit gamba selama seminggu dengan jayanya. Dan 2 hari lepas gua telah mengatar bagi proses pencetakan.

dan semalam.


WTF!

Gambar gua mcm sial, gua "crop" ikot suka hati pesta raya gua pulak. Alih2 gadis kedai cakap, tak pe, cuba lagi. Nanti boleh print kat sini lagi (sambil membuat muka yg comel) .Dari 120 keping gambar, dalam 25 keping gua kene reject. Sebab gambar tak berapa ayu sangat, jadi gua terpaksa membuat semula 25 keping gambar lagi, dan kos pengeluaran semestinya lebih dari jangkaan.



Apa kes? macam mana gua nak kumpul duit nak beli toyota vios.

Friday, June 26, 2009

Friend

Dah sebulan gua tak lepak semeja dengan rakan-rakan sejiwa.

sejiwa?

kalau sejiwa kenapa lu orang lupuskan gua?

Gua dah expied date ke?

Atau gua dah tikam belakang lu dengan pisau Rambo?

Memang gua dah tikam..

Tapi lu orang perasan tak, selama 4 tahun ne lu orang tikam depan dada gua.

Tapi gua masih bertahan beb.. lu orang tikam gua sapu ubat..

Gua lepak balik sama lu orang..

Bila dah baik tikam tu, lu tikam lagi, sampai 2-3 kali pisau dan parang terpacak kat dada gua.

Lu orang ada perasan tak?

perasan..

Tapi lu orang tak kisah..

Sebab lu pikir gua dah biasa, sebab selama ne gua kena tikam pown lu orang tak ambik "Port sangat"


Bila gua dah habis ubat nak sapu semua tikam, gua balas tikam dekat lu orang..

Tapi bila lu terkena satu tikam, lu menjerit sakit, mata lu dah merah nak tumbuk gua.

Dan lu terus salahkan gua, tanpa pikir tikam-tikam yang lu buat dulu pada gua..

Tapi gua tetap mengaku salah sebab gua tikam lu.

Gua pun ada nyawa beb, ada benda yang berdenyut kat dalam dada gua neh.

Gua pun tahu perisa garam dan gula, bukanya "Pupet"

Gua tak tahu apa yang berlaku selama 4tahun ne beb.

Lu ketawa gua ketawa, Lu sedih gua sedih, Lu susah gua tolong.

Gua susah lu senyap dan bila gua sedih lu ketawa.

mana erti rakan lu selama 4tahun ne beb?

Gua tak nak hipokrit dalam hal-hal ne beb.

Tapi gua ada sebab kenapa gua terpaksa tikam lu masa tu.

Sekarang lu senyap..

Gua tahu rakan-rakan lain mula tarik muka dekat gua.

Maaf geng kali ne gua dah habis ubat, gua dah tak mampu nak sapu ubat kat dada gua ne.

Terpulang lah beb..

Lagi pun "project" semua jalan tanpa gua.

Saturday, June 20, 2009

"Tag"

1)APAKAH NAMA BLOG ANDA DAN KENAPA ANDA MEMILIH NAMA ITU ?

Pelangi yuder.
sebab tiba2 jerk gua suka pelangi., yuder u gua tak tahu.. nama mamat mana entah.


2)APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA UNTUK MENAMAKANNYA SEPERTI ITU?

http://newbeutifoolday.blogspot.com

gua taktahu mcam mana perkataan tu boleh mincul sejak tahun ne.. new beutifool day = hari baru yang cantik,indah tapi kadang2 mcm sial.

3)APAKAH 'METHOD' PENULISAN DALAM BLOG ANDA?
tamil.


4) PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG ANDA? SEBABNYA?

no komen




Hampir lemas tiada pelampong..

Gua ada 150 keping gambar kene edit dan kene pergi hantar cuci. Sekarang gua baru selesaikan edit yang ke 54. Yuran study gua masih belum cukup syarat nilainya. Gua lebih cenderung cari duit syiling bagi membeli rokok sebatang.




Bila semua perkara ini mahu selesai? kalau gua buat muka macam ne.

Friday, June 19, 2009

Catatan kembara ke bentong part 2

Jam kat tangan gua sudah hampir pukul 6ptg.

Cilaka punya "driver bus" memandu dengan penuh displin dan jujur. lampu merah pown nakberhenti jugak.
Tak pasal2 gua dah terlepas train comuter ke Sentral tadi. Dah kene tunggu lagi setegah jam.. Cibaiii..

Adat, sambil tunggu sambil berasap. bakar rokok sebatang, pakai speck itam ala2 bettersweet. pandang kiri kanan. tegur Uncel yang sibuk tgk jam dari tadi.

gua: Uncel baru balik keja ka?
Uncel : tak baru balik meeting..

(gua tgk dari teliti dressup uncel itu)

gua:Bisnens apa uncel?
Uncel : (Senyum sambil selup poket depan)

Uncel: Ni dia bisnus uncel.
gua: Owh.. (cilaka ini bukan bisnes ini MLM)

malas gua nak ckp pasl benda ne.. tapi yang pelik benda kertas serupa kad kredit atau pown mycard boleh di jadikan ubat..

dah serupa program Tv "Bileved or not" maw tgk kat sini. www.Ads4bucks.com


Tapi satu ayat uncel yang gua tak boleh lupa.

