Showing posts with label Biru. Show all posts
Showing posts with label Biru. Show all posts

Sunday, May 17, 2009

Ganguan tido

" wey! ne soalan perubahan fungsi songsang atau delta ne?"




waktu- 5.30pagi.

Sunday, May 10, 2009

Kompang dipalu! Pegantin baru!

Tahniah buat Raziz mat ripan, a.k.a Chubby. Yang sudah melangsungkan perkahwinan pada 10hb may 2009. Trima kasih jugak jemput aku shoot gambar pada hari Akad nikah 9hb may 2009 sehari sebelom bersanding.

1st Time jugak shoot masa orang tengah bersiap nak angakt nikah, berpeluh jugak gua nak ambik pose2 yang seksi2. Macam gua yang kena jumpa tok kadi pulak dan seperti perlawanan final liga-liga juara Mancester bertemu Barcalonan nanti.

Bontot tu dah manatap beb.

Sharipudin sebagai penolong pasukan (pengapit)

Gambar senget benget aku shoot. hahaha~~

Gua layan shoot Black and White jerk.

Pehh.. kenapa tiga jerk kali ko inai? Ko tiga line kew? gua tak beb.



Canon Power shoot

Chubby

Gua masih belom terpikir lagi nak kawin beb.


*sesundal- kesemua gambar ini kelihatan bintik-bintik, kebanyakannya kesilapan gua, menyalah guna gear, ISO lari dan setting focus macam sial.

Tuesday, April 28, 2009

Flu coming in Friday 13tn and i'm still reading one manga comic.

Abaikan tatabahasa dan susunan di atas, mungkin membuat anda merasa keliru atau kata mudah tak paham apa yang gua nak ulaskan.


1.
Semalam gua dengan 'Doktor gigi' layan cerita 'FRIDAY the 13th', Monster jahat kegemaran gua. Skill2 bunuh yang agak tidak sopan dan tiada belas kasihan. Jumpa bunuh, jumpa bunuh, jumpa dan bunuh jugak. Tak ada nak tanya soalan langsung, macam tinggal dimana? ada akak cantik ker? tak ada cakap banyak. Terus hayun parang 'Zarrzzzzz...' (putus kepala.) Doktor gigi muka nampak jerk bengis, walhal setiap aksi2 bunuh ditayangkan, dia punya selubung dengan jaket.. gua jerk yang tahu, sebab gua kat sebelah dia.



Biodata Pembunuh.

Nama sebenar : Jason
Alamat rumah : Cristal Lake jalan hang jebat ke jalan maluri.
Saiz tubuh badan : 3 kali saiz Malik norr zaman 90an.
Hobi : bunuh membunuh.
Makanan kegemaran : Daun ganja, sbb kat Cristal Lake tu ada banyak daun ganja jerkk..
Taraf pendidikan : setakat libas parang kat leher orang.




2.
Semalam gua berhajat nak cari buku mamat neh, kat MPH malangnya tak ada. Sebab MPH banyak menjual buku2 education yang tinggi2 pasl hal-hal kehidupan org jalanan tak banyak. Jadi duit RM 20 inggit gua tak jadi nak melabur.



3.
'Mysterious Girlfriend x' gua sedang cuba mangkhatamkan comic one manga ne , malam tadi di tempat keja, tapi cuma separuh jerk.. kisah pasal budak2 sekolah jepon yang cute-cute, berkongsi perasaan dan meluahkan perasaan dari perkongsian air liur. Ulang semula air liur.



4.
"Nama Saya BO"


Sedang dunia sibuk pasal virus Selsema Babi di Maxico. Gua pula mendapat Selsema di Selangor, dan selsema ini gua boleh handel sendiri macam 'Bo' kawan ShinChan. Tambah extra skill, gua boleh buat bentuk belon kuda dari benda keluar dari hidung itu.

Friday, April 24, 2009

Junctions day.

