Rudin kini bekerja di sebuah kilang jentera berat. rudin di letakkan di bahagian pemasangan 'body'.
Dengan pengalaman kerja yang lama serta kelulusan tinggi rudin boleh dikatakan orang kedua besar dalam 'departmentnya'
bagi rudin kerja yang lasak dan kotor adalah dikategori jantan sebenar. Pagi rudin bersih balik rudin kotor. Pagi rudin macam artis balik rudin macam pengemis.
sehinggakan rudin terpaksa membeli mesin basuh baru khas untuk baju kerja dia sahaja. rudin tak kisah sebab duit banyak.
Baru sebulan rudin berkhidmat kilang tersebut. rudin mula disenagi ramai pekerja. Baik dari abang 'partgurad' hingga ke makcik kanteen.
Mereka menggelarkan rudin bujang kaya. Kerana setiap hari rudin akan berkerja lebih masa termasuk hari cutinya.
bila ditanyakan kenapa rudin tidak keluar dating?
dengan pantas rudin membalas "saya kerja kilang balik kerja pun kotor-kotor mana ada yang nak sangkut."
Thursday, May 31, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment