Tuesday, June 14, 2011

Pagi selasa.

Selasa pagi, kira gua bagun awal dua jam sebelum pergi keja. Selalunya lagi setengah jam waktu kerja bermula gua baru kesat-kesat mata sambil dalam hati banyak mencarut pasal niat pergi kerja.

Jangan tiru gaya gua ini, berdosa rezeki tak berkat. Tapi gua mencarut sebab badan gua betol-betol letih.

Disebabkan bagun awal,waktu mandi gua lebih panjang dari biasa. Dapatlah gua selesaikan saki baki daki yang tertinggal 2- 3 hari lepas. Berserta niat mandi wajib. ( itu gua tipu)

Cara penyediaan gua pergi kerja taklah sesusah macam orang kerja office. Gua sarung seluar kerja semalam yang gua campak kat bakul serta 'uniform' kilang. Tak ada maknanya nak gosok-gosok dan memerlukan keserasian warna seluar dan baju macam abang-abang kerja bank.

Pandu moto pagi-pagi memang meriah, lu rasa macam segerombolan manusia sedang berusaha untuk hidup untuk makan,untuk bayar bil-bil yang kian tinggi nialnya dan untuk masa hadapan.

"Bila gua pandu ke sudut sektor-sektor kilang pagi ne, tiba-tiba hati rasa macam tak 'best' dari biasa. Selalunya memang tak 'best' tapi kali ne dia punya tak 'best' memang tak 'best' langsung!"

"Gila.. nak dibandingkan gua dengan pakwe dia, memang jauh beb. Gua kerja kilang pakwe dia kerja office muka jambu. Gua baju kotor-kotor muka berminyak ,pakwe dia kerja office muka jambu ada janggut. Tapi masa dia 'down' dulu gua yang teman dia beb! damn! ne pasal gua lah ne beria-ia sangat. Ingat dah kawan 2-3 tahun boleh dapatlah, tapi bagus jugak gua tak dapat, sebab gua kerja kilang rasa macam tak padan jea"

Ok itu yang gua tiba-tiba keluh, bila lalu satu bonggol dan lagi 100 miter nak sampai ke lokasi kilang. Lepas jea 'punch card' masuk semua benda cilake tu hilang, sebab gua tahu, keluhan adalah semanggat gua untuk menjadi lebih matang dan baik.

WTF benda-benda macam ni bila terjadi sebab banyak sangat persoalan bila lu gua dan orang sekeliling melihat orang lain bahagia dan kenapa tidak diri sendiri.

Wednesday, June 1, 2011

Memilih untuk masa hadapan.

Kerja macam gua ne bukan kerap sangat menghadap komputer. Lebih banyak menghadap mesin yang secara automatic melakukan pergerakan yang sama setiap hari, kalau ada pergerakan yang lain pun sebab gua. Gua yang bagi jahanam mesin tersebut sebab rasa menyampah .

Minggu ne gua ada pelbagai pilihan untuk masa hadapan. Kerja kilang koboi sekarang ne gua dah semakin 'follow up'. Bos gua pun dah boleh masuk air dengan kerja gua. Tapi dalam minggu neh gua ada pelbagai panggilan jawatan. Dari yang kerja gua mintak dahulu tak dapat, sekarang dah dapat. Siap tunggu gua masuk cepat-cepat. Dari jawatan yang hebat dan keadaan kerja normal yang bagi memudahkan gua ambik 'study part time'. dan jugak jawatan 'specialist' luar dari selangor.


Gua dah penat sekarang, bukan terhadap kerja. Semua kerja penat, gua cuma penat memikirkan masa hadapan yang lebih baik. Dari segi kerja, masa, kewangan dan ada rezeki keluarga.
Hidup ne bukan kita catatkan hari ini, esok lusa menjadi. Tuhan tu lebih tahu untuk 10-20 tahun yang akan datang.


Gua nak layan Ben 10 lah..