Gua berdiri diantara 4 hingga 7 persimpangan,
Setiap persimpangan ada motif dan kenikmatan tersendiri,
Simpang mana harus di tempuhi dahulu? dan simpang mana yang betol?,
Berdiri ditengah sambil menghisap rokok dan memikirkan apa yang harus di tempuhi.


Seperti lagu muse- 'Time is running out',
Masih memikirkan apa yang harus dilakukan,
Rokok ditangan hampir ke garisan penamat,
Melihat setiap 'signboard' persimpangan,
Bagaikan melihat beribu warna di dalam sebuah bilik yang kecil.


Dalam keadaan kebingugan,
Rokok dinyalan lagi bagi menghilangkan keraguan,
Lalu persoalan terungkap,
Who care about me?
My friend, my familly, my watting or my ex girlfriend?


Bisikan Azazil memenuhi dikepala,
Umpama ingin menggatakan gua tiada makna untuk berada dibumi ini,
Walhal terdapat segelintir memerlukan gua,
Dari pelangan tetap rokok, sehingga pelangan tetap menggunakan minyak petrol.


Jika ada kekuasan dalam diri,
Mahu dijadakan semua persimpangan dijadikan satu jalan,
Tapi,
Gua larat ke tempuh seluruh persimpangan itu?
Organ2 dan Antonomi2 badan gua mengatakan tidak sama sekali.


Gua malas nak pikir panjang,
Gua menghadapkan diri gua ke cermin,
Lalu berkata..


"Pehh.... abg hensem"
Rilex.. lu jangan gelojoh beb,
Slow2 down, jangan nak pikir sampai ke puncak,
Kalau masuk AF pun kene perfom betol2 baru boleh sampai ke puncak!,
Jangan nak pikir lu sorang ada masalah,
Lu tengah try the best untuk diri lu,
Jadi lu kene banyak tenang,
Jangan nak pikir benda yang tak sepatutnya lu pikir.
Buat gugur rambot jerk.



Dengan membuat 5 aksi muka yang buruk,
Gua mendapat ketenangan untuk tido pada mlm ini.



nite :)

Wednesday, April 22, 2009

Pasir puteh tepi pantai (Amelina)






























































Yang ini, memang betol gua tayang gambar ne kat budak umor 2 tahun, terus menagis tak nak pergi pantai lagi. (tang budak menagis gua tipu)

sambil mendengar deruan ombak, melihat pasangan kekasih menikmati panorama indah pantai dan matahari. Angin yang meniup umpama kipas di putar pada level 3.

Lalu gua berniat menikmati semua itu dengan membakar rokok sebatang.


Sialan! lancauuu!


Lighter gua tertinggal kat rumah pulak.

Shitman!

Sunday, April 12, 2009

lost mineral in body

gua kene bekerja dan belajar pada waktu yang sama..
gua kena perah otak dan perah tenaga pada waktu yang sama..
gua kena tahan emosi dan jasmani pada waktu yang sama..

gua kena hadapi semua dengan senyuman.

umpama setiap lirik dari "hadapi dengan senyuman"-dewa by Ahmad dDani

hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi...
hadapi dengan tenang jiwa, semua akan baik2 sahaja..


seharian ahad axtiviti gua.

7.30pagi pegi keja.. (terpaksa sebab urgent d hari minggu ini)
*kantoi satu class disebabkan kerja.

3.30ptg balik keja, tanpa mandi, badan bau bangkai.. on the spot terus gerak Poly sebab ada clas maht yang masih boleh join walaupun lewat 2jam..

5.pm balik poly, gua ada axtivity santai bersama rakan2 kelas. bermain futsal..
*gua x bawak seluar pendek dan kasut, tapi berjaya mendapat simpati dari rakan2 untuk dipinjamkan.

7.00 pm gua singgah HSBC bank bayar kredit card, untuk membeli DSLR satu ketika dulu.

7.30pm masih di dalam kater, suasana hujan lebat.. mata gua dh layu semasa drive.. nasib baikk gua boleh memekak dalam kater sorg2.

