Sunday, March 25, 2012

Hilang.

Dulu gua kerja kilang plastik memang rajin tulis blog. Cerita kat kilang Plastik memang banyak di kongsi. Dari Abang Nasrun hingga rakan yang kuat makan tahap dewa 18.

Kemudian gua campakkan diri ke kilang paip tanah. Kat situ gua lupa yang gua ada ruang menggeluh dan ruang untuk berkongsi cerita (blog).

Kerja macam kompany tu akan jadi hak gua satu hari nanti. kerja 12 jam 'joint' dengan pekerja Nepal dengan Vietnam sampai gua 'counfius' gua berasal dari negara mana. Setahun lebih gua kerja kat sana. Ahad gua pulun kerja sebab tahu kalau cuti pun paling 'Adventurer' axtiviti gua adalah tidur dalam keadaan 'level' kipas tahap satu. ( peluh tidur tak sama dengan peluh kerja.)

Hilang kawan hilang gadis manis yang buat gua tekad kerja sampai pakcik 'gurad' pun dah offer gua jadi menantu dia sebab rajin sangat kumpul duit. Pagi pergi kerja ada lah bau Rexona kat
ketiak, dah petang bau Nepal melekat pada badan gua. Sampai awek 7e pun dah tak bertentangan mata dengan gua. Mungkin dia 'target' gua ne Nepal yang selalu beli 'topap' DIGI rm 5 hinggit.

Itu setahun yang lepas gua dah kumpul duit banyak-banyak sebab nak sambung belajar. Rezeki gua ada pulak pada tahun ne kerja tempat lain. Jadi 'servicemen' bahagian 'Crane'. Kali ne gua dah tak duduk kilang lagi, gua akan pergi merata tempat. Tak lah gua bosan mengadap aktiviti yang sama.

gua malas nk taip panjang-panjang esok lusa atau tahun depan gua sambung balik.

1 comment:

  1. tah kau. aku ingat ko dah x update blog. hoho..

    ReplyDelete