Uncel : Ini bisnes perempuan muda bnyak masuk, semua lawa-lawa. lu boleh tackel sornag kalau mau...




gua dapat menepis godaan nafsu itu dengan amat payah.

Sunday, June 14, 2009

Catatan kembara ke bentong part 1.

2 tahun gua dah tak guna perhidmatan bas awam. Kali ne guna, gua lupa loceng berhenti letak kat mana.


Pemilihan duduk di tepi tingkap membuat gua, semakin rindu suasana menaiki bus satu ketika dulu. Bunyi bising enjin bas, Aircond yang tak berapa aircond, pintu yang separuh tertutup, Lagu-lagu tamil hindi keluaran terkini, tempat duduk ditukar kepada tempat meluahkan perasaan pasangan yang tertulis berbentuk hati dan nama-nama mereka dan ......



seorang warga asing (bagla) memakai baju band inde "HUJAN"



apa cherr?

Friday, June 5, 2009

Di syurga tempat kamu.

Sudah lama tiada kematian pada ahli-ahli keluarga gua yang terdekat. Isnin lepas, pangkat "pakcik" untuk gua ditarik balik.

Perginya anak buah pertama gua, membuat suasana seisi keluarga gua dalam keadaan shahdu. Gua cuma bertahan sedih apabila mendapat panggilan dari emak gua, menggenai hal tersebut.

Dan masa dalam perjalanan balik, gua memikirkan situasi abang gua, dan kakak ipar gua yang tidak sabar-sabar menunggu kelahiran kali ini. Tetapi rezeki mereka tidak kesampaian.


Cukup sifat, cukup comel tetapi, tuhan lebih sayangkan dia. Antara perkara yang buat gua boleh nagis dalam hidup, apabila adik beradik gua akan nagis dan secara automatic mata gua akan berkaca-kaca.


Tapi perkara yang mengguatkan gua adalah. Janji-janji ALLAH S.W.A dimana bayi yang mati sebelom ataw selepas lahir. Syurga adalah tempat tetapnya.



Al-fatiha. buat baby girl yg comel. dan gua tak hafal nama anak buah gua, sebab abang gua letak nama yang susah gua nak eja.

kisah sabtu lepas

Gua bagun tepat kul 3.00 ptg masa tu. Di sebabkan gua sudah lama tak merasa nikmat tido pada hari-hari cuti, gua mengambil kesempatan 'clim' balik apa yang gua sangkut selama gua memanjang pegi kelas pada cuti-cuti hujung minggu.

Melihat tiada sapa mengunakan perkhidmatan tandas rumah gua, kali ne gua mandi sambil beriramakan lagu Yuna, yang asik bermain dalam telinga gua.

Mandian gua kali ne memang selesa, sudah berminggu meninggalkan shower, shamp0o dan sabun2 badan akhirrnya. Gua dapat merasainya semula. Kali ne gua samak sekali satu badan gua, kot-kot masa gua tido tadi ada mimpi best ke, sampai tak perasan gua dah basah.

Gua bersiap sedia pergi Shah Alam petang ne. Sebab nak beli buku blog KACIP by Pipiyapong. Pasal start saja gua main blog ne, gua dah baca semua kisah dia dalam hilangpunca.blogsopt. walaupun gua dah lambat nak follow up blog hilangpunca. gua tetap baca balik entry-entry yang sudah bertahun.

Gua angkut senjata canon gua. check sel kering kasi full, gua gegas ke Shah Alam guna motor adik gua. Yamaha Novo baru ada market beb.

Kasi angkat buku kacip satu, layan dengar orang berpuisi, layan jus apple kat kedai kawan gua. shoot gambar gadis-gadis manis. nak masuk magrib gua gegas balik. Takut nanti mak gua tanya banyak soal dah solat magrib kew belom.



KACIP BY PIPIYAPONG

KUNCUP

Malaysia ku!

Gadis Vintage



Sampai sekarang gua tak khatam lagi buku KACIP. Sebab gua dah mula sibuk memajukan kilang gua, yang tengah pulun keje sampai 12jam.

kisah dua minggu lepas part 3

Tak salah gua gua 'shoot' gambar neh masa 23hb leps. Masa tu gua lepak kt gerai member gua. berdekatan pesta kanak-kanak kata manis Fun fair. Muda-mudi, pakcik-makcik, adik-kakak semua bersepah. Gua bajet bole lah dapat jodoh malam tu, tapi disebabkan lepak kt kedai minum member gua, 'market' gua jadi kurang dan gua cuma tak sarung baju mahal2. Cuma t-shirt muarah masa gua beli kat en.Baliy skate.




Gua tak ambik port nak main2 fun fair ne masa tu. Sebab bagi gua main fun fair bersama gadis lebih mashukk, macam vedio clip Arfan - Terima Kaseh cintan.



Errkk.. gua cuma tengok vedio clip tu masa layan astro kt rumah yeah. Gua tak pernah check dalam youtube.