8.00pm singgah ke petronas, isi minyak. beli ais cream nk cari penyakit, time2 sejuk makan ais cream dalam kereta siap pasang aircond dengan harapan esk boleh demam. dan boleh lepak kat umah..

8.15pm gua sampai distinasi.


tapi sampai sekarang gua x rasa nk demam.. shiit lah. esk kene wajib bekerja...

Tuesday, April 7, 2009

Kisah orang awam.

Pukul 11.30 pg gua dh terpacak dekat komuter klang. on daway pg Kl sentral berjumpa peminat setia gigi gua. Jam berada di stesyen menunjukan lagi 20 minit ketibaan train. Gua tak ada teman disitu, lalu menyalakan rokok sebatang sebagai teman setia.

Lalu gua di tegur seorg 'Macha', berseluar bootcut bersenglet puteh dan membawa dua beg yang agak besar. Lalu dia bertanyakan gua..

Macha : Bro ne komuter menghala ker kuala kubu?
gua : Errkk.. yerkot lagi pown saya tak pasti.
Macha : Tak pa lah, sebab saya 1st time naik train neh..
gua : Owh.. dari mana ni?
Macha : Dari rumah kwn, lagi pun saya baru keluar penjara..

*kepala otak gua tiba2 terhenti sekejap memikirkan perkataan "PENJARA"

Gua : Oh.. saya khairul ( gua ne rakyat malaysia so kene lah salam dan perkenalkan diri)
Macha : Saya Siva, nak kemana?
Gua : KL Sentral jumpa kawan..ada kerja ke di sana?
Macha : Membakar rokok lalu membalas soalan tadi, saya kene buat report kat Kuala Kubu.
Gua : Kira kene kuarintin la ne..
Macha : Macam tu lah, kene tahan selama setahun kt sana. buat report seminggu sekali.
Had limit 6pagi sampai 8 malam, lepas tu kene satay kat rumah.
Gua : So ada kawan kat sana lah?
Macha : Ada pakcik, sampai sana dia tlg carikan rumah sewa, dan kerja.
Gua : Oklah kira dah ada org tolong kat sana.

*Suasana sepi seketika burung2 berkecipan di ruang udara.

Gua : Sorry lah kalau soalan ne tak bagus sgt, lu masuk penjara sebab apa?
Macha : Kes samun gudang, dekat johore.kene tahan masa lepas habis SPM,masuk penjara 2thn.
Gua : So umur sekarang 20?
Macha : A'ah.

*gua terasa gua mengalami masalah pertumbesaran. gua dah nak masuk 24thn tapi badan gua mcm budak darjah 6.

*TING TUNG! Train ke sentul akan datang sebentar lagi terima kasih. ( awek komuter bg taw)

Di dalam komuter gua duduk di sebelah 'Macha' tersebut, dengan niat nak borak lagi pasal kehidupan dia.

Gua : Dalam penjara ada kes2 buli tak?
Macha : Owh itu biasa, kene ikut budak baru masuk, kene cuci pingan,mop lantai dan mcm2 lagi.

*Gua teringat kisah 'America Story X' aksi2 seorg skinhead kene jubor dengan pesalah2 yg lebih otai dengan cara paksan. oohh.. jubur gua tiba terkecut..

Gua : Nak tanya lu ne dari golongan2 org susah ke?
Macha : Lama berfikir lalu jawapan hanya. dari golongan sederhana.
Gua : Mesti time Depavali lu rasa sedih.
Macha : Biasalah tapi family ada datang melawat.


*Awek gua bersuara lagi. "KL Sentaral".


Gua pown berlalu meninggalkan macha.. yg asik memandang tingkap semasa perjalanan tadi..


Manusia mesti ada buat kesilapan, semua kesilapan boleh diubah dan diperbaiki atas kehendak diri sendiri.

Tuesday, March 31, 2009

Kenapa ini terjadi kepada diri gua?



Gadis kaunter tiket : "Adik cerita ini 18 tahun ke atas, akak tengok ic boleh?"



*peehh... lepas ne gua boleh mandi-manda kat sunway lagoon pakai rate kanak2 lah.

