Sunday, June 3, 2012

rudin dan kehidupannya part 5

Cuti rudin sudah pun habis, kini dia terpaksa bergerak balik ke rumah sewanya.

selama cuti, rudin hanya bertandang ke majlis perkahwinan rakan-rakan sebayanya. memang meriah majlis mereka.

melihat sekelompok rakan sekolah lama rudin, yang sibuk bercerita rudin terpaksa memilih untuk menyampuk. sebagai tanda bahawa rudin berada di majlis tersebut.

malangnya hanya 5 minit pertama sahaja rudin dapat bercerita, seterusnya rudin tidak dapat 'follow up' apa yang mereka borakkan.

rudin tahu sudah lama dia tidak bercampur dengan rakan-rakan. kerna ingin mengejar perkara-perkara duniawi.

Sekarang rudin berada di dalam bas yang sama, sewaktu dia balik ke kampung tempoh hari. Tapi perjalanannya kini ke arah tempat rudin tinggal untuk mencari rezeki.

melihat lampu-lampu jalan di dalam bas. yang bergerak sekitar 80km/j. rudin teringgat kembali janji cinta lama yang mahu mendirikan rumah tangga bersama.


shit! hati rudin teriak jika lamunan itu terlalu memakan jiwanya sendiri.

rudin-rudin hati lu terlalu halus jika menggelamun.

No comments:

Post a Comment