Monday, March 30, 2009

Misi Tak tercapai..

Sabtu 28 may 60 Earth Hour.. dan gua mula bercadang ingin menyelamatkan dunia dari pemanasan global yang melampau, walaupun gua seorg kaki somking yg hampir hardcore. Semangat cintakan dunia bergolak2 sejak membuat lawatan percuma di Petrosains bersama kwn yang sudi beratur dari awal pagi.

Gua tak pandai nak buat surat layang bagi menghentikan kegiatan merosakkan alam sekitar ini, tak berani nak cakp gua akan berhenti merokok dan tak pandai nak buat gaya ala2 Karam sing walia, yang membongkar pencemaran alam kat TV3. Tapi yang gua tau tutup lampu selama sejam bagi mengurangkan pemanasan global ini.

Tapi masalahnya warga2 tue sekitar 50an ini tak mengambil port sangat pasal hal2 dunia ini. Setelah mereka selamat dari komunis dan jepon mereka terus pikir, semua masalah dah tamat. Nenek gua yang ku cintai, gua nk ckp benda2 pasal pemanasan global ne pown dia bukan paham sangat yang dia tahu, pegang remote astro layan kongsert AF7. Gua tak menderhaka kat nenek gua, tapi terpaksa mengembirakan dia membuka lampu di ruang tamu bagi memudahkan aksi2 tontonan dia berjalan dengan lancar.

gua rasa misi gua tak tercapai.

Tuesday, March 24, 2009

Hot Ballon Putrajaya

Hasil kerja tangan gua dan peluh ketiak semasa berouting dengan budak2 forum di putrajaya.


Satu
Dua
Tiga
Empat

Lima

Gua tak hebat tapi gua ingin belajar menjadi yang terhebat.

Gua tak bijak dalam penggunaan DSLR ne. Tapi dari dulu gua meginginkan sebuah camera sebagai teman menyimpan kenagan2 gua dan gmbar2 yang bererti buat gua.

21 march gua ada outing dengan budak2 forum fotofikir dekat putrajaya, gua dah lah buta jalan dgn ilmu yg x sberapa gua gerak jugak


Serius gua x kenal lagsung budak2 tu, jutz gua baru jerk layan forum tu. So sesi pekenalan gua x berapa indah. sbb gua ne umpama tak pandai becakap bila baru2 kenal ne.

jadi ada lah sesi shoot dgn mereka2 ne..









Tuesday, March 17, 2009

Siapa mereka?

Bila gua baru kenal dunia, mereka yang bantu menunjukan jalan, memberi warna pensel untuk gua lakarkan, memberi rentak bagi gua serasikan dan memberi dorongan supaya gua tak ditinggalkan. Ada kalanya perjalanan yang mereka berhaluan kiri, gua sama sekali tidak salahkan mereka sebab ia adalah naluri gua untuk besama mereka.

Bila gua rasa berada di perkuburan, sunyi dan sepi. mereka datang membawa ahli-ahli sarkas, Badut, ahli silat mata dan penjaga singa bagi menghiburkan gua. Bagi menghilangkan suasana di tempat perkuburan yang sunyi dan sepi. Memberi gelak ketawa dan kegembiraan pada setiap langkah gua bersama mereka.

Bila gua menginginkan perkongsian kegembiraan dalam hidup. Kami umpama kembar yang dilahirkan oleh satu ibu, dibesarkan bersama,disekolahkan bersama dan diberi akal fikiran yang serasi. Menjadikan kami adalah serasi bila bergelak ketawa meredah kegembiraan bersama.

Bila gua rasa sedih, mereka.. mereka menjadi kaunseling gua, mereka menjadi GRO karokey gua,mereka menjadi pendengar kisah drama sedih indonesia gua, mereka menjadi pasangan makan M'cd dengan gua.. dan mereka adalah punch bag untuk gua tumbuk.

Tapi..

Bila gua senyap, mereka cari punca gua senyap, mereka hanjing gua, mereka ungkit semuanya, mereka tembak gua dengan shootgun, mereka salahkan gua semuanya..

Tapi bila hanya berdua dengan gua, mereka umpama kembar gua. bila gua rasa peha kiri gua kene cubit, peha kanan mereka lebam2 merah..

Tapi bila mereka berkelompok, gua rasa gua nk tembak mereka dengan sumpit sarawak.


Gua rasa..

Hari ini gua nak tumbuk mereka, tapi esok gua berharap gua nak kongsi rokok dengan mereka, nak gelak ketawa dengan mereka, nak mengutuk awek2 tepi jalan, nak tarvel dengan mereka, nak bertekak pasal pendapat dengan mereka, nak bersorak pasal kemenangan pasukan bola bersama mereka, nak layan buger kat Mc'd sambil usharr awek bersama mereka, nak lalui perkara sedih bersama, nak berjiran dengan mereka, nak tengok mereka berbini dan beranak pinak.


Mereka adalah teman-teman setia gua. Adakah gua patot panggil mereka sahabat? Ada ketika gua rasa nak bunuh mereka, ada kala gua rasa nk berkongsi rokok dengan mereka.



Thanks ajup, ajul dan jim..

Tuesday, March 10, 2009

Pagi Maulidul Rasul di Stadium Shah Alam

Pagi isnin gua dah bagun pagi2 nak shoot perarakan Maulidul Rasul kt Stadium Shah Alam.
so ne ada sedikit sebnyak hasilnya..












Pic kat atas ne adalah wakil dari SEK.MEN.PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL SHAH ALAM. Dia orang berselawat menggunakan isyarat tangan. Memang teruja bila melihat dorg.. gua ada simpat niat nk belajar bahasa isyarat ne, tapi masa and duet tak mengizinkan gua lah beb.

Saturday, March 7, 2009

Gua cuma tersenyum

Tiba-tiba phone gua berbunyi loceng..

Rupa2 nya reminder..


"1st date 7/03/2008"


Dah setahun 1st date gua dgn ex gua berlalu.. gua set remider tu masa zaman2 gemilang..

tapi.. bila reminder tu dah berbunyi seperti hari ini.. gua cuma tersenyum, gua taw benda dah berlalu..dan tak seindah dulu.


gua SMS ex gua.. "Hye nice to meet u"


gua tak mengharap dia ingat tarih ne.. sbb semua dah berakhir..

Wednesday, March 4, 2009

HIPERBOLA atau HIPERMARKET?

Gua rasa, ilmu yang belajar pada hari minggu semakin hilang dan kabur.. jadi malam ne gua mengambil langkah yang bijak.

Sewaktu nenek dan emak gua sedang berdengkur panjang, gua mula mengambil caculator saintifik dan modul2 'killer' bagi mengulangkaji.. yeaa.. gua ulangi mengulangkaji. Agak ganjal menulis perkataan itu, dan tidak sepadan bagi bekas skinhead yang selalu nk masuk 'gig' free shaja.

Dengan memulakan ayat 'bismilah' gua bakar rokok sebagai pembuka bicara. 0n astro bukak chanel 'Radio Era' sebagai hiburan sampingan. Habis rokok gua memulakan ulangkaji bagi sesi pertama gua berjaya menjawab soalan2 'Fungsi Hiperbola' dan 'Hiperbola Sogsang' masuk sesi ke-2 gua bakar rokok sebatang, sbb gua taw sesi kali ini lebih mencabar pemikiran gua. sambil tu gua bukak chanel '104 astro prima' yeahh.. rancangan fev gua. Trex selebriti.. walaupn x ada unsur2 pelumbaan. Gua tetap minat..

Gua sambung xtviti ulangkaji..selepas habis rokok d tangan. Sangkaan gua tepat, sudah setengah jam berlalu tapi gua mampu menjawab satu soalan shaja. Yang lain kiraan gua bersepah-sepah..
Gua toleh kejam, sudah pukul 3pagi. Apalancaow (awin gua pinjam ayat lu) , gua bingkas bagun utk berkemas dan terus kembali ke kamar untuk beradu bersama bantal gua..



*Akirnya gua baru sedar semasa pembelajaran untuk soalan 'killer' td, gua x ambik fokus masa lect sedag mengajar, sbb gua tgh jiwa kacaw.


gua jiwa kacaw kew? Apalancaow (pinjam lagi ayat lu)

Saturday, February 28, 2009

Celcom 12.30pm to 2.30pm



Gua semalam boleh karokey pulak lagu "Tunjukkan aku - Boneca" dengan kawan gua dalam phone..





*gua rasa, muka ganas gua dh hilang malam tadi.

Wednesday, February 25, 2009

Forum Perdana.

Gua agak pening + nasib yang kurang baik dalam seminggu ne. Banyak masalah tiba2 nk punch kat kepala gua ne. laptob gua yg kene virus,assingment yang sangkut,kuiz gua x buat lagi,tido lena gua x seperti dahulu..

Adooi.. kalau gua nak bunuh diri mesti si 'jude' pangkah gile2.. sbb dia mmg fuck org yg nk bunuh diri.Tapi gua x lah pikir sampai mcm tu, x guna lah gua belajar sek.agama masa kecik2 dulu.

Gua bukan nak 'merenggek' pasal masalah gua dlm blog neh. Kalau gua merenggek pun, apa gua peduli? dah ne blog gua..suka hati gua nak ckp apa..hahaha~~

Gua agak tension sejak 2-3 ari neh.Sampai selera gua kat nasik pun dh x ada..Gua ingat nak bagi naik berat badan ,tapi makin kurus adalah.

Tapi tension gua semakin susut.. laptob gua sudah beroperasi semula dan tido gua terlebih had.Cuma assingment gua jerk yang tersangkot lagi neh. Nasib baik 'sumbit' minggu depan..


*ada sesiapa sukerelawan yang sudi siapkan assingment gua neh? sila 'PM' gua kat khairul_hazwan@yahoo.com

Thursday, February 19, 2009

Documentari Tido gua.

11.30pm

Gua sampai ke perkarangan rumah, melihat emak dan nenek sedang khusuk melayan astro prima bertajuk 'INTAN'. Gua yang seperti kehabisan battery ditambah pulah bau badan yang mcm bangkai terus melulu ke bilik mandi.. Setelah mandi kedegaran lagu 'aggro culture-Roots n Boots' di bahagian perot, menandakan gua perlu topap isian didalamnya. Gua ushar lauk dalam periuk, lauk tomyam dgn sambal tempe masih lagi cukup gua santap sepenuhnya. lalu gua cedok 2-3 seduk nasik untuk pegisian perut gua malam itu.

Ending pemakanan gua tidak lengkap tanpa pencuci mulut. Gua berlari keluar kawasan rumah bagi menyalakan rokok dunhill gua ,untuk memberi isyarat tanda kepuasan maksima.

12.30am

Masa melayan gadis2 yang sunyi pada waktu malam. setelah gua Online di dalam 'yahoo masger', kelihatan 2-3 gadis dan jantan2 kesunyian.. 'buzz' dari beberapa rakan.. bagi bertanyakan kabar berita di nusantara. gua cuba search lagu2 pilihan utama gua dalam internet. Tiba-tiba jalur lebar gua yang bernama 'stremix' berhenti.. carian dan online gua dalam YM terputus secara paksaan.. Gua toleh ke arah modem yang berwarna biru, kerlipan lampu hari raya menyinar menandakan line tak berapa cantek.. gua semakin malas, lalu off laptop gua.

1.15am

Gua set alarm 6.30am bagi memudahkan kerja2 solat subuh. tiada baju cuma boxer, gua mula melakukan operasi tido. 2-3 minit sahaja gua dah terlena kerana kepenatan terlampau.

2.30am

Mata gua celik tanpa sebarang sebab, gua cuba tido kembali tetapi masih tidak berjaya. Lalu wujud lah satu permainan dalam minda.. memikirkan keadaan sekarang, kerja yang memenatkan, waktu belajar yang tiada cukup masa, ketinggalan mengikuti cerita2 di wayang, masalah moto yang rosak di tempat kerja dan kerinduan pada bekas kekasih *terpaksa jujur dlm perkara ini*.

3.45am

Gua selak phone, ternyata hampir sejam gua memikirkan masalah gua, dan ternyata gua masih tidak mengantuk. Lalu gua mengubah cara dengan mengelamun impian gua.. yang semestinya ingin menggambil gmbar majis perkahwinan rakan2, menjadikan hobi gua sebagai duet poket, mengimpikan kereta idaman kalbu dan memikirkan lokasi kerja gua di atas pelantar minyak. Impian yang terlampau ini lah menjadi buruan gua sejak akhir2 ini.

4.30am

Gua masih belom terlena, gua cuba memujuk diri supaya tido bagi 'mengecas' tenaga utk di guna esk hari. Tapi pujukan gua masih tidak berjaya, lalu gua bagun capai sebatang rokok lalu pergi ke bilik air. Sambil mencangkong gua isap rokok, dan secara reflexnya gua terasa sunyi sangat malam itu, gua memikirkan ex gua, yg selalu menemani pada waktu2 begini..Oooohh shit! gua fell terlalu mendalam ketika itu sehingga rasa rokok gua tak berkesan langsung.. gua bingkas bagun lalu cara terakhir mengambil air sembahyang. nenek gua selalu kata tak blh tido ataw hati panas pg ambik air sembahyang.

5.00am

Gua kembali ke kamar, membuat 10 aksi gaya tido yang gua taw..

6.45am

Jeritan kuat seorg ibu mengejutkan gua supaya sembahyang subuh membuat gua terjaga, dan akhirnya gua tersenyum berjaya juga gua tido walaupn tak terlalu lama.. lepas solat gua tak kutip rezeki. sbb gua terus tido.. rezeki gua bnyak lari sbb gua terlupa bukak tingkap. *org yang tidak tido kembali selepas sembahyang subuh dan membuka tingkap, adalah org yang mendapat rezeki yang banyak*

Tuesday, February 10, 2009

gua jadi clown.

sifat gua memang dari azali kejew nk happykan org..
tp ada x org yang nk happykan gua..

arrhh.. bagi gua itu blakang citer yang best sapa yang lepak dgn gua dia mesti ketawa..

tapi kalau dah tahap SIAL gua pun dh makin panas. lagi2 kalau kwn2 gua kutuk pasal hal2 lama dgn ex girl gua.. tajuk utama dorg "ude kene game dengan kancik (girl)"..
kadang2 panas gak telinga gua bila ungit hal2 yg lama.sedangkan gua dalam proses terapi melupakan hal2 besama ex gua..


tp dah namanya kawan..

Hari ne rasa nk bertumbuk, esk pulak lepak semeja boleh gelak ketawa lagi..gua dah lali semua ne..kadang2 jadi bahan kutukan pun gua x kesah.. sbb gua pun kaki kutuk. hahaha~~..

Tapi malam tadi gua rasa fill dia lain mcm.. member selalu kata 'Be your self'. ok! tapi sampai bila? umor gua pulak makin lanjut, takkan nk peragai mcm budak2 umor 12 tahun.. kadang2 gua tengok budak umor bawah gua lagi matang dari gua.. shit la...
gua taw, peragai gua makin pelik sejak bergelar dude tiada anak.. gua dah x bersikap sopan terhadap org disekeliling..kecuali dengan warga tue..Jadi mungkin satu hari nnt gua, akan ubah semuanya.. yer satu hari nnt,gua pun x taw bila seru tu nak sampai..












p/s mungkin akhil baligh gua belom sampai lagi kot.

Monday, February 9, 2009

Roti bakar Attack! part 2

gua tak sopan bila menikmati sarapan lazat ini. walaupun Nasha Aziz tegur gua semasa tengah layan roti bakar neh..